Kepalanya masih terasa pusing. Berat semacam. Dia gagahkan juga untuk membuka mata. Effect pengsan semalam kot.
Pandangan pertama yang menyapa ruangan anak matanya hanyalah silauan cahaya putih semata-mata.
"Errhh!" Suara erangan menahan perit terluah dari mulutnya.
"Nami!!" Dia mendengar satu suara memanggilnya. Dia cuba mengesan suara tersebut. Tapi gagal.
"Nami.. nami!! Kau okay? Kejap aku panggil doc." Suara itu memanggilnya lagi.
'Doktor? Dah kenapa dengan aku ni? Oh! Aku pengsan semalam.' Monolognya sendiri. Tubuhnya terasa penat. Mungkin kesan dari perlawan semalam kot
Derap kaki beberapa orang manusia mencucuk pendengarannya. Dia cuba membuka matanya sekali lagi. Kali ni dia berjaya.
Ruangan putih dan krim menjadi hidangan matanya. Dia berpaling kearah bunyi bising. Tak lama kemudian, beberapa orang yang memakai baju putih masuk ke ruangan yang dia berada saat itu.
"Cik Aizawa?" Lelaki berkot putih yang memakai nametag Dr. Okumura memanggilnya dan meletakkan teleskop pada dadanya yang lengkap memakai baju hospital.
Nami mengangguk tanda mengiakan.
Kemudian, dia mengambil sebotol air mineral lalu menuangkannya kedalam gelas kosong dan menghulurnya pada Nami. Nami mengambilnya lalu meneguk dengan rakus.
Sekali pandang macam seribu tahun tak jumpa air.
"Cik ingat tak apa yang jadi pada cik sebelum ni?" Soalnya lagi. Dia mencapai fail rekod kesihatan. Di situ tertera satu nama. Aizawa Nami.
Sekali lagi, Nami mengangguk. "Err, saya jumpa orang yang nampak... pelik." Nami berkata. Dia menggaru kepalanya. Dia ingat-ingat lupa sebenarnya.
Dr. Okumura hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia menulis butiran pada fail ditangannya.
"Cik berehat la dulu. Nanti, saya datang periksa lagi." Dr. Okumura berpesan sebelum beredar bersama satu senyuman yang menenangkan.
~
"Yukio! Macam mana dengan Nami?" Hanako bertanya sebaik sahaja doktor lelaki itu keluar dari wad yang didiami oleh Nami. Sejak tadi, dia setia berdiri di depan pintu wad sahabatnya itu.
Okumura Yukio, kawan baik abangnya yang merangkap kawannya juga. Dia walaupun baru menjejak umur 20, tapi dia dah berjaya memegang jawatan doktor dihospital berkenaan. Otak ligat nak mati. Entah susu apa dia minum masa kecik-kecik dulu.
Yukio melepaskan nafas berat. "Entah la Hana. Nak cakap pun susah. Nampaknya, dia tak ingat apa yang jadi sebenarnya. Yang dia cakap hanyalah, dia jumpa orang yang nampak pelik. Mungkin dia terkena gangguan emosi. Tapi, Hana jangan risau. Dia okay. Mungkin petang ni, dia dah boleh balik." Terang Yukio panjang lebar.
"Oiii Yukio!!" Satu suara yang menjerit memanggil doktor muda itu. Dua kepala berpaling.
Yukio menarik nafas dalam. Satu lagi masalah!! "Ye nii-san. Nak apa?" Dia menyoal pendek. Bebola matanya berpusing ke atas.
(A/n: Okumura beradik nie, sebenarnya dari Ao No Exorcist. Sebab saya baru terminat dekat diorang, jadi saya nak jugak nama dorang ad kat sini.. so, sape2 kenal dengan diorang nie, mesti tau erangai adik abang tu kan??)
"Makan jom. Lapar la." Si abang merengek manja. Huish! Luar alam betul si kembar ni. Nama je abang, tapi si adik lagi matang.
"Rin! Jom makan dengan Hana. Kita bawak Nami sekali." Ujar Hanako. Tak mahu Rin mengganggu adiknya bekerja.
"Hah!! Nami dah sedar ke?" Terus si Mamat comel tu berlari kearah wad Nami.
Yukio ketawa perlahan. Hanako pelik melihat reaksi Yukio. "Dah kenapa ni Yuki?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Naruto!! Enter!! √
FanfictionDisclaimer: Masashi Kishimoto.. Kisah tentang bagaimana Naruto terserap masuk ke dunia sebenar. Melihat bagaimana manusia di bumi sebenar hidup. Hidup tanpa menggunakan jutsu. Dimana dia, Sakura, Kakashi, Sai, Kapten Yamato dan juga Hinata yang ter...
