Bab 13

404 30 0
                                    

Lepas habis solat magrib , Aby terus turun ke dapur untuk mengisi perutnya yang lapar .

Lama sangat dia tidur tadi , sampai dekat magrib dia tidur . Hairan jugak sebab tiada siapa yang kejutkan dia bangun.

Sampai saja di dapur , Alice , mama dan papanya suda sedia di meja makan.

" baru bangun Aby ?" Soal papanya.

Aby mengambil tempat di sebelah Alice. " haah papa "

" bagus sangat lah tu anak dara tidur sampai dekat magrib macam tu " sindir mamanya.

Aby hanya tersengih. Dia mengaut nasi dan mengambil lauk yang disediakan.

" lepas makan nanti , kita kumpul kat ruang tamu . Mama dengan papa ada hal nak bincang "

Aby dan Alice hanya mengangguk . Malas mahu bercakap masa mulut penuh dengan nasi.

Selesai makan dan mengemas meja makan, mereka menuju ke ruang tamu.

Puan Sri Ayra mengambil tempat di sebelah suaminya, Tan Sri Alex.Aby pula duduk bersebelahan dengan Alice.

" hal ape mama nak bincang ni ? Macam penting aje bunyinye . Tak sabar nak tunggu esok pagi ke ?" Tanya Aby

" memang penting pun . Tentang hidup dan mati ni " jawab Puan Sri Ayra

Tan Sri Alex menepuk paha isterinya. " hish ! Kamu ni . ade ke sampai situ pulak "

" betul lah bang . ni kan tentang masa depan dan hidup Aby " Puan Sri Ayra menjeling suaminya.

" eh ! Kejap ! Kejap ! Asal ada nama Aby pula ? Tentang masa depan dan hidup Aby ? Ape ni ? Aby tak faham lah mama , papa "

Tiba-tiba saja hati Aby berdebar.

" Macam ni Aby , hmm " Puan Sri Ayra ragu-ragu untuk berkata.

" Ape mama ? Janganlah buat Aby takut macam ni "

" Mama nak kamu kahwin dengan anak kawan lama mama " sekali nafas Puan Ayra berkata.

Aby dan Alice terlopong. Aby lagilah macam tak percaya apa yang baru mamanya luahkan.

" wha.. What ?!! Mama, I'm still young okey . Aby belum nak kahwin lagi . Baru berapa bulan Aby nak berdikari bekerja kat office Papa , takkan tiba-tiba je mama nak suruh Aby kahwin " Aby membangkang sekeras kerasnya.

" sebab tu mama suruh kamu kahwin dengan anak kawan mama tu. Dia boleh tanggung kamu. Kamu tak payah lagi susah-susah nak berdikari bagai "

" Mama ! Aby tak kenal pun siapa anak kawan mama tu . Aby tak nak kahwin dengan lelaki yang Aby tak kenal "

' hish ! Tak boleh ni ! Aku tetap tak nak kahwin ! '

" Kalau kamu tak kenal , mama boleh kenalkan kamu dengan anak kawan mama tu . Mama yakin dia boleh bahagiakan kamu Aby . "

Puan Sri Ayra tetap mahukan Aby berkahwin dengan anak kawan lamanya.Lagipun dia sudah berjanji dengan kawannya itu untuk menjodohkan anak mereka.

" No mama ! Aby tak nak ! Aby tetap tak nak kahwin ! " bentak Aby .

Tan Sri  Alex dan Alice hanya menjadi pendengar pertengkaran dua beranak itu.

Pantas Aby berdiri dan bergegas ke biliknya untuk mengambil kunci kereta.

" Aby ! Mama belum habis cakap lagi ni !" teriak Puan Sri Ayra

Aby mencapai kunci keretanya dan menuruni tangga untuk ke tempat parking keretanya.

" Aby ! Kamu nak kemana pula malam-malam buta ni !" teriak Puan Sri Ayra lagi.

Aby hanya membiarkan panggilan mamanya yang balik-balik memanggil namanya.

Dia memecut keretanya menuju ke Curve Park. Hanya tempat itu yang boleh menenangkan hatinya.

" Abang tengoklah perangai anak abang tu . Semua rancangan yang saya buat , semua dia tak setuju . Ni semua salah abang lah ni , selalu sangat manjakan dia tu " tempelak Puan Sri Ayra.

" eh , saya pula yang di salahkan. Kamu pun satu , janganlah nak paksa dia kalau dia tak nak "

" haa , tengok tu . Abang pun 2×5 juga dengan perangai Aby. Malas nak layan abang "

Puan Sri Ayra naik ke dalam biliknya dengan hati yang geram. Geram dengan Aby , geram dengan suaminya yang selalu membela Aby.

Alice yang hanya terkulat-kulat dari tadi akhirnya berdiri dari tempatnya. " Papa , Alice naik dulu ya . Nak tido . " kata Alice sambil tersengih

" hm , naik lah. Good night "

" good night papa " Alice berlari menaiki tangga dan menuju ke biliknya

Iphone 6+ dicapai. Alice memanggil nombor Aby .

tutt ... tutt ... tutt..

" aduh ! Mesti tak bawak fon ni " Alice mengetuk-ngetuk kepalanya

" mana kau ni Aby . Gila ke malam-malam buta macam ni kau keluar sorang-sorang "

Alice tidak senang duduk. Kehulu ke hilir dia berjalan di biliknya.

Alice duduk di birai katil. Kepala dilentokkan di bantal . Dia cuba menahan rasa ngatuknya tetapi akhirnya dia tertidur

I Love You Yincik KucingWhere stories live. Discover now