Bab 20

379 28 1
                                    

Setelah beberapa minit berperang dengan perasaan sendiri, akhirnya Aby mengambil keputusan untuk menegur lelaki itu

" err.. Ehem ! Hai awak " tegur Aby

Rief yang tadinya termenung melihat ikan-ikan yang sedang berebut makanan yang diberinya,mengalih pandangan ke suara tersebut.

Rief hanya memandang sekilas dan kembali memandang ikan-ikan di hadapannya.

' erk, sombongnye ' bisik hati Aby.

" boleh saya duduk tak ?" Aby masih cuba menarik perhatian lelaki yang sedang duduk di bangku itu

" kalau aku tak suruh pun,kau tetap akan duduk kan ? Duduk je lah " dingin sahaja suara Rief

Cepat-cepat Aby duduk di sebelah lelaki itu. Kakinya pun dah mula lenguh.

Lama mereka berdiam. Rief masih dengan kerjanya tadi. Aby hanya melihat tingkah lakunya.

" hmm, awak . Nama awak sape ?" soal Aby tanpa berbasi-basi.

Dia pun mahu juga kenal nama musuhnya selama ini.

" kau ni dah kenape ? Buang tabiat ke tiba-tiba jadi baik depan aku macam ni ? " Pelik . Tiba-tiba saja perempuan itu muncul dan cuba berbaik dengannya

" ah..hmm.. Tak de lah . Saje je nak erat kan silaturahim. Tak kan kita nak bermusuh je kan ?" Aby cuba memaniskan mukanya.

Dalam hati ' ya Allah , sabar je lah aku dengan perangai mamat kat depan ni.'

Rief menjeling Aby . " Hafiey "

" what ?! Ha..ha..Hafiey ?!"

' itu kan nama lelaki yang tegur aku hari tu '

" Yela , Hafiey . Yang kau terjerit-jerit ni asal ? Nama boyfriend kau ke Hafiey tu ?" tanya Rief .

' nama aku pun dia nak pelik '

" eh ! Tak de lah. Hmm, saje je acah-acah terkejut . Hehehe " Aby menayangkan sengihannya.

" Nama saya Aby. Selamat berkenalan " Aby menghulurkan tangganya untuk salam perkenalan malangnya Rief hanya melihat tangannya yang kecil itu

" haram " sinis sekali ayat Rief.

Aby menarik semula tangannya. " halalkan "

" apa dia ?"

' eh ! Aku cakap ke tadi ?'

Aby memukul mulutnya berkali-kali.

" tak de . Saya tanye, halal tak aiskrim kat sana tu ?" tipu Aby

Rief memandang ke tempat yang di maksudkan Aby.

" maybe "

" awak nak tak makan aiskrim ? Saya belanje " tanya Aby riang.

Rief hanya diam

" alah , mesti awak nak tapi awak malu nak cakap . Saya pegi beli dulu tau . Awak jangan balik dulu, tunggu saya kat sini "

Aby berlari-lari anak menuju ke tempat pakcik yang jual aiskrim

" pakcik, bagi aiskrim vanila satu coklat satu " pesan Aby

Rief hanya memandang Aby dari jauh.

" asal minah ni tetiba baik dengan aku ? Salah makan ke ape dia ni "

" ke ade udang di sebalik mee ? Dia baik-baik dengan aku ni ade agenda lain "

" Hish ! Rief , Think positive okey . Orang dah buat baik , layan je lah " bisiknya sendiri.

" nah , aiskrim awak " Aby menghulurkan aiskrim vanila kepada Rief

Terkejut Rief dengan sergahan Aby.

' lajunye beli aiskrim '

" awak ! Ambil aiskrim awak ni, nanti cair " Panggil Aby lagi.

' mamat ni , dari tadi mengelamun . Ape hal '

Rief memandang aiskrim yang dihulurkan oleh Aby. Kemudian dia melihat pula aiskrim Aby.

' ewah ! Sedapnye dia makan aiskrim coklat . Aku ? Dia bagi vanila ?'

" tak nak . Aku nak aiskrim coklat tu " bibirnya dimuncungkan ke arah aiskrim di tangan kanan Aby.

" mana boleh ! Ni saya punya lah " Aby menjauhkan sedikit aiskrimnya dari Rief

" Aku nak aiskrim coklat . Sape suruh kau memandai belikan aku aiskrim vanila ? Aku tak suka vanila "

" mane saya tau . selalunya lelaki tak suka sangat makan coklat sebab tu saya belikan awak vanila "

" lelaki yang ' selalunya ' kau maksudkan tu, tak termasuk aku ! Meh sini aiskrim coklat tu " arah Rief

Aby mahu tak mahu saja menyerahkan aiskrim coklat miliknya. Laju saja tangan Rief menarik aiskrim coklat itu

Rief menikmati aiskrim coklat itu dengan nikmat sekali. Aby pula hanya melihat tingkah laku Rief.

'Aiskrim coklat akuuu !!!!!!!' raung Aby dalam hati

Kalau boleh memang dia sudah beli aiskrim coklat yang baru tapi masa dia membeli aiskrim coklat itu pun tinggal satu sahaja .

" awaaak " panggil Aby dengan muka sepuluh sen

" hmm "

" nak sikit "

Rief memandang Aby dengan smirknya. " alololo , nak aiskrim ni eh ?"

Laju Aby mengangguk

" beli sendiri !" sambung Rief

' kurang asam punya hantu tinggi ! Kalau bukan aku yang beli , takde maknanye kau makan aiskrim tu sekarang ' bebel Aby dalam hati. Geram !

" nah " Rief menyerahkan aiskrim coklat yang tinggal separuh kepada Aby

Perlahan-lahan Aby menyambutnya. Kemudian dia membelek-belek aiskrim itu.

' hmm,nak makan ke tak nak eh ? Bekas orang dah ni . Tak pe kalau perempuan, ni bekas lelaki . Tapi kalau aku tak makan, nanti aku kempunan acane ?'

Lama dia memerhati aiskrim itu sambil berfikir

" kau nak ke tak nak aiskrim tu ? Kalau kau tak nak , meh sini aku ambil balik " Rief sudah memanjangkan tangannya untuk mengambil aiskrim itu

Laju saja Aby memasukann aiskrim yang tinggal separuh itu ke dalam mulutnya

Rief tersenyum manis memandang Aby tanpa Aby sedar.










Rief dah jatuh cinta ke acane😏 ? Kalau nak tahu , tunggu next bab okey😝 Jangan lupa VOTE AND COMMENTS💕❤

I Love You Yincik KucingWhere stories live. Discover now