BAB 56 ~ Cinta Hati

910 34 0
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~


Wajah Fajmin yang terlelap di sebelah menjadi santapan mata. Tangan naik mengelus pelan pipinya. Senyum manis terukir melihat jam ditangan sudah 4.20 petang. Lena sangat ni tidur sampai tidak sedar, iPhone di atas nakas aku toleh tatkala bunyi ringtone.

Papa? Dahi mula berkerut berfikir apa penyebab Tan sri Jeffri telefon, tanpa banyak soal aku menjawab panggilan tersebut.

"Hello, assalamualaikum ye Pa" Ujarku mula bangun dari katil menjauhkan diri agar tidak menganggu tidur lena Fajmin. "Walaikummusalam, Aira sihat, Fajmin, cucu Papa sihat?" Aku menarik senyum lebar memusingkan badan merenung lelaki itu.

"Alhamdulilah sihat, cucu Papa pun sihat" Ujarku mengusap perlahan perut. "Lega hati Papa dengar, Aira bahagia dekat sana, Fajmin macam mana?" Bibir dikemam menahan rasa bahagia tidak terkira ini.

"Dia sihat, syukur dia layan saya baik Pa, dia banyak berubah sejak pertama kali kami jumpa dekat Hospital" Bisikku memandang Fajmin yang tertidur pulas lembut. "Baguslah kalau macam tu, Papa sentiasa doakan kebahagian anak dan menantu Papa. Kalau boleh cepat-cepatlah balik KL. Rindu dekat kamu berdua" Aku tertawa halus, kepala diangguk pelan seolah-olah dia bisa nampak apa yang aku lakukan ini.

"Semenjak Aira tinggalkan Kuala Lumpur, hidup Fajmin tidak terurus. Dia banyak diamkan diri, tak fokus kerja, makan pun tak teratur, hati siapa tak risau kalau anak tak pernah nak balik rumah, makan minum dia pun Papa tak tahu. Harapkan Farissya untuk jenguk Fajmin dekat rumah." Dadaku berdesir hebat, terkebil-kebil memandang dinding konkrit sebelum beralih pada lelaki itu.

"Ja-jadi selama ni, Fajmin tak pernah balik rumah ke Pa" Jelas dengar suara mengeluh Tan sri Jeffri, rasa bersalah menyentak diriku. "Tak pernah sejak Mama paksa Fajmin bertunang" Aku mengigit bibir seraya memejam mata Jadi selama ini pertunangan antara Fajmin dan Mariya hanya paksaan dari Datin seri Marayani.

"Balik pun putus tunang dengan Mariya sampai sekarang dia tak pernah jenguk Mama, telefon pun tak" Aku mengenggam erat tangan melampiaskan pelbagai rasa tika ini. "Tolong jaga anak Papa Aira, tolong terima dan cintakan dia setulus hati" Aku memejam mata, kepala diangguk mantap. Tangan naik menyentuh dada.

"Aira janji Pa, terima kasih sudi terima Aira jadi menantu Papa. Aira akan buat terbaik untuk anak Papa" Ujarku lembut mengesat air mata, sebak.

Aku menarik senyum manis setelah selesai berbual bersama Tan sri Jeffri. Selangkah demi selangkah aku hampiri katil, punggung dilabuh secara perlahan di atas katil. Tapak tangan Fajmin aku ambil dan digenggam erat.

"I love you abang" Bisikku lembut tunduk mengucup lembut dahi lelaki itu. Senyum tipis terbit dibibir, secara perlahan aku menyisir rambut depan lelaki ini tanpa mengejutkannya. Cinta hati.

Aku menjerit kecil apabila selamat sampai di pantai Desaru, Najihah dan Aiman yang sedang mandi manda menjadi tatapan. Aku tersentak kecil disaat tapak tanganku digenggam, Fajmin. Dia merenungku datar sebelum menaruh topi jerami bermotif kain di atas kepalaku. Senyum manis terukir merenung wajah segar Fajmin selepas dipaksa untuk bangun untuk menemaniku jalan-jalan dipesisir pantai.

"Jom kita ke sana" Ujarku merangkul lengan Fajmin sementara tangan yang lain menunjuk ke arah pesisir pantai. Belum sempat dia berkata, lengannya aku tarik menuju Najihah dan Aiman. Sayup-sayup suara Aiman menegur kami dari jauh.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now