~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya~
Buku Menu aku susun elok ditepi kaunter bayaran sementara anak mata liar memerhati sekeliling. Anak mataku ligat memerhati Farissya sedang mengambil pesan pelanggan, memori malam kemarin masuk perlahan-lahan. Farissya tampak mengemaskan saat berkenalan dengan Johan. Sejenak keluhan berat aku lepaskan, fikiranku menerawang memikir cara untuk aku hapuskan rasa cinta terhadap lelaki itu.
"Haa mengeluh je kerja" Aku terperanjat saat Aman mengetuk kaunter bayar. Aku menjelingnya geram. "Sibuk je pergi duduk dapur sana" Aman tertegun seketika, air mukanya berubah tidak puas hati.
"Oh kau-bukan main lagi kau. Berani kau halau aku. Kau-" Aku menayang sengih saat suara Kisha menegurnya. Aman menjeling terus masuk ke dalam dapur. Kisha meletakkan dulang berisi menu yang dipesan di atas meja.
"Aira tolong hantar pesanan dekat meja nombor 2" Aku mengukir senyum mula bangkit, dulang tersebut aku ambil. "Baik Chef" Kisha tertawa kecil terus melangkah masuk ke dalam dapur.
"Enjoy your meal sir" Pelanggan tersebut mengukir senyum padaku. Aku tunduk hormat mula berjalan ke arah kaunter sorotan mataku jatuh Farissya sedang memilih kek untuk pelangan.
"Fa" Aku menegur ceria. Farissya mengerlingku sekilas sebelum memberi baki duit kepada pelanggan tersebut. "Apa dia" Bibir aku kemam mengajaknya untuk duduk.
"Aku nak ajak kau makan dekat kedai mamak sana" Farissya mengeluh berat memandangku sedih. "Aku dah janji dengan Akiff, dia datang sini hari ni nak ajak aku keluar. Terpaksa aku ambil half day" Bahuku melorot ke bawah, bagaimana denganku? Aku mahu berehat dengan siapa hari ini.
"Kau nak ikut aku dating ke?" Eh buat tabiat ke ikut serta Farissya temu janji dengan Akiff. Aku tak mahu ganggu waktu romantis mereka. Kepala digeleng tidak mahu. "Tak naklah. Kau pergilah dating aku boleh ajak Kisha ke Aman ke rehat nanti." Aku memberi cadangan. Farissya besarkan mata, bibir diketap geram.
"No no no, aku tak benarkan kau keluar makan dengan Aman. Dia tu kaki buli. Kau makan dengan Kisha je" Kedua pipi Farissya aku cubit gemas sebelum menarik sudut bibirnya menjadikan senyuman. "Iya aku faham" Aku berbisik. Farissya mengukir senyum mula merangkul kemas bahuku.
"Macam nilah kawan aku" Farissya berkata penuh bangga. Aku ketawa kecil, Ravi di dalam dapur hanya mengeleng kepala melihat kami, disuruh untuk meneruskan kerja.
"Betul ke Aira nak makan dekat sini" Kisha bertanya dan dibalas dengan anggukan. Kerusi aku tarik untuk duduk. Anak mata mula meliar mencari pelayan restoran. Figura seorang lelaki sedang berbual bersama seorang wanita menjadi tatapan. Johan, dia bersama dengan siapa?. Aku larikan pandangan agar lelaki itu tidak menyedari kewujudanku di dalam restoran ini.
"Akak nak ke tandas kejap" Aku tersenyum manis menghantar bayangan Kisha melalui pandangan ekor mata. Telefon aku keluarkan dari beg tangan, sudah lama aku tidak bertanya khabar dengan Mak. Rindu pada insan yang tercintai tidak terkata.
"Aira" Tubuhku terhenti buat seketika saat suara lelaki menegur, aku mengangkat kepala. Johan menarik senyum manis. Aku tersenyum kaku. "Ha-hai" Kerusi arah bertentangan ditarik kemudian punggung dilabuh.
"We meet again. Betul-betul jodoh ni" Ujar Johan sambil tertawa. Otakku mula persoalkan kenapa dia boleh nampak aku disini. "Kan tak sangka" Jawabku masih mengekalkan senyuman palsu.
"Memang lah kita akan jumpa cik Aira sebab pejabat saya area sini juga. Satu bonus buat saya kita sama taman perumahan" Ujar Johan merenungku lembut, aku cuba larikan anak mata. Tidak berani bertentangan mata bersama lelaki itu. Aku menarik senyum apabila pelayan restoran datang menyediakan makanan yang kami pesan.
YOU ARE READING
Kau Milikku
Storie d'amore[STATUS - COMPLETED ] [BOOK EDISI HEARTBREAKER] Mampukah aku pertahankan mahligai saat semuanya mulai runtuh... Start : 26 November 2019 End : 12 May 2021 Hakmilik sepenuhnya Mina_matshah Dilarang sama sekali plagiat or copy paste