Bab 16

3.5K 101 15
                                    

"Ariq!"

Suara wanita yang nyaring memanggil itu membuatkan langkah Ariq dan Dian yang mahu mengatur langkah ke conference hall serentak terhenti. Kelihatan seorang wanita yang berusia lebih separuh abad sambil ditemani oleh seorang wanita yang lebih muda daripada Dian.

"Mak lang." Ariq tersenyum hormat ke arah kakak ipar arwah mummy.

"Ada meeting ke?" Soal Puan Heliza ramah sambil anak matanya menjeling ke arah Dian yang setia berdiri di belakang Ariq. Siapa pulak budak perempuan ni?

"Macam biasalah, mak lang. Meeting tak pernah habis. Mak lang dengan Hazel datang untuk spa ke?"

"Haah, Ariq. Elok pulak Hazel tengah summer break sekarang ni kan." Puan Heliza menarik perlahan tangan si anak bongsu yang bersembunyi di belakang tubuhnya. Sudah berbuih mulut dia mengajar Hazel supaya jangan terlalu segan dengan Ariq. Kalau betul sukakan anak tunggal arwah adik iparnya ini, kena cepat-cepat dapatkan sebelum melepas!

"Hai, Abang Ariq! Lama tak jumpa."

Kali ini kepala Dian terarah kepada wanita yang bergaun labuh potongan A paras lutut sebelum anak matanya turun memandang kasut tumit tinggi tiga inci milik Hazel. Inikan cik fashionista yang pelik hari tu! Terus dia mengukir senyum tetapi Hazel buat-buat tidak nampak senyuman dia. Kemain sombong!

"Kita baru je jumpa a few days ago rasanya." Ariq ukir senyum tipis. Dian yang berdiri di belakangnya kedengaran tergelak kecil.

Terus tajam anak mata Puan Heliza memandang Dian dan cepat-cepat Dian menyembunyikan tubuh di belakang Ariq yang jauh lebih tinggi.

"Siapa ni, Ariq?"

"PA baru, mak lang."

"Eh, Emir dah berhenti ke? Mak lang tak tahu pulak yang Ariq tengah cari PA baru. Kalau tak boleh minta Hazel yang gantikan tempat Emir." Sekali lagi Puan Heliza menarik perlahan tangan Hazel supaya berdiri lebih dekat dengan Ariq. Entah apalah yang anak dara dia segankan dengan Ariq.

"Ganti sementara je sepanjang Emir nak buat site visit ke semua branch Lexington Hotel."

"Ariq boleh mintak tolong Hazel jugak. Hazel kan memang ambil course hotel management. She's the best fit." Puan Heliza menambahkan saham anak daranya sendiri. Hazel yang kini sedang berdiri di sisinya sudah tersipu-sipu malu mahu memandang wajah kacak Ariq.

"I'm looking for a personal assistant, mak lang. Sebab tu Dian is the best fit." Ariq senyum nipis memandang Dian yang nampak tenang.

Terus Dian mendongak memandang Ariq yang nampak bersahaja. Best fit apanya? Pandai sungguh si apek poyo ni menipu mak lang sendiri.

"We got to go, mak lang. Tolong sampaikan salam pada pak lang ya. Have a wonderful spa session. Jom Dian!"

Puan Heliza hanya memerhatikan kelibat Ariq dan Dian yang sudah berlalu pergi. Berkerut-kerut dahinya sebelum dia memandang wajah Hazel yang sudah mendung.

"Sebab tu mama kata Hazel kena agresif. Jangan duduk tunggu dan tak buat apa-apa. Hazel jugak kata susah nak dapat lelaki macam Ariq tu. Mama tak faham apa yang Hazel segankan sangat dengan Ariq!" Puan Heliza mula membebel-bebel.

"Abang Ariq tu handsome sangatlah, ma. Nak pandang mata dia pun Hazel segan. Hazel nervous!"

Haila, anak! Puan Heliza terasa mahu mencubit kuat lengan putih melepak milik Hazel.

Kahwin Paksa Ke? (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now