BAB 48 ~ Kau Milik Aku

1.1K 35 3
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~

Alat uji kehamilan pakai buang aku tatap dengan perasaan sebak, bagaimana cara mahu memberitahu berita ini selepas apa yang berlaku. Sudah lebih 4 jam lelaki itu belum pulang, Aku memejam mata rapat, alat itu aku bawa ke dada. Perit rasanya jika memikirkan apa yang sedang dia lakukan sekarang. Apa dia masih berada dengan Mariya.

Aku tersentak kecil saat mendengar bunyi pintu ditutup rapat, air mata aku seka lembut. Anak mata di alih untuk melihat siapa yang hadir. Jantungku berdegup kencang saat melihat sosok tubuh Datin Seri Marayani mengatur langkah masuk ke dalam ruang tamu. Aku bangun dari duduk, agak terkejut atas kehadiran ibu mertua. Dia menarik senyum sinis merenungku penuh benci.

"Ma" Tegurku lembut menghulur tangan untuk memberi salam namun wanita tua itu hanya merenungku tajam, aku menarik perlahan tangan sambil tersenyum tawar.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau. Mestilah kau dah tahukan aku yang beritahu Mariya semua ni. Kalau aku tak beritahu sampai mati Fajmin tak akan ceraikan kau" Aku tergamam memandang Datin seri Marayani, kata-kata itu bagaikan pisau tajam menghiris hatiku. Dia datang mendekat dengan wajah yang cukup sinis.

"Kau buat apa dengan anak aku, kau ada guna-gunakan anak aku sampai dia tak nak lepaskan kau ha! Kau dengar sini eh, aku tak suka kau. Sampai mati pun aku tak pernah anggap kau menantu aku lah!" Aku menunduk kepala, hati ini bagai dihiris sungguh terguris buat sekian kali, luka lama kembali tergangga luas mendengar kata-kata dari wanita senja ini. Aku mengenggam erat tangan cuba sorokkan air mata kembali mengalir. Besarkah rasa benci dia padaku.

"Ikut aku sekarang!" Aku mendongak memandang Datin seri Marayani. "Aku tak suka tengok kau menangis, meluat. Bersiap ikut aku. Sekarang!" Laju aku menyeka lembut air mata dan bergegas masuk ke dalam bilik untuk bersiap ala kadar.

Rumah banglo mewah dua tingkat menjadi tatapan, takut-takut aku memandang Datin seri Marayani. Ini rumah siapa? Kenapa dia ajak aku ke sini. Banyak persoalan yang muncul difikiran namun aku kuburkan tidak mahu wanita tua ini terus membenciku.

"Ingat habis semua ni, aku nak kau angkat kaki dari rumah anak aku, aku tak nak perempuan macam kau ni duduk tempat yang tak sama taraf." Aku terkelu mendengar setiap baris ayat bagai pisau tajam yang menusuk tembus hati kecilku.

"Cepat keluar sekarang!" Datin seri Marayani bersuara tegas keluar dari kereta, aku melakukan seperti disuruh. Bibir digigit, entah kenapa dadaku berdebar-debar seakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Aku menepis firasat hati yang bukan-bukan. Setapak demi setapak aku mengekori belakang wanita itu.

Sebaik saja tiba di muka pintu, kami disambut dua orang pembantu rumah dan dibawa masuk ke ruang tamu. Punggung mula dilabuh sebelah Datin seri Marayani, aku memaksa diri untuk tersenyum saat melihat seorang wanita berusia lingkungan 40-an turun anak tangga.

"Eh Datin, kenapa tiba-tiba datang. Dengan siapa ni. Ayu sungguh orangnya" Sapa wanita itu lembut duduk di depanku. Aku menunduk kepala, kedua tangan aku genggam lembut.

"Eh dia bukan siapa-siapa pun, ni saya datang sini ada hajat tapi maaflah benda agak tergesa-gesa" Aku menoleh memandang Datin seri Marayani dengan perasaan yang gelisah. Apa maksud semua ini?. Kerutan di dahi wanita itu jelas.

"Hajat apa ye?"

"Saya datang sini sebenarnya nak merisik Mariya, iyalah saya ni dah lama nak berbesan dengan awak" Wanita terus ketawa halus, aku menelan air liur. Bibir dalam digigit kuat menahan rasa sebak, lama aku merenung Datin seri Marayani. Dia mengerlingku kemudian menguntum senyum sinis.

"Ouh yeke, tadi Riya cakap nak jumpa Datin itu saya terkejut yang Datin datang. Kenapa tiba-tiba ni. Mariya ke yang suruh" Aku melarikan anak mata memandang ke sudut lain, rasa kecewa menguasai diriku tika ini. Ya Allah, kau kuatkan hati ini untuk menempuh dugaan.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now