Sampai sahaja di Curve Park , Aby keluar dari perut kereta dan menuju di kerusi panjang yang berhadapan dengan tasik.
Aby memandang sekeliling. Gelap . Hanya bahagian tempatnya duduk saja yang ada lampu.' seram sejuk pula aku dibuatnye . dah lah tak de orang kat sini . minta-mintalah tak de makhluk-makhluk yang emm. Faham-faham je lah ' bebelnya dalam hati.
'Ngam sangatlah tak de orang. Boleh aku lepaskan tekanan kat sini'
" arggghhhhhhhhhhh !!!! Aku tak nak kahwin !!!!! Aby melepaskan semua tekanan yang dia hadapi dengan menjerit.
" hoii !" Teriak seseorang
Terperanjat Aby. " siapa tu ?" Soalnya. ' mama ! Tolong Aby mama ! Janganlah makhluk yang aku fikir sekarang ni muncul '
Aby betul-betul rasa takut.
" Manusia " jawab orang tu.
' dari suara , rasanya suara lelaki . Ya Allah , janganlah perogol bersiri yang menegur ak '
" aw..awak bu..buat ape kat gelap tu ?" Aby memberanikan diri untuk bertanya untuk menghilangkan rasa takut.
" hilangkan tekanan . Aku pun tengah stress sekarang ni . Aku faham ape yang kau rasa sekarang " jawab lelaki misteri itu.
" awak tak akan faham ape yang saya rasa . Awak bukan ditempat saya. Awak tak alami apa yang saya alami sekarang " Aby pun tidak tahu kenapa dia rasa selesa untuk berbual dan meluahkan perasaanya
" akuu faham sangat . Aku pun kena kahwin paksa oleh mak aku "
Aby terkejut . macam tak caye pulak.
" awak jangan nak buat lawak boleh tak ? Tak lawak langsung okey . Saya serious sekarang ni "
" kau fikir aku ade masa ke nak bergurau dengan kau . Kalau bukan sebab mak aku paksa aku kahwin , aku tak lari lah kat tempat ni "
'Dari not suara , nampak serious je. Baik aku tanye nama dia sape' ." hmm , nama awak sape ?"
" asal kau nak tahu ?"
" manalah tahu , kot-kot awak lelaki yang mama saya pilih untuk kahwin dengan saya tu " selamba Aby menjawab. Sebenarnya dia pun tak jangka itu yang terkeluar dari mulutnya.
" nama aku Ar.. nama aku Hafiey " tergagap lelaki misteri yang bernama Hafiey itu menjawab.
" ooo , Hafiey . Nama saya Aisley . Nanti kalau awak balik rumah , awak tanye mak awak siapa nama perempuan yang nak dikahwinkan dengan awak tu . Manalah tahu tiba-tiba mak awak sebut nama saya . Hahahaha "
Hafiey masih senyap . ' aik mamat ni , dah balik ke ? '
" awak ?" panggil Aby.
" a..ah ye ? " gagap Hafiey menjawab
" saya gurau je lah tadi tu . Awak tak payah lah nak takut sampai gagap macam tu. Okey lah , saya nak balik ni , dah lewat sangat . nanti papa saya bising . Saya balik dulu tau , bubye "
Aby meninggalkan kawasan Curve Park dan balik ke rumahnya.
***
Curve Park
Rief duduk di kerusi panjang yang berhadapan dengan tasik.
Kata-kata mummynya masih terngiang-ngiang di telinganya.
" Kamu dah tak de hubungan dengan Sally ? " Datin Myra agak terkejut apabila Rief memberi tahu dia perkara itu .
Rief mengangguk . Dalam hati Datin Myra dia agak seronok dengan khabar yang baru didengarnya dari mulut Rief sendiri.
" Kalau macam tu , mummy nak kamu kahwin dengan anak kawan mummy "
" ape Mummy ni ? Trauma Rief putus cinta baru-baru ni pun belum hilang lagi . sekarang mummy nak kahwin pula dengan kawan anak mummy "
" Mummy tak kira , mummy nak jugak kamu kahwin dengan anak kawan mummy tu . Mana tahu lepas Rief kahwin dengan dia , Rief boleh lupakan Sally "
"Hish ! Rief pikir dulu lah macam mane . Rief nak keluar dulu. Rief pinjam kereta mummy tau"
Lamunan Rief tersentak apabila iphonenya berbunyi .
" hello Riel . asal ?"
" ouh , okey . aku gerak sekarang "
Rief mematikan panggilan dan bergegas ke keretanya . Dia memecut keretanya menuju ke KLIA .
YOU ARE READING
I Love You Yincik Kucing
Teen FictionKerana seekor kucing, bermulanya pertemuan Aisley Abygail dengan Arief Hafiey. Aisley Abygail anak sulung kepada Tan Sri Alex yang mempunyai kacukan melayu-inggris.Seorang yang berpakaian sempoi tetapi tetap cantik dengan kecantikan muka yang dia ad...