Bab 19

420 29 1
                                    

" Assalamualaikum Ayra " suara Datin Myra terdengar dari corong telefon.

" waalaikumsalam. Ade ape Myra ?" Tanya Puan Sri Ayra

" Takde. Aku nak bagi tahu kau ni, anak aku Rief dah setuju kahwin dengan anak kau. Anak kau macam mane ? Setuju tak ?" Teruja Datin Myra memberi tahu Puan Sri Ayra

" alhamdulillah . Baguslah kalau anak kau dah setuju . Tapi anak aku ni...." Puan Sri Ayra terdiam seketika

" kenape dengan anak kau? Dia tak setuju ke ?" suara Datin Myra sudah mula mengendur

" takk . Cuma aku dah bagi dia masa seminggu ni untuk cari calon suami sendiri. Kalau dia tak dapat cari, aku dah nekad akan kahwinkan dia dengan anak kau. Tapi kau jangan risau lah , aku kenal anak aku. Dia takkan jumpa calon suami dalam masa sesingkat tu "

" jangan yakin sangat Ayra. Kalau dia dapat cari, macam mana ? Tak kesampaian lah niat kita untuk berbesan "

" Dia anak aku Myra. Jadi aku kenal perangai dia macam mana . Dia tak de kawan lelaki. Lain lah anak bongsu aku sorang tu " Puan Sri Ayra cuba meyakinkan Datin Myra

" hmm, aku harap niat kita ni kesampaian lah . Aku letak telefon dulu eh , ada client aku baru sampai ni "

" yela-yela. Assalamualaikum "

" waalaikumsalam "

Puan Sri Ayra meletakkan telefonnya. " aku harap sangat lah Aby tak jumpa calon "

***
Hari ni sudah masuk hari ke-5 selepas Puan Sri Ayra memberi Aby masa untuk cari calon.

" haih ! Stressnye aku macam ni ! Tinggal dua hari je lagi ! Kalau tak de, mampos lah aku kene kahwin paksa " Aby meraup mukanya.

" nak minta tolong dengan papa pun tak de guna. Papa buat tak endah je. Alice lagi lah tak de fungsi " bebel Aby sendiri.

Aby mencapai beg guccinya dan menuju ke bilik pejabat papanya.

Knock ! Knock !

" Masuk!"

" Papa , Aby nak keluar dulu tau. Sekejap je, lepastu Aby masuk office balik "

" kamu nak pegi mane ? Kerja dah siap ?"

" Aby nak tenangkan fikiran kejap. Hal kerja,semua dah beres ! "

" hmm , kalau macam tu... Kamu tak payah lah datang office lagi lepas keluar ni, balik rumah terus. Jangan nak pergi mana-mana pulak " kata Tan Sri Alex sambil menyiapkan kerja yang masih berbaki

" seriously ? Thanks papa ! I love you soooo much !" Aby menghampiri papanya dan mencium pipi kanan papanya.

" Aby balik dulu tau. Bye !"

Tan Sri Alex hanya tersenyum melihat perangai anaknya.

' macam mane lah perangai kamu lepas ade suami nanti ' bisik hati Tan Sri Alex

Aby keluar dari Inspirational Holdings dengan hati yang berbunga-bunga.

' yeahh ! Lepasni , tak payah masuk office lagi. Dapat juga aku balik rumah aku hari ni '

Aby memandu keretanya menuju ke sesuatu tempat .

***

Curve Park

Rief duduk santai di kerusi panjang itu sambil melihat ikan-ikan yang sedang bermain di dalam kolam dihadapannya.

Hari ni dia ambil cuti setengah hari untuk menenangkan fikirannnya yang celaru.

' kenape lah aku boleh tercakap setuju kemarin . Kalau lah aku boleh tarik semua yang aku cakap kemarinkan bagus '

' Nama minah tu pun aku tak tahu. Lagipun aku tak pernah jumpa langsung dengan dia '

Rief melepaskan keluhan berat

" ape lah nasib aku ni ikan . Kene kahwin paksa oleh mak sendiri. Kalut sangat pemikiran dorang kan ? Sampai nak kahwin-kahwin paksa ni ? Kalau lah aku boleh jadi ikan, dah lama aku jadi ikan macam korang tau. Tak de masalah yang korang nak fikirkan " Rief cuba berbual dengan ikan-ikan yang ada di kolam itu sambil memberi makan.

Rief-rief . macam lah ikan tu boleh bercakap.

Aby yang baru sahaja sampai di Curve Park , ternampak susuk tubuh musuhnya sedang bercakap sorang-sorang di hadapan kolam itu.

" aik , gila ke mamat tu ?" soal Aby sendiri

" ngam sangat lah aku jumpa dia kat sini. Aku harap ape yang aku buat ni betul . Bismillahirahmannirahim " Aby memulakan langkahnya dengan bismilah

Aby menghampiri Rief. Semakin dekat dengan Rief , semakin berdebar pulak dia rasa.

Aby terhenti melangkah seketika. " nak tegur ke tak nak eh ?" Aby masih ragu-ragu mahu mendekati lelaki itu





















Aby tegur ke atau dia tak tegur ? Apa yang Aby nak buat sebenarnya ? Haa ! Kalau nak tahu , tunggu next bab👌

~~keep vote and comments guys💕. Bagi sikit semangat dekat saya untuk teruskan story ni❤

I Love You Yincik KucingWhere stories live. Discover now