BAB 50 ~ Bahagia?

1.7K 46 8
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~


Empat bulan kemudian

Aku meringis pelan seraya mengusap lembut yang membesar, kepala diangkat merenung kaca televisyen. Najihah disebelah ralit menukar siaran astro, sejak tiga bulan lepas aku menyewa pangsapuri ditemani Najihah. Senyum manis terukir terkenang jasa Maksu sekeluarga yang sudi menerimaku untuk menumpang kasih.

Susu ibu mengandung jenama Anmum yang masih hangat di atas meja ruang tamu aku ambil. "Aduh bosan lah siaran Astro ni" Rungut Najihah duduk bersila di atas sofa.

Aku menguntum senyum manis hanya tekun memandang kaca televisyen, dahiku berkerut saat Najihah menukar siaran TV3 mula menayang rancangan kontroversi selebriti iaitu Melodi.

Jantungku berdegup kencang saat selebriti ditemu ramah kali ini adalah Mariya Jahaluddin. Dia tersenyum bahagia menyapa pengara itu. "Uish Mariya lah, favorite artis aku ni" Omel Najihah, aku tersenyum kelat memandang Najihah sebelum melirik anak mata ke kaca televisyen. Jantung kini mengepam darah laju.

Aku mengenggam erat mug menahan sesak di dada tatkala wajah cantik mula menceritakan aktiviti yang dia sedang lakukan sekarang. Aku menguntum senyum tipis, wanita itu tampak sangat biasa dan bahagia.

"Sorrylah kalau soalan I ni agak sensitif, dengar desas desus yang you diam-diam jalani hubungan dengan seorang jejaka tampan ni, hampir 8 tahun ye bercinta" Nafasku bagai tersekat, aliran sejuk laju mengalir seluruh saraf melihat senyuman tulus dari Mariya, dia mengangguk kepala tekun mendengar soalan dari pengacara itu.

"Tup tup I ada dengar cerita yang you dah bertunang secara rahsia dengan jejaka misteri itu, tak sampai beberapa minggu kecoh pula satu Malaysia yang you tiba-tiba putus tunang. Betul ke?" Tanya pengacara itu tanpa rasa malu, hatiku berdesir hebat. Jadi selama aku pergi mereka sudah bertunang. Aku tersenyum kelat, aku mengerdip berulang kali agar cairan hangat ditubir mata tidak kelihatan. Mariya mengecil mata merenung pengacara itu sebelum ketawa.

"Macam eh nak cerita hurm. Ish you ni tak ada soalan lain ke nak tanya" Wajah Mariya yang ketawa sambil menyeka air mata sedikit sebanyak meragut hati kecilku. Aku tahu dia cuba sembunyi rasa sakit dikhianati.

"Firstly, memang betul I pernah bertunang dengan orang yang I cinta eh" Dia tertawa kecil kembali sambung bicara "Fasal majlis pertunangan tu I buat kecil-kecilan sebab hormat permintaan pihak di sebelah sana. Second, soal putus tunang tu..." Muka Mariya berkerut-kerut sebelum mengulum senyum manis apabila disakat wartawan Melodi.

"Hmm nak buat macam mana tak ada jodoh. Sebenarnya hal ini kami dah lama selesaikan dengan damai tak ada pergaduhan antara kedua pihak, kami pun berpisah secara baik, dia dengan haluan dia and I macam sekaranglah always busy.....I dah boleh terima yang kami memang tak ditakdirkan bersama, I reda dengan ketentuan Allah." Jawabnya diakhiri tawa halus, wartawan tersebut turut ketawa.

"Maknanya you masih sayang dia kan" Sakat wartawan Melodi itu buatkan Mariya berubah riak kepada terkejut. "Eh gila, siapa je tak sayang dekat 8 tahun kut, tapi nak buat macam mana kan hmm so I harap pihak diluar sana stoplah buat artikel yang bukan-bukan tentang I, senang-senang je you all dapat dosa free" Mariya bersuara manja di baris akhir. Wanita itu kelihatan baik-baik saja dan bahagia sedangkan aku?.

Aku menunduk kepala merenung mug dengan perasaan yang bercampur baur. Jadi sekarang ini Fajmin tiada hubungan lagi bersama Mariya. Bagaimana hidup lelaki yang masih berstatus suamiku sekarang, aku memejam mata Ya Allah.

Setelah penat memasak makan malam bersama Najihah, kamar tidur aku tuju. Tilam aku hampiri dan duduk secara perlahan-lahan, perut yang membesar aku pegang lembut. Telefon Vivo aku di atas bantal aku ambil. Mesej dari Farissya aku baca sebelum menguntum senyum tipis.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now