Bab 9

2.3K 79 4
                                    

Tajam sepasang mata milik Ariq merenung Dian yang sudah pucat lesi wajahnya. Sepasang mata bulat itu tidak berani untuk memandang dia. Panas rasa kulit wajah dia, panas lagi hati dia sekarang. Si Bibah ni boleh pulak tersembur air dekat dia? Air panas pulak tu!

Dian menelan liur yang terasa kesat sebelum memberanikan diri memandang wajah Ariq yang sudah 'bermandikan' air latte milik dia. Hilang sudah hiasan craft latte yang berbentuk teddy bear comel. Yang ada di hadapan dia sekarang ini hanyalah kulit wajah Ariq yang sudah dihiasi warna air latte.

"Sorry!" Kelam-kabut dia mencapai napkin yang terletak di sisi meja dan digunakan untuk mengelap wajah Ariq yang kelihatan seperti sedang menahan marah. Biji mata lelaki dihadapannya ini seolah-olah mahu tersembul keluar! Dian menelan liur yang terasa kesat dengan peluh dingin yang mula membasahi dahi.

"Did you just use that napkin to wipe my face?" Garang anak mata Ariq memandang Dian sebelum jatuh pada napkin putih yang masih berada di pegangan Dian. Selamba betul perempuan ini!

Kain napkin putih terus terlepas daripada pegangan tangan Dian. Sekali lagi dia menelan air liur yang terasa kesat. Ini memang betul-betul sudah jatuh ditimpa tangga! Sungguh, dia tidak berani untuk bertentang mata dengan Ariq yang pastinya seperti mahu menelan dia hidup-hidup!

Dia terus bangun daripada duduknya dan terus berlari keluar dari Pahlawan Café. Tidak terus ke kedainya, dia menghidupkan enjin vespa, menyarung pantas topi keledar dan terus meninggalkan perkarangan Pahlawan Café secepat mungkin!

Ariq yang masih di tempat duduknya sudah ternganga memandang Dian yang sudah berlari keluar dari Pahlawan Café. Biar betul!

"Bos!"

Suara nyaring Wawa di hujung talian membuatkan tindakan refleks Dian untuk menjauhkan telefon pintar di tangan daripada telinga. Budak ni tertelan mikrofon ke apa?

"Bos kat mana? Sebab dah lebih setengah jam, saya jenguk kafe sebelah tapi tak nampak bos pun. Tuah kata bos dah lama keluar dari kafe. Bos kat mana ni? Bos kena culik ke?"

Bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Wawa yang mulutnya seperti bertih jagung itu. Pelik juga dia kerana Dian tidak muncul-muncul di kedai. Apabila dia ke kafe sebelah, bayang Dian tidak kelihatan langsung.

"Saya ada dekat library." Dian menjawab sambil mengatur langkah ke pintu utama Perpustakaan Negara.

"Hah? Siapa bagi bos stress ni? Habaq kat saya. Biar saya pi ganyang dia!"

Dian terus ketawa sambil dia dapat membayangkan reaksi Wawa yang mungkin sedang menyinsing lengan bajunya. Hilang sebentar rasa gelisah dan takut dia. Dia mempunyai satu tabiat yang dipanggil pelik oleh Wawa; iaitu suka ke perpustakaan setiap kali dia stress atau fikirannya berserabut. Ala-ala ulat bukulah katakan! Lagipun mat salih sebut yang 'a library is a hospital for the mind'.

"Adalah mamat rempit ni." Jawab Dian dan automatik seraut wajah Ariq yang sangat garang sebentar tadi menari-nari di hadapan mata. Terus dia menggelengkan kepala, cuba mengusir riak wajah garang itu daripada kotak fikirannya.

"Mamat rempit? Sejak bila bos pandai bergaul dengan geng-geng rempit ni? Bahaya bos! Kena tahan dengan polis trafik nanti, memang free je!"

Dian sudah menepuk dahi sendiri. Wawa ini blur jugak rupanya!

"Okeylah, Wawa. Saya tak masuk kedai tau hari ni. Nak pergi mencari ketenangan satu hari. Jangan bagitahu orang yang tak dikenali yang saya ada dekat library."

Kahwin Paksa Ke? (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now