Bab 14

2.3K 66 2
                                    

"Aku dah pernah pesan dekat kau sebelum ini. Orang yang kau tak nak jumpa sangat tu yang akan kau jumpa jugak. Soal jodoh dan ajal maut ni di tangan ALLAH." Komen Nana apabila Dian bercerita apa yang berlaku di Lexington Hotel pada hari ini.

"Sama macam anak murid kau guna alasan yang pokok taugeh dia mati disebabkan ajal maut pokok taugeh dia tu di tangan ALLAH?" Dian menjungkitkan kening. Tiba-tiba dia teringat pula kisah lucu tersebut.

"Pokok taugeh tu mati sebab dia letak atas kapas kering dan bukannya kapas basah." Balas Nana sambil tergelak kecil.

Jeda seketika. Hanya kedengaran bunyi deruan angin malam memandangkan Dian dan Nana berbual di sempadan pagar rumah masing-masing.

"So Ariq tu ada bisnes hotel jugak?" Soal Nana.

"Entah! Yalah kut sebab aku dengar he's the new CEO." Jawab Dian.

"Patutlah..."

Terus anak mata Dian kembali memandang Nana.

"Patutlah apa?"

"Patutlah dia dah bersara daripada dunia lumba kereta."

Terus membulat mata Dian memandang si kawan baik yang hanya memakai baju kelawar berlengan panjang dan tudung sarung berwarna kelabu.

"Bersara?"

"Kau ni, Dian! Tak tengok berita ke?" Nana sudah menggelengkan kepalanya melihatkan reaksi Dian yang terkejut.

"Aku tengok berita tapi part yang pasal sukan tu aku dah tak berminat."

"Aku ingat kau tahu yang dia dah retired from F1 sports. Cuma ramai orang yang tertanya-tanya sebab utama dia berhenti."

"Kenapa dia berhenti?"

"Manalah aku tahu! Kau bakal jodoh dia, patutnya kau yang lagi tahu." Usik Nana sambil tersengih lawa.

Terus Dian mencebik.

"Abah kau ada cakap apa-apa tak?"

"Abah aku tak sebut pun nama apek poyo tu sejak identiti Bibah terbongkar. Aku rasa aku bukan lagi heroin plot cerita kahwin paksa ni." Dian tayang sengih.

"Sengetlah otak kau ni. Tak habis-habis dengan fefeling heroin kau tu."

"Ala, berangan ni bukannya kena bayar apa-apa pun."

"Dian!"

Alamak, suara abah dia! Automatik Dian dan Nana serentak turun daripada tangga yang dipanjat.

"Abah ada benda nak bincang dengan Dian sekejap." Tutur Encik Zulkarnain, tenang.

"Abah happy semacam je ni. Ariq call abah ke tadi?" Balas Dian selamba. Sengaja dia membangkitkan nama Ariq kerana dia tahu Ariq takkan sebegitu berani untuk menelefon abah tanpa sebab.

Terus Encik Zulkarnain tersenyum lebar. Senyuman lebarnya membuatkan Dian dan Nana serentak berpandangan.

"Mana Dian tahu Ariq call abah tadi? Belum kahwin lagi tapi dah ada gerak hati. Ini yang dinamakan jodoh." Tersenyum-senyum Encik Zulkarnain memandang riak wajah Dian yang kelihatan terkejut. Panggilan telefon yang diterima daripada Ariq sebentar tadi membuatkan hati dia gembira semacam.

Sekali lagi Dian berpandangan dengan Nana.

"Saya masuk ke dalam rumah dululah, pak cik. Tiba-tiba deria bau saya ni macam terbau-bau nasi minyak dengan ayam masak merah pulak." Cepat-cepat Nana melangkah masuk ke dalam meninggalkan Dian dan abahnya.

Kahwin Paksa Ke? (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now