~Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya~
Aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan sebal. Kereta Range Rover diluar pagar aku tatap benci, kaki dihentak geram. Kisha dekatiku.
"Kenapa ni, kenapa Fajmin datang sini?" Wajah Kisha aku pandang, bibir dimuncungkan sedepa bergerak masuk ke dalam bilik tidur. Kisha setia mengikut belakangku.
"Fajmin tu! Dahlah datang mendadak, tiba-tiba marah lepas tu dia suruh saya kemas barang ikut dia balik" Kisha terdiam sesaat sebelum ketawa darinya tercetus. Dia mengulum senyum sambil memeluk tubuh.
"Baguslah tu, dia ajak awak tinggal sekali dia. Itu petanda baik untuk suami isteri" Aku mendengus kesal mengeluarkan baju dalam almari, beg balik kampung aku letak di atas katil.
"Meh sini saya tolong awak" Aku menguntum senyum tipis saat Kisha menolongku. Bunyi hon kereta lelaki itu mengejutkan aku, mata dipejam cuba untuk bersabar. Lagi sekali hon kereta berbunyi.
"Ish dia memang tak reti bersabar ke apa!" Aku berbisik geram namun didengari Kisha. Gadis itu tertawa kecil. "Saya nak pergi bercakap dengan boss kejap" Aku mengangguk kepala kembali mengemas apa yang patut. Segala barang peribadi aku ambil dan diletak di dalam beg.
"Dah?" Aku terperanjat kecil, kepala dipusing ke belakang. Tubuh tinggi Fajmin berdiri di muka pintu menjadi santapan mata. Aku menjeling mula bangkit, dua beg besar aku angkat.
"Dah, tak reti nak bersabar" Aku merungut kecil mengangkat beg tersebut. Fajmin mendesah berat mengatur langkah masuk ke dalam bilik. Beg yang besar dia angkat.
"Jom" Dia bersuara datar keluar dari bilik, Kisha yang muncul di muka pintu menyungging sengih. Mata dipejam rapat mengambil beg dan mula keluar dari bilik tidur, bahuku Kisha tepuk lembut.
"Hati-hati dijalan dan tolong pastikan boss happy" Aku berdecit kesal menampar lembut lengan Kisha, dia ni saja je usik aku. "Beritahu Farissya tau" Dia mengangguk kepala mantap, kasut aku sarung ala kadar.
"Iya nanti saya beritahu yang kawan baik dia balik ke pangkuan suami" Buntang mataku memandang Kisha yang sudah mengekek ketawa. Ish wanita ini sengaja buat aku marah agaknya.
"Bye jumpa esok" Aku melambai tangan ke arah Kisha, dia membalas lambaian tanganku. Badan dipusing ke depan dan langkah dihala ke kereta lelaki itu.
Pintu penumpang depan aku buka mempamerkan wajah Fajmin yang sedang merenungku, bibir dikemam masuk ke dalam kereta. Beg aku letak di atas kaki.
"Pastikan barang kau tak tertinggal" Ujar Fajmin datar mula masukkan gear, kereta mula bergerak meninggalkan halaman rumah teres ini.
Aku tunduk mengenggam kedua jari jemari saat suasana didalam kereta terdengar begitu hening. Aku tidak berani buka mulut melihat situasi lelaki itu yang agak terganggu kebelakangan ini. Bangunan pencakar langit menjadi tatapan sementara menunggu kami sampai ke destinasi.
Tali pinggang kaledar aku buka seraya anak mata tekun merenung lelaki itu yang sedang matikan enjin kereta, wajahnya tampak tertekan. Apabila merasakan dia menoleh ke arahku cepat-cepat aku alihkan pandangan ke sudut lain.
"Saya keluar dulu" Aku berkata tanpa memandang dirinya, hening. Ini bermakna dia setujukan. Pemegang pintu kereta aku tarik sehingga terbuka dan ditolak ke luar. Badan dibawa keluar dari kereta.
Beberapa saat kemudian, lelaki itu keluar dari kereta. Pintu kereta dia tutup dan bergerak ke bonet kereta, beg balik kampungku dikeluarkan. Tanpa basa basi aku ditinggalkan keseorangan di basement. Aku menghela nafas berat, ada apa sebenarnya difikiran lelaki itu. Badanku menjadi kaku saat lelaki itu menoleh ke belakan, terkesan akan renungan lelaki itu.
YOU ARE READING
Kau Milikku
Romance[STATUS - COMPLETED ] [BOOK EDISI HEARTBREAKER] Mampukah aku pertahankan mahligai saat semuanya mulai runtuh... Start : 26 November 2019 End : 12 May 2021 Hakmilik sepenuhnya Mina_matshah Dilarang sama sekali plagiat or copy paste