Restoran Western menjadi pilihan Aby dan Alice .
" Lice , aku gi ladies jap tau " Aby sudah berdiri dengan membawa beg tangannya.
" okey " jawab Alice sambil mengunyah daging steak yang dipesannya.
Sedang Aby berjalan sambil membetulkan seluar palazo yang dipakainya, tiba-tiba seseorang melanggarnya.
Seorang lelaki sedang berjalan sambil matanya memandang skrin telefonnya.
BUK !
Terjatuh iphone lelaki itu. Tanpa memandang perempuan yang melanggarnya , cepat-cepat dia mengambil semula telefonnya yang sudah tidak ada cahaya. Skrinnya jugak pecah akibat terhempas.
Perempuan yang berdiri di hadapannya merengus geram . ' ewah mamat ni , dah langgar lah aku , telefon dia yang jatuh tu pula dia dahulukan '
" hey mangkuk ! Tak nampak ke saya yang comel ni berdiri depan awak !" marah Aby
Lelaki itu berdiri dan memandang muka Aby.
" Awak lagi ?!" Terkejut Aby
" again ?!" Rief jugak terkejut
" excuse me budak kecik , kau yang langgar aku tadi kau nak salahkan aku pulak ? And one more thing , jangan perasan diri tu comel sangat eh. Baby lagi comel dari kau !" geram pula Rief dengan minah ni , acah comel
" ewah ! Ewah ! Dah langgar orang , tak nak minta maaf ke ? Awak yang langgar saya tadi !" Aby tetap tidak mahu mengalah
" buat ape aku nak minta maaf dekat kau, dah lah kau yang langgar aku. Kau tengok fon aku ni , dah tak hidup sebab kau ! Kau langgar aku and then , fon aku jatuh . Now , fon aku dah rosak , dah pecah ! Kau ni memang bala lah " Marah Rief
" Mulut awak tu jaga sikit eh . Awak tu yang bala ! Asal saya terjumpa awak mesti awak menyusahkan saya !"
" eh aku pula yang kau kata . Kau tu yang bala budak kecik oii . Mula-mula kau rosakkan kereta aku, sekarang kau rosakkan fon aku . Tak tahu lah lepas ni kau nak rosakkan ape pula "
Alice yang terdengar bunyi bising tadi mencari-cari di mana lokasinya. ' macam suara Aby '
Melilau matanya mencari. Akhirnya dia ternampak susuk tubuh Aby bersama seorang lelaki .
" macam gadoh je dorang ni . Baik aku pegi tengok. Kang nanti ade yang bersepak terajang kat situ "
Cepat-cepat Alice mendapatkan kakaknya.
Baru saja Aby mahu membalas balik kata-kata Rief , Alice datang mencelah.
" Hello ! Ape yang korang bising-bising kat sini ? Ni tempat public lah korang nak gadoh-gadoh " Alice cuba menenangkan keadaan.
Tengok dari reaksi wajah kakaknya , macam marah . Tapi lelaki handsome yang dihadapan tu pula, cool je.
" kau ni sape ?" Soal Rief
Lain yang di tanya , lain yang menjawab
" ni adik saya , asal ? Kau nak cari gaduh dengan adik saya lagi ? " Aby betul-betul marah waktu ini
Rief melemparkan senyuman kepada Alice . Alice hanya tersenyum malu .
' handsome baqhang . Boleh meleleh air liur aku kat sini ' bisik hati Alice
" hmm , tolong bagi tau kakak awak ni . Mulut tu control sikit kalau nak cakap eh , boleh pekak saya kalau dengar suara dia . Saya jalan dulu . Assalamualaikum " sekali lagi Rief senyum kepada Alice tetapi Aby pula di jelingnya.
" hekeleh , dah bala tak nak ngaku. Dah langgar orang, tak nak minta maaf pula . Dasar bala tak de gune !" habis di maki hamun Rief oleh Aby. Aby memeluk tubuh disitu
" Wey ! Sape tadi tu ? Handsome nye ya ampun " Alice sudah teruja.
Aby menjeling Alice . " bala !"
Aby meninggalkan Alice yang masih tersenyum sorang-sorang disitu. Selera makan pun dah hilang . Cepat-cepat dia membayar bil dan balik ke kereta.
Alice berlari-lari anak mengejar Aby yang sudah empat langkah di hadapan.
" wey ! Tunggu lah !" teriak Alice. Aby menghiraukan sahaja.
Sakit di hati masih belum habis. ' tak gune betul mamat tadi tu . Hish ! Hantu tinggi ! Mangkuk ! Orang tua ! ' semua gelaran diberi pada Rief
Alice masuk ke dalam perut kereta. Nafasnya pun belum stabil.
" laju nye kau jalan . Kau jalan ke tadi tu kau lari ? " geram pula dengan kakaknya ni.
" aku terbang " jawab Aby sambil tangannya menukar gear dan memecut keretnya.
" ya Allah kau ni . kalau nak gerak bagi tau lah ! Seatbelt pun aku belum pakai lagi !" marah Alice.
Dalam hati , Aby rasa macam nak gelak terguling-guling tengok muka Alice terkejut tadi . Macam muka beruk terkejut.
Aby hanya mendiamkan diri semasa dalam perjalanan balik ke Inspirational Holdings.
Alice akan balik sendiri ke rumah sebab masa dia ke office tadi , dia membawa keretanya. Masa lunch dengan Aby, sengaja dia mahu menumpang kereta Aby.
Sampai saja di Inspirational Holdings , Aby terus masuk ke bilik pejabatnya.
Alice pula sudah memecut kereta Audi TT miliknya.
YOU ARE READING
I Love You Yincik Kucing
Teen FictionKerana seekor kucing, bermulanya pertemuan Aisley Abygail dengan Arief Hafiey. Aisley Abygail anak sulung kepada Tan Sri Alex yang mempunyai kacukan melayu-inggris.Seorang yang berpakaian sempoi tetapi tetap cantik dengan kecantikan muka yang dia ad...