BAB 34 ~ Abang

831 34 3
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~

Fajmin mematikan enjin kereta, tali pinggang aku buka dan keluar dari kereta. Tempat duduk belakang aku dekati. Perlahan-lahan aku memapah lembut Mak keluar dari kereta manakala Fajmin mengambil beg berisi baju.

"Hati-hati Mak" Aku berbisik memegang kemas lengan Mak. Mak diam perlahan-lahan pijak anak tangga naik ke atas. Kunci rumah aku keluarkan dalam tas tangan. Setelah kunci terbuka, daun pintu aku tolak lembut. Pinggang Mak aku peluk dan mula memapah Mak masuk ke dalam bilik.

"Ah aduh" Mak meringis sakit saat dia mula melabuh punggung dibirai katil. Aku mengulum senyum manis, tangan Mak aku genggam erat. "Nanti Aira datang, Aira nak ambil barang dekat dalam kereta" Mak mengangguk lembut, aku berbalik dan keluar bilik.

Fajmin yang sedang menyusun barang di atas meja ruang tamu menjadi tatapan. Setapak demi setapak aku dekati dirinya. Senyum manis terukir, semua barang Mak lelaki itu sudah bawa masuk ke dalam rumah. Kedua tangan dibawa ke belakang badan.

"Terima kasih awak" Aku bergumam kecil. Dia menoleh menolehku. Kepala diangguk sekali. Beg baju berwarna hitam dia sandang dibahu.

"Mana bilik kau, aku nak mandi. Panas" Fajmin bertanya perlahan. Aku menunjuk bilik sebelah bilik Mak. Tanpa berkata dia terus melangkah masuk ke dalam bilik meninggalkan aku. Aku mencebik bibir menatap punggung lelaki itu. Cih dasar kerek! Poyo! Berlagak! Sombong! Bodoh!.

Selesai membersihkan diri, aku sibukkan diri memasak untuk makan malam. Mak aku biarkan dia berehat di dalam bilik manakala Fajmin pula, sejak mandi dia hilang entah ke mana. Aku mengeluh berat, naluri hatiku kuat mengatakan dia balik ke rumahnya.

"Ish balik rumah Ibu tak nak pun ajak aku. Aku ni apa tunggul? Aku isteri dia tau" Aku bergumam sedih sedikit terasa hati. Sabar Aira, ini baru permulaaan. Kau harus belajar untuk lebih sabar.

Sup ayam yang sedang mendidih di dalam kuali aku tatap kosong. Aku tutup api dengan kasar sambil mendengus kesal. Kedua tangan digenggam erat, jika begini aku bisa gila akan perangai sok poyo Fajmin Wildan itu. Suara wanita memberi salam diluar serta merta rasa geram pada lelaki itu hilang.

"Eeer Waalaikumusalam" Terpinga-pinga aku berlari memanjat anak tangga. Pintu rumah aku buka, sosok Mak cik Mohaya dan Fajmin menjadi tatapan. Aku mengukir senyum manis. Bulat mataku saat Mak cik Mohaya menarikku ke dalam pelukan. Kedua pipiku dikucup mesra.

"Aira, rindunya Ibu dekat menantu Ibu ni" Aku tertawa halus. "Aira pun rindu I-Ibu juga" Rasa kaku saat memanggil Mak cik Mohaya Ibu. Aku mengerling Fajmin yang berdiri di sisi Mak cik Mohaya, wajahnya yang datar seperti biasa.

"Jemput masuk Ibu, awak" Aku bersuara lembut mempelawa mereka masuk ke ruang tamu.

"Ibu ni rasa marah sangat dekat si Fajmin ni tak reti nak bawa isteri jenguk Ibu dan Ayah" Bebel Mak cik Mohaya mencubit lengan Fajmin. Lelaki itu terkejut, sesaat kemudian mengeluh berat.

"Kan Fajmin cakap tadi Ibu. Airakan sibuk dengan Mak. Fajmin tak nak kacau dia." Fajmin bersuara perlahan sambil memandangku. "Iyalah tu" Aku menguntum senyum manis memegang lembut tapak tangan Mak cik Mohaya.

"Tak apa Ibu nanti kalau Fajmin dapat cuti, Aira datang melawat Ibu." Aku memujuk lembut. Wanita tua itu menarik senyum tipis mengusap bahuku.

"Tak sangka doa Ibu termakbul nak Aira jadi menantu Ibu" Aku terkesima dengan kata-kata Mak cik Mohaya. Lirikan mataku beralih pada Fajmin. Lelaki hanya diam berdiri di sebelah Mak cik Mohaya dan memaling wajah ke tepi seolah-olah tidak suka apa yang dikatakan Mak cik Mohaya. Aku tersenyum kelat, sedikit terguris.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now