Bab 16

408 26 0
                                    

Hari ini Aby bangun lebih awal dari hari-hari sebelumnya. Dia bangun awal pun untuk mengelakkan diri dari Puan Sri Ayra.

Puas menilik diri sendiri di hadapan cermin, dia bergegas untuk ke bawah.

" haii Aby , awal bangun hari ni . Tak nak sarapan dulu ke ?" Tegur Puan Sri Ayra yang baru saja menuruni tangga.

' aduh ! Kenapa mummy bangun awal sangat ni '

" Aby sarapan kat luar je lah mummy . Aby jalan dulu. Bye " Aby berjalan sepantas yang mungkin

Aby masuk ke dalam perut kereta . " huu ! Selamat "

Dia memakai spec Dior berwarna hitam dan mula memandu di jalan raya.

***

Inspirational Holdings

Sedang Aby tekun membuat kerja yang diberi oleh Tan Sri Alex , tiba-tiba pintunya dikuak oleh seseorang.

" hi sis " sapa Alice lalu duduk di sofa yang berwarna cream di bilik itu.

Aby masih fokus dengan kerjanya . " kau buat ape kat sini ? Tak sekolah ?"

" kau ni , hari ni cuti okey . Buat ape aku nak gi sekolah kalau cuti "

" tak de kerja ke ? Nyemak je kau kat office ni "

" badmood ke kak oii" usik Alice

" diam ah . Bising je kau ni "

" so , semalam kau gi mane ? Asal kau tak bawak telefon kau ? Kau tau tak aku risau "

" aku tak suruh kau risaukan aku pun " jawab Aby acuh tak acuh

" eh , hello ! Sape je tak risau kalau kakak sendiri keluar sorang-sorang tengah malam buta . Kalau kau kene culik ke , kene rogol ke . Sape susah ? Semua orang dalam rumah tu risau tau "

' haih , dah mula dah budak ni '

" lagi satu , yang kau protes sangat sampai keluar dari rumah malam tu asal ? Orang tu kau berkurung je lah dalam bilik . Tutup telinga kalau tak nak dengar mama cakap pasal kahwin tu "

" hish ! Aku tak pegi mane-mane lah semalam. Aku pegi Curve Park je " balas Aby . Malas mau jawab panjang-panjang

" What ?! Curve Park ?! Kau tau tak tempat tu dah ade kes bunuh baru-baru ni ?! Kalau kau kene bunuh ke semalam tak de sape nampak kau tau !"

' ya Allah , boleh gila aku dengan nenek gayung sorang ni '

" Cik Alice , tak nampak ke aku selamat je depan kau ni . Aku okey je depan kau ni . Tak nampak ?! "

" yelah ! Aku kata kalau , KALAU Cik Aby !" Ditekannya perkataan 'Kalau' itu

Aby menjeling tajam dengan Alice. Alice menjelingnya semula.

Haihla , adik-beradik ni😑

" kau kenal tak anak kawan mama tu ?" soal Aby selepas lama mendiam

" anak kawan mama ? Yang mana satu ? Banyak sangat anak kawan-kawan mama tu " Alice menggaru kepalanya

" Yang mama nak kahwinkan dengan aku tu lah " geram pula Aby dengan Alice ni

"Ouhhhh " tak kenal pun sambungnya dalam hati.

" kau kenal tak ?"

" eh ! Kenal, kenal ! Ape pula tak kenal " jawab Alice sambil membuat mimik muka yang yakin

' hari tu kau kene kan aku en , hari ni aku balas balik . macam lah aku tak tau kau kenakan aku hari tu, gelak sakan dalam bilik sorang-sorang. Macam aku tak dengar ' bebel Alice dalam hati

" hoi Alice ! Kau dengar tak aku tanye ape tadi ?" ' budak ni , aku tengah cakap dengan dia boleh pula mengelamun '

" ha ? Kau tanye ape tadi ?"

" aku tanye , handsome tak lelaki tu ?"

" hish ! Tak handsome langsung ! 100% tandas belum siap ! Hari tu kau cakap lelaki yang kau jumpa tu separuh siap kan ? Yang ni langsung tak siap ! " yakin Alice bercerita .

" betul-betul lah wey ! Kau ni buat aku takut lak " memang Aby takut sekarang . Takut dapat suami yang muka macam tandas tak siap . Nanti muka anak-anak dia tak comel kalau muka suaminya tak handsome.

" serious lah . buat ape aku nak tipu kau "

" eee , aku tak nak kahwin . Wey , kau tolong lah aku pujuk mama. Aku tak nak kahwin dengan lelaki tu "

" alah , senang je kalau kau tak nak kahwin dengan dia . Kau bawak calon suami kau sendiri jumpa mama dengan papa . yang penting pilihan hati kau tu jauh lebih baik dari anak kawan mama tu dan dapat menyejukkan hati mama " kata Alice sambil meletakkan tapak tanganya di dadanya.

" kau gila ? Aku mana ade boyfriend " Aby mula resah

" Alah , tak kan kau tak de kawan istimewa masa kau study kat London dulu"

" tak de bodoh " ' haa kan, free-free dapat bodoh '

" hish , pandai-pandai lah kau cari . Aku malas nak fikir . Hmm, jom kita pegi lunch "

" jam berape dah sekarang ?"

" 12.30 "

" lama sangat kita bebual sampai tak perasan dah waktu lunch . Jom ah , aku belanja " Aby mengambil beg tangan guccinya .

" Yes ! I love you sis ! Jom !" Alice memaut tangan Aby .

' rasa bersalah pula tipu Aby tadi . Last-last dia belanja aku makan. Tapi tak pe lah mungkin ade hikmah di sebalik penipuan ku . Lah sangat , hahaha ' monolog Alice dalam hati.

Alice dan Aby berjalan beriringan keluar dari office . Semua mata-mata pekerja Inspirational Holdings memandang mereka . Mereka hanya melemparkan senyuman manis .

I Love You Yincik KucingWhere stories live. Discover now