~Selamanya Kau milik Aku Aira Lissya~
Beg tangan di atas katil aku ambil, badan dipusing menghadap meja solek. Cermin meja solek aku tatap, pantulan diri sendiri. Tudung bawal aku kemaskan, siap sudah. Senyum lebar diukir.
"Okay Aira marilah kita keluar" Langkah kaki mula melangkah keluar dari bilik tidur, pintu bilik Mak aku kuak sedikit, Mak sedang baring berehat ditatap.
"Mak" Aku melangkah masuk, paha Mak aku sentuh perlahan. Mendengar perlahan suaraku menyeru namanya, Mak perlahan-lahan celik mata. "Hmm Aira dah nak pergi" Aku mengangguk kepala, tapak tangan Mak aku ambil lalu digenggam erat.
"Hmm Aira tak lama pun pergi, lauk Aira dah masak" Mak mengukir senyum kecil mula bangkit perlahan-lahan. "Pergilah, rasanya dah lama Aira tak pergi keluar sama-sama Farissya." Aku juihkan bibir seraya memeluk erat Mak.
"Aira tak kisah pun kalau tak keluar pergi shopping ke, tengok wayang ke, Aira tak suka habiskan duit pada benda yang tak berfaedah." Ujarku pelan, senyum manis mula terukir saat tangan Mak naik mengelus pelan belakangku.
"Sekali sekala apa salahnya, kamu muda kena lah rasa apa budak-budak zaman sekarang rasa." Aku tertawa kecil mengelus pelan lengan Mak. Aku mendengus kecil saat mendengar bunyi hon kereta diluar rumah.
"Dah pergilah nanti marah pula Farissya" Aku mencebik bibir, beg di atas katil aku genggam erat. Tangan Mak aku ambil lalu tunduk salam. "Aira pergi dulu, I love you Mak" Aku bersuara pelan mengucup kedua pipi Mak dengan penuh sayang.
"Iya, I love you too" Aku tertawa kecil mula menapak ke luar bilik. Tangan dilambai ke Mak sebelum bergegas keluar dari rumah.
Range Rover milik jejaka kerek itu elok terletak di halaman rumah. Langkah kaki terus terhenti saat cermin hitam diturunkan. Terserah indah wajah kerek Fajmin mengenakan kaca mata hitam bersertakan senyum manis di bibir. Anak mataku liar mencari sosok Farissya di dalam kereta. Eh tak ada, Jangan-jangan aku aka-.
"Tak panas ke kau berdiri lama-lama dekat situ?" Aku mengeluh kecil, perlahan-lahan aku menapak ke arah kereta.
"Mana Farrisya?" Soalku terus, Fajmin berpura-pura mencari bayang Farissya. Dia ini sengaja bikin aku sakit hati. "Ha'ahkan mana Farissya eh lupa dia naik dengan Akiff. Kau naik dengan aku" Aku memejam erat mata, kenapa Farrisya kejam sangat.
"Nak ke tak nak?" Aku berkerut memandang Fajmin. Ini semua sebab Farissya, kalau bukan sebab Farissya tak ingin aku tumpang lelaki ini. Aku mendengus kecil buka pintu belakang namun terbantut saat Fajmin buka bicara.
"Sila penuhilah kerusi di depan cik Aira" Kaki aku hentak geram, pintu penumpang depan aku buka secara kasar. Fajmin di sebelah aku kerling, naik meluat pula aku melihat dia ni.
Semasa melewati jalan kampung, Fajmin sengaja tekan brake kereta secara tiba-tiba buatkan kepala aku hampir menyembah dashboard kereta. Sudah lima kali dia lakukan perkara yang sama dan aku tak boleh bersabar lagi.
"FAJMIN!!!" Aku menjerit geram, suara ketawa lelaki sebelah aku ini betul-betul mencalar sedikit maruah aku. Dia menjerit sakit saat aku pulas lengannya sekuat hati.
"Ah ah sakit! SAKIT LAH!" Aku besarkan mata bila Fajmin menjerit di depanku, padan muka. "Kalau awak buat lagi sekali, siap!" Ancamku penuh penekanan. Lama lelaki itu berdiam sebelum dia menarik senyum tipis.
"Ganas juga kau ni selain comel" Bisik Fajmin sambil tertawa. Pandangan terus dilempar ke arah luar, tak mahu berbahas lebih dan lagi satu tidak sudi langsung tatap muka dia.
Keluar saja dari kereta, bayangan Farissya dan Akiff sudah ada di ruangan tempat letak kereta. Farrisya mengukir senyum lebar padaku setelah aku keluar dari perut kereta.
"Takkan kita berempat je" Ujarku perlahan, Farissya mengangguk kepala merangkul bahuku kemas. "Ha'ah kita berempat je, abang Farish dia demam tak dapat nak join" Aku melirik ke arah Fajmin di sebelah. Tak mungkin aku akan ditinggal berduaan dengan jejaka kerek ini. Aku mengeluh dalam diam, tak apa Aira kau boleh.
Sepanjang berada di dalam shopping complex ini, sedaya upaya aku tahan diri dari terus menjerit kepada Fajmin. Lelaki itu benar-benar mencabar kesabaranku. Ada saja perkara yang mengusikku, ditarik-tarik hujung tudung bawalku.
"Fajmin!" Aku berbisik keras saat Fajmin mencuit lengan kiriku. Dia aku tatap penuh sabar. "Apa?" Soalnya tidak bersalah, bibir diketap geram. Sakitnya hati!.
"Awak memang suka dengki sayakan" Fajmin mencebik bibir kemudian tersenyum tipis, rasa sakit hati makin bertambah sakit. Tangan kanan dikepal kuat. "Yeke, mana ada" Tutur Fajmin datar, belum sempat aku balas suara Farissya terlebih muncul.
"Aira, abang jom adik dah beli tiket untuk kita berempat" Aku mengukir senyum paksa, anak mata naik melirik ke arah Fajmin. Dia juga turut merenungku, jantungku tiba-tiba berkerja keras mengepam darah tatkala dia mengenyitkan mata padaku. Ke-kenapa aku rasa berdebar ni? Cepat-cepat aku buang jauh-jauh perasaan pelik di tangkai hati.
Aku terlebih dahulu tinggalkan Fajmin dibelakang, lengan Farissya aku paut lembut, senyum manis diukir buatnya. "Jom teman aku beli pop corn" Dia mengangguk tanpa berfikir, semasa membeli sempat aku toleh mencari kerabat Fajmin dan Akif. Dua jejaka itu leka bersembang, aku mengeluh dalam diam. Tak apa Aira kau harus kuat menempuh hari ini.
Sepanjang tayangan filem berlangsung aku menyumpah seranah Farissya memaksa aku duduk bersama Fajmin memandangkan dia membeli seat couple. Rasa sebal dan geram makin membukit saat manusia di sebelah ini tidak putus mengangguku. Aku memejam erat mata, mengumpul tenaga lalu kaki lelaki aku pijak sekuat hati. Walaupun dalam keadaan malap dan bising akibat suara di pawagam namun jelas di telinga rengekan sakit lelaki itu. Dia bongkokkan sedikit badan mengosok kakinya. Jangan main-main dengan aku!.
Plastik berisi tepung dan telur aku taruh dibakul depan basikal. Sempat aku berterima kasih pada Pak Tam sebelum mengayuh basikal pulang. Anak mata aku mengecil saat melihat dua batang tubuh manusia leka duduk didepan bendar di sawah padi, gaya mereka dari belakang seakan sedang memancing ikan. Apabila jarak kami semakin dekat, mataku terus bersinar mendapat tahu dua manusia itu adalah Fajmin dan Farish, sepertinya mereka tidak perasan kewujudanku.
Senyum jahil mula terbit dibibir, dengan penuh hati-hati aku turun dari basikal lalu menolak basikal tanpa buat sebarang bunyi. Setapak demi setapak aku dekati mereka dan berdiri tepat di belakang Fajmin. Disebabkan tempoh hari bikin hati ini panas, hari ini segala dendam kesuma aku bakal terbalas.
Sekuat hati aku menolak tubuh Fajmin sehingga lelaki itu terjun menyembah bendar yang dipenuhi lumpur. Aku ketawa palsu memegang perut melihat wajah Fajmin dipenuhi lumpur.
"Abang" Laju Farish turun dengan niat membantu namun entah silap dari mana dia turun kecundang sama. Terus berdekah aku ketawa sehingga sakit perut aku dibuatnya. Fajmin memejam mata terus mencerlung tajam ke arahku. Jari telunjuk dituding ke arahku.
"AIRA~ kau-" Dia menjerit sekuat hati sambil mengepal tangan, aku pasangkan wajah kasihan. Tangan dibawa menyeka air mata yang keluar ditubir mata akibat ketawa tadi. Aku berdehem pelan bercekak pinggang.
"Itu balasan sebab awak buat saya mandi paya so sekarang masalah kita berdua settle" Lembut dan tenang aku menutur ayat. Fajmin cuba untuk bergerak namun dihalang oleh Farish. Aku tersenyum miring, dia ingat aku takut. Helo ini Aira Lissya lah.
"Ingat ye Encik Fajmin, karma itu ada untuk lelaki yang tak reti hormat orang. Sekian." Senyum manis diukir sebelum bergerak mereka yang berdiri kaku di dalam bendar. Tanpa buang masa aku terus beredar dari situ. Rasa sakit hati padanya kian memudar setelah dia mendapat balasan yang sama. Tahniah Aira.
*****
YOU ARE READING
Kau Milikku
Romantizm[STATUS - COMPLETED ] [BOOK EDISI HEARTBREAKER] Mampukah aku pertahankan mahligai saat semuanya mulai runtuh... Start : 26 November 2019 End : 12 May 2021 Hakmilik sepenuhnya Mina_matshah Dilarang sama sekali plagiat or copy paste