Bab 15

445 24 0
                                    

Aby menutup rapat pintu biliknya lalu dikuncinya.

Aby menghempas badannya di katil dan memejam mata buat seketika. Perbualan dan muka lelaki yang samar-samar dipandang semasa di Curve Park tadi terlayar di kotak pikiran.

" Hafiey " nama yang terkeluar dari bibirnya yang comel . Automatik senyumanya terukir di bibir.

Aby mencerna balik perbualan mereka beberapa jam yang lalu . Dengan pantas Aby membuka kelopak matanya dan duduk dari pembaringan.

" baik aku bawak Hafiey kahwin dengan aku . Lagipun nasib kitorang sama "

" tapi dia nak ke kahwin dengan aku ? Nanti dia tak nak ?"

" nak tak nak , aku paksa je . Dia pun tak nak kahwin dengan pilihan mak dia kan . so , baik dia kahwin dengan aku . Lepas kahwin pun kitorang boleh kenal-kenal "

" Tapiiiii nanti muka dia buruk macam mane ? Kalau dia gemuk macam mana ? Kalau muka dia macam jambatan runtuh macam mane ? Eee , tak nak aku ! "

" Arghh ! Lupakan semua niat-niat aku tadi . Tapi aku tak nak lah kahwin dengan anak kawan mama tu . Aku bukan kenal pun . jumpa pun tak pernah "
Hafiey kau kenal sangat ke ?

" Hafiey aku kenal lah ! Nama dia Hafiey , jantina lelaki , nasib sama macam aku , suara dia . Aum , boleh buat i melting . Hahaha "

Macam orang gila pun ada Aby ni , cakap sorang-sorang , ketawa sorang-sorang . Ish,ish,ish , memang buat orang gila jugak penangan kahwin paksa ni .

***

" morning mummy , daddy . Morning riel " sapa Rief yang baru tiba di meja makan

Semalam dia baru sahaja menjemput Dato' Halim dengan adiknya Ariel Hafizan di airport . Baru balik dari outstation katanya.

" morning " jawab mereka serentak.

Rief memakai baju formal untuk bekerja . Baju kemeja warna putih , neck tie hitam dan dikenakan dengan kot hitam yang masih tergantung di bahunya . Briefcase di letakkan di lantai.

" Kamu kerja ke hari ni ?" soal Dato' Halim

" ye lah daddy . Habis tu ? Tak kan Rief keluar bersiar-siar guna baju macam ni pulak " jawab Rief sambil menyumbat sekeping roti gardenia ke dalam mulutnya.

" bila kamu nak kerja dengan daddy ni Rief . Kamu tak payah lah sibuk-sibuk nak bekerja keras untuk syarikat orang lain . Syarikat daddy sendiri kamu tak berusaha nak kembangkan " ada nada kecewa dari suara daddynya.

" alah daddy , Rief tak nak macam anak orang kaya yang lain tu . Harapkan mak bapak je bagi dorang kerja . Rief nak berusaha tanggung diri Rief sendiri tanpa pertolongan daddy dengan mummy . Lagipun Ariel kan ade bantu daddy kat office " matanya melirik ke tempat Ariel.

" yela . Itu daddy tau . Tapi tak sama kalau kamu dengan Ariel bekerjasama perluaskan lagi syarikat daddy tu . Mesti akan lebih maju . Kamu tengok macam syarikat Inspirational Holdings tu . Kamu tak nak syarikat daddy berkembang maju macam tu ?"

Yayaya , daddy dah mula membebel.

" mesti lah nak . Tapi tengok lah dulu macam mane . Ariel pun Rief tengok boleh diharapkan jugak majukan syarikat daddy . Mesti dah banyak pengalaman dia dapat lepas balik-balik ikut daddy pergi outstation "

" yes , betul ! " Ariel menyampuk sambil jari telunjuknya menunjuk muka Arief

" bukan pengalaman je aku dapat tau , kalau kau nak tau banyak awek-awek cun aku jumpa kat sana . Memang cun giler " kata Ariel sambil membuat tumbs up

Pinggangnya di cubit oleh Datin Myra.

Ariel Hafizan . Siapa saja tak kenal dengan lelaki buaya yang mempunyai mulut manis itu . Umur dah 23 tapi masih dengan perangai tak matangnya.

" aduh , sakit lah mummy " Ariel memegang tempat bekas cubitan mummynya tadi.

" ade mummy kesah ? Tak pernah nak berubah kamu ni Riel " Datin Myra menggeleng kepalanya.

" memang patut pun daddy tak harap kau . kau ikut daddy pergi outstation rupanya nak cari awek cun je . Tak pernah nak serius buat kerja " kata Arief

" hekeleh , aku buat kerja jugak lah. Sambil-sambil tu aku kenyit-kenyit mata lah dengan anak-anak Dato' tu . Macam pepatah 'menyelam sambil minum air ' haa ! Cenggitu "  Ariel berkata sambil tersengih-sengih.

Dato' Halim dengan Datin Myra hanya mampu menggeleng kepala dengan perangai anak bongsu dorang ni.

" yeye le kau " Arief menjeling Ariel

Arief memandang jam ditangannya .

" Rief pergi kerja dulu lah daddy , mummy . Dah lewat ni " pantas  Rief berdiri

" daddy suruh kamu kerja dengan daddy tak nak . kamu fikir-fikirlah pasal tadi tu Rief. " kata Dato' Halim semasa Rief mencium tangannya. Kemudian tangan Datin Myra pula dicium

" haah bro . kau kerja lh sekali dengan aku , kau ikut cara aku kerja " sampuk Ariel.

Arief menunjal kepala Ariel . " kepala hotak kau. Kau ingat aku ni macam kau . Perempuan keliling pinggang. Dah tak payah beli belt . kau pakai je awek-awek kau tu buat belt kau "

Tergelak mummy dan daddynya . Ariel dah tarik muncung.

Masuk saja ke dalam kereta . Rief menghidupkan engine keretanya dan memecut ke Crystal Holding. Memang bukan calang-calang jugak tempat Rief kerja ni.

I Love You Yincik KucingWhere stories live. Discover now