"Seriuslah, Dian!" Bulat mata Nana mendengarkan cerita Dian. Perangai gila ala-ala Harley Quinn milik si Dian ini memang tak boleh nak diikut langsung!
"Padan muka dia. Siapa yang suruh dia gatal-gatal tarik kaki aku. Pinggang aku pun sakit tau tak." Dian mendengus.
"Tapi Ariq yang selamatkan kau. Tangan dia yang patah instead of tangan kau."
"Dia tak sepatutnya menyibuk waktu aku tengah memanjat. Memang padan dengan muka dia."
"Kau ni, Dian. Brutal sangat! Itulah, confident je nak menyamar identiti. Kau tu Instafamous, mak cik! Orang boleh Google je nama kau." Nana menggelengkan kepalanya perlahan.
"Aku tak tahulah mana dia dapat tahu nama sebenar Bibah sebab aku dengan dia memang tak pernah jumpa sebelum ni. Waktu dekat Sepang hari tu memang first time aku jumpa dia berdepan macam tu."
Nana terdiam. Betul jugak kan!
"Dian, dia ada duit kut. Dia bayar jelah sesiapa untuk mengintip pasal kau. Kata banyak tengok drama dengan baca novel. Takkanlah kau tak pernah jumpa scene macam tu." Sindir Nana sambil tergelak-gelak.
"Eh, aku interested dengan yang bertemakan kahwin paksa je. Yang lain-lain tu aku tak baca atau tak tengok."
"Sengallah kau ni, Dian! Kau ingat kau heroin ke apa?" Nana sudah tergelak-gelak. Suka sangat fefeling diri sendiri tu heroin pun susah jugak!
"Babe, dekat dunia ni, selain nak hirup oksigen tu free of charge kau kena tahu yang berangan pun free of charge." Dian tayang sengih dan Nana mencebik.
"Jadi, Ariq tu macam mana?"
"Entah! Tangan dia berbalut sebab patah. Cuma tak adalah sampai kena simen. Harap-harapnya lepas ni dia akan serik dan takkan cari aku lagi. Kalau dia cari aku lagi, aku patahkan kaki dia pulak. Biar dia serik!"
"Babe,"
"Apa?"
"Kau pernah tengok ke drama atau novel yang habis cepat sangat macam tu?"
"Maksud kau?" Dian pandang lama wajah Nana yang sedang tersenyum-senyum. Kadang-kadang ayat Teacher Nana ni banyak sangat double meaning yang dia susah nak faham! Patutnya cikgu Sains ini lagi senang difahami berbanding dengan cikgu bahasa.
"Kau pernah jumpa watak hero yang putus asa macam tu je? Memang tak adalah, babe! Hero tu akan cari heroin sampai dapat. Konon-konon nak torture hidup si heroin tu."
Dian menggelengkan kepalanya.
"Itu kalau dalam drama ataupun novel. Ini realitilah, Nana oiiii...."
Nana terus tergelak-gelak.
"Kau jugak cakap yang kau tu watak heroin!"
Terus Dian mencebik. Selamba betul Nana menyindir dia.
"Siapa yang watak heroin?"
Suara Aliff yang tiba-tiba menegur itu membuatkan Dian dan Nana serentak turun daripada tangga masing-masing. Abam polis dah muncul pulak!
"Tak ada siapa." Jawab Dian pantas sebelum Aliff menyoal macam-macam.
"Awal kau balik hari ni, Aliff?" Soal Nana pula.
![](https://img.wattpad.com/cover/102240093-288-k269039.jpg)