Bab 6 Updated

4.8K 180 32
                                    

"Daddy."

Ariq mengukir senyum ke arah Dato' Azhar yang sedang menonton televisyen sebelum melabuhkan duduk di sebelah.

"Dah dinner ke ni?" Tegur Dato' Azhar sambil raut wajah anak tunggal dipandang lama.

"Dah, daddy. Farewell dinner dengan team tadi. Daddy dah dinner?"

"Dah jugak. Mak Leha dah siapakan lauk makan malam sebelum dia balik tadi."

Mak Leha merupakan pembantu rumah separuh masa yang akan datang waktu pagi dan pulang pada waktu petang untuk membantu menguruskan rumah banglo besar milik Dato' Azhar.

"Ariq."

Ariq mengangkat wajah memandang daddy dia. Sejak arwah mummy meninggal dunia disebabkan leukimia dua tahun yang lepas, rumah besar ini terasa sangat sunyi. Sudah lama dia tidak mendengar bebelan manja mummy.

"Kenapa nak berhenti? I thought you love fast speed cars, you love to race." Soal Dato' Azhar. Dia sebenarnya pelik dengan keputusan Ariq untuk bersara daripada dunia lumba kereta. Punyalah anak tunggal dia tekad untuk berkecimpung di dalam dunia lumba kereta sehinggakan kursus pengajian perniagaan di London ditinggalkan separuh jalan. Jika dulu ditanya mengapa Ariq sangat sukakan dunia lumba kereta; jawapan selamba si anak teruna ialah pelumba kereta lumba ialah golongan yang boleh memandu kereta dengan laju tanpa disaman oleh pihak polis trafik!

"But I love you more, daddy."

Jawapan bersahaja Ariq membuatkan Dato' Azhar ketawa. Sejak pemergian Datin Aliya, hanya tinggal mereka dua beranak di dalam rumah besar itu. Ariq buat lawak, dia gelak dan dia buat lawak, Ariq yang gelak.

"Kenapa daddy gelak?"

"Ayat pick up line macam tu sepatutnya guna dekat orang perempuan. Cakap dekat daddy bukannya ada effect apa-apa pun." Balas Dato' Azhar dengan tawa yang masih bersisa.

"Practice makes perfect kan? So, Ariq try dekat daddy dululah. Nampak gayanya pick up line tu boleh diguna pakai."

Mereka berdua sama-sama ketawa.

"Seriously son, why you choose to quit?"

Kali ini nada suara Dato' Azhar kembali serius.

"Macam yang Ariq cakap tadi; sebab daddy dan sebab arwah mummy." Jawapan ini tidak dikongsikan dengan para wartawan apabila dia ditanyakan soalan yang sama.

Dato' Azhar menjungkitkan kening.

"This is the time untuk Ariq duduk bawah ketiak daddy because I was away from home for quite some time. Dulu pun Ariq tak dapat spend banyak masa sangat dengan arwah mummy sebab sibuk dengan race di merata-rata tempat. Ariq tak nak terkilan lagi."

Kali ini nada suara si anak tunggal sudah berubah nada membuatkan Dato' Azhar turut berasa sebak.

"Ariq, arwah mummy kan sentiasa faham minat Ariq. You don't have to feel bad. Yang penting kita kena selalu doakan semoga roh arwah mummy ditempatkan dikalangan orang yang beriman."

Ariq tarik senyum nipis dan mengaminkan di dalam hati. Sekurang-kurangnya lima kali sehari selepas solat, dia tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan keluarganya.

Kahwin Paksa Ke? (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now