~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~
Pintu bilik lelaki itu aku tolak perlahan, kosong. Satu malam dia tidak pulang ke rumah. Aku mengemam bibir melangkah masuk ke dalam bilik. Almari lelaki itu aku buka lembut. T-shirt lengan pendek yang sering Fajmin pakai aku keluarkan dari almari. T-shirt tersebut aku hidu dan memeluknya erat, bau ini akan aku rindu sepanjang hidupku. Pelupuk mataku mulai bergenang menahan rasa sayu. Betulkah apa keputusan yang aku buat sekarang.I nak you berambus dari sini, berambus dari hidup I dan Fajmin. Jangan sesekali muncul kalau you sanggup untuk dapat maaf dari I.
Kata-kata Mariya kerap bermain difikiranku. Aku mengambil nafas dalam. Kepala diangguk mantap, aku sudah membuat keputusan untuk tinggalkan tempat ini, pergi dari hidup lelaki itu. Mungkin dengan ketiadaan aku di sini boleh sedarkan lelaki itu bahawa Mariya sebenarnya wanita yang ada dihatinya.
Sehelai kertas di tangan aku buka dan meletak di atas meja kerja lelaki itu. Rasa sebak semakin mencengkam jiwa saat membaca kembali isi hati yang aku tulis buat kali terakhir sebelum aku pergi.
Maafkan saya Fajmin, halalkan makan minum saya sepanjang tempoh saya jadi isteri awak. Saya doakan awak bahagia bersama Mariya, saya berdosa mengambil awak dari dia. Dengan pemergian saya boleh buat awak temui kebahagian yang hilang dalam diri awak selama ini. Aku reda jika kita tiada jodoh, maafkan saya tak sempurna. Saya sayangkan awak segenap hati saya Fajmin Wildan.
Salam tulus
AiraAku memejam mata merasakan cairan hangat laju mengalir dipipi. Ya Allah sungguh berat aku mahu melepaskan semua ini namun aku terpaksa. Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari bilik, beg besar aku ambil. Pintu utama aku tuju, bibir digigit memusingkan badan memandang suasana rumah ini. Hening, lirikan mataku jatuh pada dapur, tempat dimana banyak kenangan kami tercipta sebelum tenggelam dibalik pintu utama yang tertutup rapat dan automatik terkunci.
Aku kalah, aku kalah dalam semua ini. Aku rela undur diri untuk mengubat hati yang duka. Beg besar aku genggam kemas melangkah menuju lift.
Suasana stesen TBS Bandar Tasik Selatan yang dipenuhi orang awam menjadi tatapan, sandwich yang aku beli aku pandang. Senyum manis terukir, tangan turun mengusap perut.
"Anak Ibu lapar ye, Ibu janji. Ibu akan makan banyak-banyak untuk sayang" Aku berbisik sendiri, senyum mulai pudar melihat tiket bas. Jam ditangan aku kerling, 8.45 pagi. Lagi beberapa minit lagi bas akan sampai. Aku mengambil nafas. Jangan sedih lagi Aira, kau pergi demi kebaikan semua orang.
Telefon Vivo aku keluarkan dari tas tangan. Berpuluh-puluh mesej dan panggilan dari Farissya aku abaikan, nafas dalam aku ambil apabila suara pegawai mengatakan masa untuk berlepas. Ramai orang berdiri beratur, aku mengemas barang, telefon dan bekas sandwich aku masukkan ke dalam tas tangan. Aku mula berdiri mengambil beg besar beratur mengikut barisan.
Selepas pemeriksaan tiket, diri dibawa keluar dari lobi perlepasan. Beg besar aku simpan ke dalam bonet bas yang terbuka luas. Bibir dikemam sesaat, badan dipusingkan menghadap sekeliling. Aku menarik senyum tipis cuba tepis rasa sebak yang mengundang. Bersamaan hembusan nafas aku masuk ke dalam bas. Tempat duduk bahagian tengah aku duduk, tas tangan riba aku elus lembut.
Senyum manis diukir apabila bas mula bergerak, bangunan besar menjadi tatapan. Bibir dikemam memaling wajah ke tingkap, pelupuk mata mulai bergenang. Jauh di sudut hati ini berat sangat nak tinggalkan tempat ini. Aku menunduk lemah, tangan naik menyeka lembut pipi. Biarlah aku undur diri membawa cinta yang kian membesar di rahimku.
Sampai mati pun aku tak pernah anggap kau menantu aku lah!
Ya tuhan kenapa kata-kata ibu mertua sangat pedih bila diingat kembali. Aku sudah tunaikan permintaan wanita senja itu dan biar saja diri ini terus disakiti.
YOU ARE READING
Kau Milikku
Romance[STATUS - COMPLETED ] [BOOK EDISI HEARTBREAKER] Mampukah aku pertahankan mahligai saat semuanya mulai runtuh... Start : 26 November 2019 End : 12 May 2021 Hakmilik sepenuhnya Mina_matshah Dilarang sama sekali plagiat or copy paste