Bab 8

462 27 0
                                    

Inspirational Holding

Aby tengah ralit membuat kerja menghadap komputer di mejanya.

Lagu Ariana Grande Side to Side berbunyi.

Aby mencapai telefonnya ,nama Alice terpampang di skrin telefonnya . ' nak ape lagi budak ni '

skrin iphonenya di slide ke warna hijau.

" Hello "

" hello Aby ! kau kene tolong aku sekarang "

" Tolong ape wey ?! kau kat mane sekarang ?!" soal Aby panik.

" Aku kat Hypermall ni. Kau datang sini sekarang ! ASAP ! " panik suara Alice dari corong telefonnya.

Aby mematikan panggilan. Tanpa membuang masa, dia mencapai beg tangan gucci dan kunci keretanya.

Pintu bilik papanya dikuak.

"papa , i have to go now ! Urgent " belum sempat Tan Sri Alex berkata apa-apa Aby sudah lesap dari muka pintu.

' papa dah tahu aku keluar pun dah cukup '

Kereta Aby membelah jalan dengan kelajuan yang tinggi.

' ape yang jadi kat adik aku ni '

Dari tadi dia tidak senang duduk , balik-balik teringatkan Alice yang berada di Hypermall.

Sampai saja di Hypermall , Aby menelefon Alice untuk menanya di mana dia berada.

" Hello , kau kat tingkat berape ? aku dah sampai ni "

" tingkat 7 "

' tingkat 7 ? bukan ke tu tempat jual kain ? ape dia buat kat situ ?' gumam Aby dalam hati.

Kakinya melangkah menaiki escalator menuju ke tingkat 7.

Dari jauh , dia ternampak Alice melambainya dari jauh.

Aby melangkah menghampiri Alice , lama kelamaan langkahnya makin perlahan.

' Alice ni dah kenape ? asal dia guna baju pekerja kedai tu ?'

Penat Alice menunggu kakaknya yang berjalan macam siput itu , di tariknya kakaknya masuk ke dalam kedai ke bahagian belakang khas tempat untuk pekerja-pekerja.

" ape kau buat kat sini ? baju kau ni ? Cuba explain kat aku " Aby sudah mula geram. Tadi panik sangat suara Alice masa menelefonnya , tapi ditengoknya Alice baik-baik sahaja keadaannya.

" aku kerja kat sini lah " jawab Alice sambil menayangkan barisan giginya yang putih

" what ?! sejak bila pula suka jadi pekerja ni ? setau aku kau ni mane suka kena suruh , asyik kau je nak jadi boss " bebel Aby.

" aku baru masuk kerja lah hari ni. Just today okey !" Alice memeluk tubuh.

" So kau call aku suruh datang sini pehal ?" tanya Aby

" kau kena tolong aku "

" tolong ape ? jangan buat kerja gila sudah "

" Tak gila punya. Tolong aku bekerja kat sini je "

" what ?! Are you crazy ?!" teriak Aby

Alice menekup mulut kakaknya.

" ya Allah, bisingnya mulut kau ni. Jangan lah nak teriak kat sini. Kau tengok tu , semua pekerja-pekerja tu tengok kau "

Aby menolak dengan kasar tangan Alice dari terus menutup mulutnya.

" hish kau ni ! kau nak aku mati ke ? tak bernafas aku dibuatnye "

" sorry-sorry" Alice tersengih

" Aku tak nak tolong kau . Daripada aku tolong kau kerja kat kedai kain orang ni , baik aku siapkan kerja aku yang melambak tu kat office Papa "

Baru sahaja Aby ingin melangkah meninggalkan Alice , Alice menarik tangannya.

" tolong lah Aby , kali ni je . Pleaseeeee " rayu Alice.

" hish ! yela-yela ! Tapi ade satu syarat "

" sepuluh syarat pun aku tak kesah " kata Alice sambil menunjukkan sepuluh jari tangannya.

" Satu je lah ! kalau sepuluh syarat belum tentu kau dapat buat. " Aby menjeling adiknya

" ape syaratnye ?"

" syaratnye kau kene cerita kat aku sebab ape kau nak kerja kat sini. Kau ni mana boleh pecaya kalau kau cakap kau saje-saje je kerja kat sini. Ni mesti ade sebab kan ?" teka Aby

Alice tersenyum lalu mengangguk

" Haa ! kan aku dah agak . Cuba kau bagi tau aku , sebab ape kau nak kerja kat sini . Ni mesti sebab kau selalu nampak pujaan hati kau area sini kan ? " teka Aby lagi

Bukannya Aby tak biasa dengan perangai Alice ni. Keliling pinggang lelaki, bila Aby tanya yang mane kau lebih sayang ? jawapannya semua aku sayang sama rata. Hairan Aby , tak tahu perangai siapa lah yang dia warisi.

" Nanti je lah kat rumah aku cerita. Sekarang ni kita mesti kerja , nanti boss marah. "

" yela-yela. Kalau aku kena marah kat sini , aku bagi tau papa. suruh saman syarikat ni "

Aby memang tak suka di marah. Kena marah sikit , menangis lepastu suruh Papanya menyaman orang yang memarahinya.

" memandai je kau nak bagi tau papa. Kalau kau kena marah mesti kau ade buat salah. So kalau kau tak nak kena marah , jangan buat silap masa buat kerja " pesan Alice .

Takut juga Alice kalau boss sementaranya memarahi Aby. Silap hari bulan memang kena saman lah syarikat orang tua ni oleh papanya. Lepastu orang yang menyaman syarikatnya pula Papa kepada bekas pekerjanya. Tak ke gila namanya ?

" ehh ! bukan aku yang nak kerja sini,kau yang terhengeh-hengeh minta tolong kat aku "

" eee , dah lah ! malas aku nak betekak dengan kau ni. Pegi salin baju sekarang , baju ade kat dalam tu " Alice menolak belakang kakaknya.

" aku tau lah , tak yah lah nak tolak. Kang kalau aku tersungkur, memang nahas kau aku kerjakan "

pantas Alice menarik tangannya.

Aby berjalan ke bilik persalinan dan menukar pakaiannya menggunakan baju pekerja.

" Jom "

Terkejut Alice.

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke depan dan berhenti di bahagian kain batik sarawak.

" kau jaga bahagian sini je. Kalau ade ape-ape,kau tanye je aku. Aku kat bahagian kain langsir " kata Alice dan meninggalkan Aby sendirian disitu.

Aby melihat lihat kain  sarawak yang tersusun cantik disitu. " cantiknye " gumamnya.

" ehem !"

" eh mak kau melatah ! " terkejut Aby

Aby menoleh belakang dan memandang dari bawah.

' wuu , segak ' gumamnya dalam hati sambil matanya memandang badan sasa lelaki itu.

Ketika matanya melihat muka lelaki itu, berbesar matanya.

" eh , my monkey . Tak pernah nampak lelaki handsome macam aku ni ke nak tilik aku satu badan ?" sinis saja kata-kata yang keluar dari mulut Rief

' what ?! my monkey ?! My tu aku tak kesah lah tapi monkey tu yang aku kesah sangat!! lagi satu , Papa aku lebih handsome dari kau lah ' kutuknya dalam hati.

" hello monkey ? dah bisu ke ?" kata Rief sambil memetik jarinya di hadapan muka Aby.

' dia tak boleh tahu yang aku ni perempuan yang gaduh dengan dia hari tu. Tapi macam mana ? dia dah kenal aku ! fikir Aby fikir ' bebel Aby dalam hati

" woi ! kau ni pekak ke bisu ?!" tengking Rief. Sakit pula hatinya tidak dilayan.

Aby tersentak. Dia menarik nafas dalam-dalam kemudian hembus. ' sabar Aby jangan nangis di depan lelaki tak gune ni '





Nangis ke Aby ? Kalau nak tahu , tunggu next bab okey👌

I Love You Yincik KucingWhere stories live. Discover now