Pengumuman :
Manuskrip cerita ni alhamdulillah dah dihantar. Mohon doa semua agar dipermudahkan ya :)
Saya nak kongsikan jugak yang jalan cerita 'Kahwin Paksa Ke?' ini sudah ditukar daripada POV 1 ke POV 3. Nak cuba-try-test sikit ;) Jangan risau, jalan cerita masih sama. Apek poyo dan Didi pun masih ada.
Selamat membaca! <3
***
Bab 1
"DIAN,"
Dia berpura-pura tidak mendengar suara mendayu-dayu Kawai yang sedang duduk di hadapannya sambil menayang riak wajah yang resah. Anak mata masih tunak pada skrin leper komputer riba sambil jari jemari rancak menaip.
"Ini peluang yang datang sekali seumur hidup, babe! Kau tak perlu bayar apa-apa. Free of charge. Semuanya ditanggung beres." Kawai atau nama sebenarnya Khawarizmi masih tidak berputus asa memujuk sejak tadi.
Pandangan mata dialihkan daripada skrin leper komputer riba berjenama Mac sebelum dia memandang wajah putih bersih Kawai. Kawai seorang lelaki metroseksual yang sangat mementingkan penampilan dirinya. Jika Kawai lalu, akan terasa seperti kedai minyak wangi bergerak.
"Kawai,"
Kawai menjungkitkan keningnya sambil menayang senyuman semanis mungkin.
'Lembutlah hati hang, wahai Dian Eryna oiiii.' Doa Kawai didalam hati kerana dia sudah hampir kering idea untuk memujuk.
"Aku memang teringin nak pergi tengok Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix. Angan-angan ni dari dulu lagi tapi aku tahan diri sebab tiket dia mahal sangat. Lagipun tahun ni last year F1 ada dekat Malaysia."
Kawai koyak senyum lebar.
"Haaa...sebab tu aku kata peluang ni sekali seumur hidup. Silap-silap hari bulan, kau boleh bergambar dengan Nico Hulkenberg sebab dia pun join this year."
Dian senyap. Di dalam kepalanya sudah terbayang-bayang imej kacak Nico Hulkenberg; pemandu kereta lumba untuk Renault Sport F1 Team yang berasal dari German itu. Kalau boleh bergambar dan dimuatkan ke laman sosial, semakin kuatlah pengaruhnya sebagai blogger dan instagrammer yang sedang meningkat naik sekarang.
"Tempting much tapi benda yang kau nak aku tolong ni benda yang gila, bro." Balas dia sambil menggaru-garu pipi kanan yang tidak gatal. Tak tahulah permintaan Kawai ini boleh digunakan konsep high risk, high return ataupun tidak.
"Isy, aku bukan suruh kau pergi hospital sakit jiwa." Kawai sudah tergelak-gelak.
"Dah tu? Yang kau suruh aku jadi gadis litar F1 tu dah kenapa? Buang tabiat? Atau kau ada dua kali Jumaat je lagi?" Sindirnya dan Kawai terus ketawa kuat.
"Aku minta kau ganti sekali je, Dian. Elly tak dapat join out of sudden and we are running out of time untuk cari pengganti. Kau je harapan aku sekarang ni."
"Kau gila ke apa? Aku pakai tudung kut!" Dia menunjukkan shawl yang menutupi mahkotanya. Manalah tahu Kawai tidak tahu apa yang sedang tersarung di kepalanya.
"Aku tahulah kau pakai tudung."
"Dah tu? Kau nak suruh aku pakai skirt pendek, baju lengan pendek dan pakai tudung? Macam tu? Kau gila ke apa?"
Pantas Kawai menggelengkan kepalanya.
"This time punya outfit ialah seluar panjang dengan t-shirt. Sebab itulah aku berani minta tolong kau."