Bab 5 Updated

3.8K 142 18
                                    

"Serius ke?"

Walaupun hanya diterangi cahaya lampu jalan yang suram, Dian dapat melihat dengan jelas yang Nana sudah membulatkan biji matanya. Selesai sahaja makan malam sebentar tadi, dia terus menyarung cardigan berlengan panjang disebabkan baju tidur yang dipakainya berlengan pendek dan menyarung tudung instant milik Puan Marina. Terus dia mencari tangga dan menyandarkan tangga tersebut pada tembok pagar yang memisahkan rumahnya dan rumah Nana. Beria-ia Daniel menggelakkan Dian dan juga Nana yang turut berbaju kelawar, memanjat anak tangga dan mahu mengadakan 'mesyuarat tergempar'. Bak kata Daniel; mesyuarat baju kelawar!

"Serius, Nana. Aku belum pekak lagi." Jawab Dian pantas dan wajah berkerut Nana dipandang lama. Dia sangat pasti yang dia tidak tersalah dengar. Tak mungkinlah abah nak buat lawak sedemikian rupa.

"Tapi kau kata kau dengan Ariq tu tak pernah bersua muka sehinggalah pagi tadi. Jadi, memang dia tak tahu rupa kau kan? Korang cuma pernah bercakap di telefon je." Nana mengetuk-ngetuk hujung dagunya; berfikir.

"Bercakap di telefon pun setakat beberapa kali je."

"Hmmm... Atau dia pun ada stalk kau?" Soal Nana sambil menjungkitkan keningnya.

"Isy, tak mungkinlah! Kalau dia ada stalk aku, mesti dia dah terkejut jumpa aku pagi tadi."

Nana diam semula.

"Babe, kalau kau pun boleh berlakon tak terkejut pagi tadi, mestilah dia pun boleh. Kan?" Soalan Nana membuatkan Dian pula yang terdiam.

"Atau dia dapat tahu itu kau sebab dia recognize suara kau kan?" Tambah Nana lagi dan Dian pantas menggelengkan kepalaku.

"Aku dah psiko dia, Nana. Nampak macam dia 'termakan' je."

Terus Nana ketawa.

"Atau kau ada behave pelik-pelik tadi? Jadi dia dapat tahu Bibs sebenarnya ialah Dian Eryna?"

Dian menggeleng sekali lagi.

"Kau pasti yang kau tak ada buat benda pelik?" Soal Nana lagi.

"Aku cuma suruh dia baca doa naik kenderaan sebelum race start. Tak pelik kan? Normallah kena baca doa supaya ALLAH lindungi perjalanan kita." Jawab Dian bersahaja dan Nana ketawa semula.

"Aku rasalah kan..."

Nana berjeda membuatkan Dian ternanti-nanti bicaranya yang seterusnya.

"Waktu dia baca doa naik kenderaan tu, ALLAH bagi petunjuk lain jugak dekat dia." Sambung Nana.

"Petunjuk apa?"

Nana tersenyum meleret mendengarkan respons pantas si rakan baik.

"Petunjuk yang kau sebenarnya calon jodoh kahwin paksa tak jadi dia!" Terus Nana ketawa semula sehingga bergoyang-goyang tangga yang menjadi tempatnya berdiri.

"Tak kelakarlah, mak cik!" Dian terus memanjangkan tangan mahu menolak tangga Nana membuatkan dia menjerit.

"Yang kau suruh dia baca doa naik kenderaan tu dah kenapa? Kan dah jadi benda lain." Balas Nana.

"Aku suruh dia baca doa naik kenderaan, bukannya doa lepas solat istikharah untuk cari petunjuk jodoh." Balas Dian geram. Memang tak membantu menenangkan hati bila bercakap dengan si Nana ini. Hati dia sudahlah sedang tidak tenang.

"Aku rasa Ariq tahu identiti sebenar kau. So, this is the time!" Ujar Nana penuh bersemangat.

"This is the time? Time untuk apa?"

Terus Nana menepuk dahinya sendiri. Memang lurus bendul betul Dian Eryna anak Pak Cik Zulkarnain ni.

"Slow jugak rupanya kau ni. This is the time untuk misi merealisasikan projek kahwin paksa abah kau yang tak jadi tu." Jawab Nana.

"Ceh!"

"Apa yang 'ceh'? Kau jugak yang bersemangat dulu kan? Sampai aku ingat kau dah gila sebab orang tak berapa betul je yang sudi nak kena kahwin paksa!"

Dian menjeling memandang Nana dan Nana hanya tersengih lebar.

"Jadi sekarang ni macam mana? Ariq dah bagitahu abah kau yang dia nak kahwin dengan kau."

"Aku ada plan lain." Dian tersenyum penuh makna sambil menjungkitkan kening memandang Nana yang sedang mengerutkan dahi memandang dia.

"Plan apa? Setiap kali kalau kau senyum macam tu, aku rasa sangat freaky. Sebab cara kau senyum tu dah ada iras-iras Harley Quinn tau dak!"

"Aku yang cun-melecun ni kau boleh samakan dengan Harley Quinn?"

"Yalah, cantik tapi gila! Sesuailah tu." Balas Nana selamba.

Dian mencebik dan tangannya mahu menolak tangga Nana semula tetapi dia sudah menjerit kuat.

"Apa plan kau?" Soal Nana.

"Aku nak balas dendam!" Jawab Dian sambil kembali tersenyum memandang Nana.

"Hah? Nak balas dendam dekat siapa?"

"Dekat Ariq Huzair."

"Eh, mak cik! Dia ajak kau kahwin kan? Yang kau nak balas dendam dekat dia tu kenapa?" Soal Nana dengan dahi yang sudah berlapis-lapis. Balas dendam konon! Jangan terjatuh cinta sudahlah. Sekurang-kurangnya kalau jatuh tangga masih boleh diselamatkan tetapi jatuh cinta bukan senang untuk diselamatkan.

"Aku nak balas dendam sebab dia cancel plan kahwin paksa abah aku dulu. Kenapa baru sekarang dia ajak aku kahwin? Pelik kan? Fishy kan?"

Nana sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kau ni memang macam Harley Quinnlah, Dian!" Nana sudah memusingkan jari telunjuk di tepi kepalanya.

"Jadi, apa plan kau?" Soal Nana.

"Gagalkan plan kahwin paksa Ariq."

"Huh? Kau nak gagalkan macam mana? Bukan abah kau..."

"Abah aku tak termasuk dalam plan ni."

"Tapi, abah kau memang nak Ariq jadi menantu dia kan?"

"Of course! Sebab tu kena gagalkan plan Ariq. Kalau dia boleh reject aku sebagai calon isteri kahwin paksa dia dulu, mestilah sekarang ni aku pun boleh buat macam tu jugak."

"Kau pasti ke, Dian?"

"Bibs a.k.a Bibah kan ada." Dian mengenyitkan mata ke arah Nana yang jelas kelihatan bingung itu.

Kahwin Paksa Ke? (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now