~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~
Lenganku disiku oleh Farissya. Aku berkerut memandang Farissya. Dia menguntum senyum manis. "Kenapa kau?" Aku bertanya perlahan. Dia hanya mengulum senyum tipis.
"Kau ada apa-apa ke dengan abang Fajmin" Seluruh tubuhku menegang dan kaku. Aku berlagak biasa kembali mencuci pinggan. "Mana ada apa-apa" Ujarku memandang Farissya sekilas. Dia ketawa suka lalu mencuit lembut hidungku. Aku masamkan muka pada Farissya.
"Eleh habis tu kenapa abang Fajmin hantar mesej kat aku, tanya kau okay tak, apa rasa sakit dekat mana-mana tak. Kau buat apa ha dengan dia" Sakat Farissya sambil tertawa suka. Aku mengambil nafas, ya ampun kenapa Fajmin buat begini. Segan aku.
"Ma-mana ada" Bohongku sibukkan diri membasuh pinggan. Aku tersentak kecil saat Farissya mendekat wajah ke arahku, terkebil-kebil memandang Farissya.
"Kau dan abang Fajmin dah ehem ehem ke" Air didalam sinki aku simbah lembut ke arahnya mengunakan jari. Dia menjerit kecil, terkejut.
"Ish kau ni, cakap tu jangan kuat sangat" Bulat mata Farissya mendengar kata-kataku, kedua bahuku dipeluk erat. "Serius ke beb, wah tak lama lagi aku dapat anak buah." Anak buah? Mahu tercabut jantung aku tatkala Farissya sudah memasang angan-angan yang tinggi. Aku menyungging sengih menolak lembut lengan Farissya.
"Ish janganlah segan aku" Aku berbisik lembut seraya menahan rasa membahang pipi. Farissya menguntum senyum manis mengenggam erat tapak tanganku. "Aku bahagia untuk kau. Teruskan usaha buat abang aku jatuh cinta. Su su na" Aku tertawa kecil membalas genggaman tangan Farissya.
"Baik kha" Aku bersuara lembut. "Dah lama kita tak spend time tengok drama Thailand sama-sama" Bisik Farissya muncungkan bibir sedepa. Senyum kecil ditarik.
"Tak apa nanti ada masa kita drama marathon macam dulu" Farissya berubah riak sedih. Lengannya aku usap lembut. "Dah jangan sedih-sedih" Aku memeluk Farissya, tanda memujuk sahabat. Kami sama-sama tertawa sebelum kembali menyambung kerja.
Tas tangan aku ambil setelah selesai punch card tamat shift hari ini. Langkah kakiku terhenti saat menangkap tubuh Johan masuk ke dalam Kafe. Aku berbalik dan melangkah besar masuk ke dalam ruangan dapur. Mata dipejam rapat menunggu Farissya.
"Fa, ada Johan dekat dalam kafe ni" Bulat mata gadis itu setelah berdiri didepanku. Dia panjangkan leher melihat keadaan kafe tersebut sebelum mengukir senyum tipis. "It's okay kau jangan risau, kita balik ikut jalan belakang" Dia memberi cadangan, aku mengangguk kepala. Lenganku Farissya tarik keluar melalui pintu belakang.
"Sampai bila kau nak buat Johan tertunggu kau" Aku mengerling ke arah Farissya yang fokus memandu. Kedua tangan aku genggam erat, aku buntu mencari masa yang sesuai untuk beritahu hal yang sebenarnya.
"Aku tak nak dia kecewa sebab aku dah kahwin" Aku berbisik perlahan, Farissya mendengus kesal sambil mengeleng kepala. "Kau tahu tak, tindakan kau ni satu masalah yang besar untuk kau nanti." Aku tertunduk lemah, apa yang dikatakan Farissya semuanya benar.
"Aku perlukan masa nak beritahu Johan" Tuturku perlahan menoleh ke arah Farissya. "Sampai bila Aira, sampai bila kau nak dera hati lelaki tu. Dia berharap sangat dia nak jumpa kau. Setiap hari dia datang rumah tanya khabar kau" Rasa bersalah semakin pelan-pelan masuk ke dalam dada. Kedua tangan aku kepal erat. Aku perlukan masa yang tepat untuk memberitahu hal yang sebenar pada Johan dan aku tak bermaksud untuk lukakannya.
Kedua pintu unit apartment aku tutup perlahan longlai langkah kakiku menuju ke ruang tamu. Tas tangan aku taruh di atas meja ruang tamu. Telefon Vivo aku genggam lembut. Senarai block aku buka, nama Johan tertera di dalam senarai menjadi santapan mata. Bibir dikemam, apa patut aku buat. Perlu ke aku beritahu perkara yang sebenarnya sekarang pada lelaki. Rasa bersalah mengcengkam jiwa.
YOU ARE READING
Kau Milikku
Romance[STATUS - COMPLETED ] [BOOK EDISI HEARTBREAKER] Mampukah aku pertahankan mahligai saat semuanya mulai runtuh... Start : 26 November 2019 End : 12 May 2021 Hakmilik sepenuhnya Mina_matshah Dilarang sama sekali plagiat or copy paste