Bab 10

2.4K 68 2
                                    

Dian berjaya menghabiskan tiga buah novel pada hari ini. Selepas selesai menunaikan solat Asar di surau yang tersedia, dia terus pulang ke rumah. Memandangkan telefon pintarnya senyap sahaja hari ini, dia sangat yakin yang Ariq tidak akan mencarinya. Selamat! Line clear! Roger and out!

Apabila vespanya mahu masuk ke kawasan garaj, dia perasan ada sebuah kereta BMW M2 Coupe berwarna putih yang terparkir di hadapan rumah. Kereta siapa? Dato' atau datin mana yang datang singgah ke rumah? Bergaya betul dengan kereta mewah berpintu dua ini. Dia terintai-intai juga bahagian dalam kereta yang bercermin gelap. Memang tak nampak apa-apa langsung. Siapa pula yang datang?

Vespa diparkir di tepi kereta Encik Zulkarnain sebelum dia mengatur langkah ke muka pintu rumah yang daun pintunya sudah terbuka. Dia membongkokkan tubuh untuk membuka kasut. Baru sahaja dia mahu merungkai tali kasut Converse di kaki kanan, telinganya sudah menangkap suara ceria abah dia yang sedang berbual dengan seseorang.

"Tak sangka yang Ariq sampai jugak ke rumah pak cik ni."

Kejap!

Ariq?

Terus dia berdiri tegak dengan mata yang mebulat.

Ariq Huzair si mamat yang selamat 'bermandikan' air latte miliknya pagi tadi ke? Terus degupan jantung mula tidak tentu hala dan dia mula berpeluh-peluh. Mampus dia kalau abah tahu yang dia sudah 'menyembur' calon kahwin paksa tidak jadi pilihan abah ini dengan air latte pagi tadi.

Tali kasut Converse yang hampir terurai, diikat dengan kemas semula sambil anak mata meliar ke kawasan sekeliling.

Red alert! Dia kena selamatkan diri sendiri secepat mungkin! Apalah nasib yang Ariq ada di rumah keluarganya pula.

Pandangan mata Dian berhenti pada tangga yang sememangnya tersandar elok pada pagar batu yang memisahkan rumah keluarganya dengan rumah keluarga Nana. Telefon pintar dari dalam poket seluar jeans dikeluarkan dan nombor telefon Nana didail. Tidak berangkat.

"Nanti ajak daddy Ariq datang pula. Kita buat makan-makan meriah sikit." Suara Encik Zulkarnain sudah semakin jelas kedengaran.

Ah, sudah! Abah dia dan Ariq sedang berjalan ke arah pintu masuk ke? Dian menelan liur dengan rentak jantung yang sudah tidak tentu hala.

"Insya-ALLAH, pak cik."

Suara Ariq yang semakin jelas menandakan Ariq dan Encik Zulkarnain semakin hampir dengan muka pintu rumah.

Ini memang red alert sungguh! Tanpa berfikir panjang, dia memanjat tangga yang tersandar pada pagar batu dengan niat mahu ke rumah Nana di sebelah. Bolehlah dia menyembunyikan dirinya sebentar sehinggalah Ariq balik.

Tiba-tiba dia terasa tangga yang sedang dipanjat bergoyang-goyang. Terus dia menjerit. Jeritannya semakin kuat apabila kaki tersilap memijak anak tangga dan tubuhnya terus terasa melorot jatuh ke bawah.

Errr...lebih tepat lagi jatuh seperti nangka busuk. Errr...sebenarnya jatuh menimpa Ariq Huzair! Bala apa pulaklah hari ni?

Matilanakkkkk!!!

"Ya ALLAH! Dian?" Suara Puan Marina yang nyaring itu membuatkan Dian terus bangun sambil menggosok-gosok bahagian belakang tubuh yang terasa sengal dan sakit. Terkejut dia melihat si anak dara tiba-tiba terbaring di atas lantai.

"Ariq?" Pandangan Puan Marina beralih ke arah Ariq yang sudah terbaring di atas lantai sambil memegang tangan kanannya dengan dahi yang berkerut-kerut.

Kahwin Paksa Ke? (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now