Bab 11

2.4K 77 1
                                    

'Proceeds with legal actions konon!' Dian bermonolog sendirian sambil menjeling tajam wajah tanpa senyuman milik Ariq. Ariq tidak pernah jumpa dengan legal advisor dia lagi. Berlagak betul calon kahwin paksa tak jadi abah dia ni.

"Jadi, sekarang ni awak nak ambil tindakan undang-undang dekat saya pulak?" Soal Dian geram sambil wajah sombong Ariq dipandang tajam. Ringan rasanya tangan dia mahu naik dan mencekik batang leher Ariq. Dah alang-alang di hospital, senanglah untuk Ariq berjumpa dengan doktor jika leher dia pula yang terkehel.

Ariq tidak terus menjawab sebaliknya hanya menjungkitkan keningnya. Sesekali dia membetulkan balutan kain kasa di pergelangan tangan kanannya. Kelakar pula rasanya memandang wajah cemberut milik Dian. Lupa seketika pada rasa sakit pada tangan yang sudah terseliuh.

"Anggota badan ni kan pinjaman ALLAH, amanah kita sebagai hambaNYA. Jadi, I kenalah jaga elok-elok. Disebabkan you tangan I yang patutnya nak pegang stereng kereta lumba ni dah terseliuh. At least a legal action is a must to cover my medical costs."

"Takkan orang kaya macam awak ni tak ada insurance coverage? Pelik!"

Ariq hanya menjeling tajam. Kenapalah calon kahwin paksa tak jadi dia ni pandai sangat menjawab?

"Salah saya ke tangan awak terseliuh? Awak sendiri yang gatal-gatal pergi cari saya dekat rumah family saya kan? Lepas tu menyibuk pulak urusan saya. Biarlah saya nak panjat tangga ke, panjat atap ke."

Sekali lagi Ariq menjeling sambil tangan kirinya menekan-nekan kedua-dua belah telinga.

Dengan geram, Dian mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar. Nama Aizat; abang sepupunya yang merupakan seorang peguam dicari. Inilah legal advisor 10 peratus dia.

"Abang Aizat!" Sengaja dikuatkan sedikit suara sambil sempat mencuri pandang ke arah Ariq yang sudah mengerutkan dahinya.

"Didi? Tak bagi salam terus jerit nama abang. Kus semangat!" Suara Aizat yang menyambut panggilan itu kedengaran sebelum dia ketawa kecil.

"Didi nak minta tolong."

Terus Ariq tergelak kecil mendengarkan nama panggilan Dian. Didi?

Terus Dian menjeling Ariq yang sedang seronok ketawa. Nak gelakkan dialah tu! Kita tengok sama ada lepas ni apek poyo ini masih boleh ketawa atau tidak.

"Yes, Didi? Anything yang abang boleh tolong?" Soal Aizat. Sudah lama dia tidak mendengar berita si adik sepupu sehinggalah malam ini. Bertuah betul! Memang cousin for benefit sungguh!

"Kalau ada orang yang tak dikenali ambil kesempatan dekat kita, boleh failkan saman tak? Saman malu ke? Atau saman sebab tekanan emosi? Tekanan emosi sampai boleh jadi gila?" Soal Dian bersahaja sambil merenung lama wajah Ariq yang semakin berkerut-kerut.

"Maksud Didi?" Serius kedengaran suara Abang Aizat.

"Ada seorang lelaki ni; dia tarik kaki Didi lepas tu dia..."

Ayat Dian tergantung disebabkan Ariq sudah merampas telefon bimbitnya dengan wajah yang sangat tegang.

"Gila ke apa?" Soal Ariq sambil iPhone milik Dian diangkat tinggi.

"Gila apa pulak? Dia yang gila kata kita gila pulak." Soal Dian kembali; berani. Wajah masam Ariq dipandang tepat.

"Kenapa you pulak yang nak failkan saman?" Soal Ariq lagi sambil menjauhkan iPhone itu daripada gapaian Dian yang jauh lebih rendah daripada dia.

"Kenapa pulak tak boleh? Awak buat boleh!"

Semakin berkerut-kerut dahi Ariq memandang Dian. Si Didi ini suka sangat menjawab!

Kahwin Paksa Ke? (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now