Aby berjalan sendirian di hadapan kedai haiwan. Nama kedainya iaitu Lara Shop Pets tersergam di hadapan kedai haiwan ituu.
Aby berjalan ke hulu ke hilir. " nak masuk ke tak nak." Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aby ragu-ragu mahu memasuki kedai haiwan ituu.
" aku nak beli hamster tapiiiiiiiiii " Aby membebel sendiri. panjang tapinya.
sedang Aby kehulu kehilir memikirkan keputusannya hendak masuk ke kedai itu atau tidak , datang seekor kucing parsi menghampirinya.
" Arghhhhhhhhhhhhhhh !" laju saja Aby memanjat dan berdiri di atas kerusi panjang yang disediakan di luar kedai ituu.
" shuu , shuu , shuu . eeee , sana lah kau kucing , eeee " Aby menghentak hentak kakinya.
" Baby " panggil seorang lelaki.
Terkejut Aby terdengar suara garau yang memanggil baby. ' baby ? dia pnggil aku baby ke ? ke kucing hitam ni ?'
" err , awak. boleh tolong tak ambil kucing hobit hitam ni ? saya geli lah " suruh Aby tanpa segan silu.
Malu tu ada juga, malu sebab berdiri di atas kerusi panjang itu.
Lelaki yang memakai baju T-Shirt Polo dipadankan dengan seluar jeans berwarna lusuh , rambut yang kemas di sikat menarik minat Aby.
' boleh tahan juga mamat ni ' bisik hati Aby.
Lelaki ituu memandangnya dari atas sampai bawah. Wanita dengan pakaian sempoinya,baju adidas lengan pendek,skinny jeans dan kasut vans old school hitam. Rambut terurai yang panjangnya lebih dari paras bahu dan menggunakan sling beg hitam.
Senyuman diukur di bibir.
seminit
Dua minit
" Hahahahahahahahahaha " terburai gelak lelaki itu memandang Aby yang nampak keresahan di atas kerusi ituu.
" sekali tengok macam lelaki pakaian kau ni, tapi takut kucing. Hahahaha " kata lelaki itu bersama sisa ketawanya
Aby menilik pemakaiannya. ' yeke macam lelaki ? buta ke ape mamat ni ?' gumamnya dalam hati
" tolong lah cepat ambik kucing tuu ! Saya nak turun ni " geram Aby di buatnya. orang nak minta tolong di ketawakan pula
" turun je lah , apa susahnya " selamba lelaki itu menjawab.
Aby menghentak kakinya , geram. ' kucing hobit hitam ni pun satu , tak reti nak lari ke ? penat aku berdiri atas kerusi ni , macam kena denda oleh cikgu je sebab tak siap kerja rumah '
Beberapa minit kemudian baru lelaki itu mengambil kucing parsi yang berwarna hitam itu . " baby , jom balik. cian baby kan orang gila ni panggil baby hobit hitam. sepatutnya baby terkam je orang gila ni " lelaki itu bercakap dengan kucing parsinya sambil mengusap kepala kucingnya.
' orang gila ? dia kata aku orang gila ? kau dengan kucing kau tu yang gila ! ' bentak Aby dalam hati. Kalau di luahkan nanti lelaki itu tidak mengambil kucing itu pula. Lebih baik pendamkan saja.
" Baaaa !!" lelaki itu menyergah Aby yang tengah mengelamun dengan mendekatkan kucing parsi yang dipanggilnya baby ituu dekat dengan muka Aby.
" Argggghhhhh!!! " teriak Aby dan menutup mukanya menggunakan sling begnya
Lelaki ituu ketawa terbahak bahak lalu meninggal kan Aby sendrian yang masih berdiri di atas kerusi.
" kurang asam punya mamat. kalau aku jumpa kau lagi,memang aku patah patahkan tulang kau sekali dengan kucing kau tuu. "
Berani ke Aby ?
'argh ! aku tak kira , berani tak berani memang aku nak patah kan juga tulang dua ekor makhluk tuu '
Aby turun dari kerusi dan membetulkan sedikit baju dan rambutnya.
Puas membetulkan diri , dia terus menuju ke keretanya. Di batalkan saja niat mahu membeli hamster.
' nanti aku suruh je lah Alice belikan untuk aku , ape susah ' gumamnya
Aby menghampiri BMW X5 miliknya dan terus membuka pintu bahagian pemandu.
Start engine , buka aircond.
" huh , sejuk sikit badan. tapi hati aku ni masih panas dengan mamat tadi tuu. eeeee ! geram ! geram ! geram ! " steering keretanya dihentak beberapa kali.
Selepas memujuk hati sendiri, barulah dia memulakan perjalanannya menuju ke rumah mamanya
YOU ARE READING
I Love You Yincik Kucing
Teen FictionKerana seekor kucing, bermulanya pertemuan Aisley Abygail dengan Arief Hafiey. Aisley Abygail anak sulung kepada Tan Sri Alex yang mempunyai kacukan melayu-inggris.Seorang yang berpakaian sempoi tetapi tetap cantik dengan kecantikan muka yang dia ad...