"Sayangnya tahun ini F1 last di Malaysia."
Ariq koyak senyum senget memandang Mika; ketua mekanik bertugas yang menghampirinya dengan spanar di tangan kiri dan helmet miliknya di tangan kanan.
"Last game in Malaysia cum last game untuk aku jugak." Helmet bertukar tangan tetapi anak mata Ariq sempat melirik ke arah gadis pembantu yang memperkenalkan dirinya sebagai Bibs sahaja sebentar tadi. Dia sangat yakin yang dia pernah mengenali perempuan bertudung itu.
"So betullah rumours yang team ni asyik cakapkan tu? Yang kau nak quit from F1? For real?" Soal Mika lagi.
Pandangan mata Ariq kembali kepada Mika yang memakai coverall hitam.
"For real, bro. After race ni habis, aku akan ada press conference untuk officially announce yang aku nak retired."
Mika gelak. Gaya Ariq bercakap itu seolah-olah dia sudah berusia hampir empat puluh tahun! Padahal baru nak masuk geng three series.
"Kenapa kau nak retired awal sangat? Nama kau tengah naik kut, bro! Performance kau pulak dah improve banyak sangat."
Ariq hanya menggeleng perlahan.
"Aku kesiankan daddy aku. Biarlah lepas ni aku boleh duduk bawah ketiak daddy aku pulak. Aku tak nak menyesal lagi." Dia sengih sambil di hadapan mata terbayang-bayang riak wajah arwah mummy.
"Apa pulak plan kau lepas ni? Nak menghabiskan beras kat rumah pulak ke?" Usik Mika dengan bersahaja. Dia dan Ariq sudah bertahun-tahun bekerja sebagai satu pasukan. Bak kata orang, disebalik kejayaan seorang pelumba adalah satu pasukan yang kuat dan saling menyokong.
Ariq ketawa senang. Habiskan beras dekat rumah? Rasa macam dia pernah dengar ayat tersebut. Sekali lagi anak matanya membuang pandang ke arah Bibs yang nampak resah dengan payung di tangan kanannya.
Dia mengerutkan dahi sambil cuba mengingat sesuatu.
Tak mungkinlah!
"Walaupun cuaca tengah panas terik, at least sejuk jugak mata kau memandang."
Suara Mika membuatkan Ariq mengalihkan pandangannya daripada terus memandang Bibs.
"Apa yang sejuk?"
Mika menjuihkan bibir ke arah gadis yang menarik perhatian mata Ariq sejak tadi. Sesekali kelihatan gadis itu mengipas-ngipas wajahnya sendiri.
"Rare sangat nak jumpa assistant kat litar yang hijabstailista gitu."
Sekali lagi Ariq memandang ke arah Bibs. Siapa budak perempuan itu dan dari mana?
***
"Are you new?"
Suara garau yang menyoal itu membuatkan Dian hampir terlepas payung yang dipegang untuk memayungi Ariq. Nanti dia cakap, Dian tak payung dia pulak. Haru betul Dian Eryna!
"Ya. Sebenarnya, saya ni bidan terjun." Dian mengemaskan pegangan tangan pada pemegang payung.
"Bidan terjun?"
Ariq kerut dahi.
Dia tarik sengih.
"Last minute kena ganti orang jadi gadis litar yang assist awak." Dia sengih lagi.
"Suara you memang sounds very familiar. Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Anak mata tajam Ariq memandang wajahnya lama.
Terus dia menelan liur. Mampus!
Wat lek, wat peace je, Dian. Dia tak pernah kenal kau, jumpa pun tak pernah. Dia cuma pernah dengar suara kau saja. Cuma kau aje yang suka stalk calon kahwin paksa tak jadi ni.
"Bibs?"
Senyap.
"Bibs,"
"Hah?"
"Nama you memang Bibah ke?"
Dian telan liur sekali lagi. Dah kantoi ke?
"Haah. Ibu saya susah nak ingat nama anak-anak dia ni kalau letak nama panjang-panjang sangat." Balasnya dengan nada yang yakin.
"True though."
Dian tersenyum menang di dalam hati. Tak sia-sia dia mengambil subjek elektif psikologi sewaktu di universiti dahulu. Boleh jugak nak psiko mamat ni.
"Ariq, standby in 15 minutes. Aku jumpa kau dekat finishing line as usual." Kawai yang sudah memakai kaca mata hitam datang menghampiri mereka.
"Alright."
"All the best, bro." Bahu Ariq ditepuk perlahan sebelum Kawai berlalu meninggalkan Dian dan Ariq.
Mika pula datang dan berbisik sesuatu di tepi telinga Ariq. Ariq menepuk perlahan Mika yang bermata sepet itu sebelum mereka berdua turut tersenyum.
Dia nak kena buat apa pulak sekarang ni? Nak kena buat-buat tepuk bahu Ariq jugak ke? Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Kelihatan gadis-gadis litar bertugas masih berada di sisi pemandu-pemandu lumba mereka. Sesekali mereka bergelak ketawa sambil 'berhigh five'.
"Okay, Bibs. I got to go. Jumpa you dekat finishing line nanti." Ariq koyak senyum nipis sambil cuba membaca riak wajah gadis di hadapannya yang nampak gelisah.
Dian sudah serba-salah. Nak kena cakap apa? Good luck ke? Atau all the best?
"Okey. Jangan lupa baca doa naik kenderaan." Balasnya bersahaja.
Jeda.
Satu minit setengah Ariq terdiam sebelum dia tergelak kecil sebelum menyarung helmet ke kepalanya. She's interesting!
Terus Dian mengerutkan dahi. Eh, dia salah cakap ke?