~Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~
Bangun saja dari tidur sosok Fajmin sudah tiada. Mungkin dia berangkat ke pejabat hanya tinggal dirumah ini. Bibir dikemam mencari idea untuk masak tengah hari. Bagai ada rerama berterbangan didalam perut saat membaca mesej yang dihantar oleh si suami.
From: Myhubby
- Aku pergi kerja dulu, sorry tak kejutkan sebab kau nampak letih sangat.Aku mengemam bibir mula memikir apa yang patut aku balas untuk lelaki ini.
To: MyHubby
- Saya masak hari ni, kalau awak free awak baliklah makan.Telefon aku letak di atas katil. Badan bergerak masuk ke bilik sebelah untuk bersiap untuk membeli barang basah memandangkan stok mulai habis. Senyuman makin mekar mendapat balasan yang positif dari lelaki itu. Tas tangan aku ambil dan berlari anak ke pintu utama. Rasa bersemangat untuk masak lauk untuk lelaki itu.
Beberapa ekor ikan aku ambil dan ditaruh ke dalam plastik putih yang tersedia. Ayam didalam bangku aku toleh, rasanya dah cukup untuk kami berdua. Aku mula berganjak ke kaunter bayaran, sel darahku laju mengepam ke jantung tatkala melihat sosok seorang lelaki bersut hitam sedang merenungku tidak jauh dariku, sudah lama ke dia di situ.
Laju aku sembunyikan diri di rak yang terusun barang. David, seluruh tubuhku mengigil ketakutan, tak sangka aku boleh jumpa lelaki itu di sini. Mata dipejam memikirkan apa yang patut lakukan sekarang ini.
"Rileks Aira jangan nak takut, bayar dan pergi dari sini" Aku memujuk diri sendiri, orang awam disedang beratur sedikit sebanyak berjaya sembunyikan diri daripada lelaki itu.
Sehabis bayar aku melangkah lebar keluar dari gedung beli belah, sesekali aku pusing ke belakang untuk melihat kelibat David. Tiada, kenapa masa seakan merangkak berlalu dan stesen bas terasa jauh.
Satu kereta mewah hitam menghalang laluanku. Aku berhenti melangkah, seorang lelaki keluar dari perut kereta. Dadaku berdebar-debar kuat melihat David menyungging sengih.
"Lama kita tak berjumpa. I miss you Aira" Seluruh bulu romaku berdiri tegak. Aku mengundur beberapa langkah. Rasa takut mulai menguasai diri ini, takkan secepat ini aku bertemu lagi dengannya.
"Awak nak apa" David membuat muka terkejut sebelum ketawa kecil. "I nak you lah, you lari dari I" Aku mengetap bibir, anak mata ligat mencari orang awam disekitar.
"Saya tak nak awaklah, tolong jangan ganggu hidup saya boleh tak. Saya tak ada kena mengena dengan urusan antara awak dan Ariff" Aku bersuara lantang. Aku tidak ingin ada hubungan antara Ariff dan lelaki ini. Dia ketawa sinis sambil mencekak pinggang. Aku menelan air liur saat lelaki itu menapak dekat.
"Kalau you tak nak ikut I, you kena bayar hutang abang you. Seratus dua puluh ribu ringgit ma, mana you mahu cari wang hmm" Aku memaling wajah ke arah lain saat tangan lelaki itu ingin mengelus pipiku.
"Satu, dua, kosong. Wah banyak tu, mana you mahu cari duit sebanyak itu. Tak ada, jadi you tak ada pilihan. Jadi perempuan simpanan I and I bagi kemewahan. Apa saja you nak I akan bagi. Easy Aira" Aku mengetap rahang, seratus dua puluh ribu ringgit. Ya Allah dari mana aku akan dapat cari duit sebanyak itu.
"Macam mana?" Bisik lelaki itu lembut memegang lembut pergelangan tanganku. Aku menepis kasar, sampai mati aku tak akan pernah jadi milik lelaki ini.
"Saya tak nak dan itu urusan antara awak dan Ariff. Saya tak masuk campur" Aku bersuara tegas dan melangkah pergi namun pergelangan tanganku direntap secara kasar. Disebabkan rentapan yang kuat buatkan tubuhku terdorong rapat ke tubuh lelaki ini. Dia menarik senyum senget.
YOU ARE READING
Kau Milikku
عاطفية[STATUS - COMPLETED ] [BOOK EDISI HEARTBREAKER] Mampukah aku pertahankan mahligai saat semuanya mulai runtuh... Start : 26 November 2019 End : 12 May 2021 Hakmilik sepenuhnya Mina_matshah Dilarang sama sekali plagiat or copy paste