Bab 7💐

7.5K 271 0
                                    

Puas Zameera mendail nombor telefon Adif namun hampa."Dasar jantan tak guna!! Arghhh!!!!!!"jerit Zameera sekuat hatinya telefon yang berada didalam genggamannya itu dibaling ke atas katil.

"Meera!! Kau dah kenapa? Terjerit-jerit ni?"Soal Aisha yang kebetulan lalu berhadapan pintu bilik Zameera.
"Kau diam!! Biarkan aku sendirian kat sini!!"Suaranya ditinggikan sebagai tanda amaran supaya sesiapa jangan ganggu dia sekarang.

"Ya Allah! Kenapa la dengan Meera ni? Takkan la putus cinta?"bisik Aisha sendirian dan terus meninggalkan bilik tersebut.

"Kenapa! Mesti aku jantan tak guna!! Kau memang tak guna! Menyesal aku kenal kau.. "Air mata Zameera mula mengalir membasahi pipinya.

                            ××××××

Sinar mentari kian terik,namun Auni masih meneruskan lariannya manakala Iryan sudah terbatuk-batuk kerana penat.

"Apalah Iryan ni! Baru lari sekejap dah terbatuk-batuk!"sindir Auni.

"Auni tu lain la.. Dulu masa kat sekolah,Auni kan kira juara larian dalam kategori perempuan...!"Ujar Iryan dalam keadaan termengah-mengah.

"Hmm.. Mungkin,tapi satu je Auni nak pesan.. Sesekali tu cubalah bawa berjogging, ini tak bila cuti je tidur!!"

"Iyelah Mak Cik...Eh esok Auni pergi sana kan!?"

"Sana? Maksud Iryan? "

"Pulau Langkawi la! "

"Ermm.. Ye kenapa? Nak pesan apa-apa ke?!"

"Boleh jugak! Belikan hadiah untuk Iryan boleh tak?!"

"Hadiah apa?"

"Ermm..entahlah! "Seloroh Iryan.

"Okey kalau macam tu,Auni beli coklat je la!"

"Coklat je? "

"Iyelah..Auni ni bukan macam Meera,Auni tak pandailah nak sweet sawit ni!"Ujar Auni sambil mengukirkan senyuman.

"Semua orang ada kelebihan dan kekurangannya sendiri,jadi tak perlulah nak bandingkan diri sendiri dengan orang lain.. "

"Ermm...Okey Jomlah! "Ajak Auni.

"Pergi mana? "Balas Iryan.

"Pergi menuju kealam yang penuh percintaan...!"Usik Auni.

"Maksud Auni,Alam perkahwinan..!"Duga Iryan.

"Eh tak lah.. Auni gurau je la.. Jomlah Auni nak belanja Iryan makan,Esokkan Auni dah tak ada dekat sini.!"

"Ouh..kalau betul la apa yang Auni cakapkan tadi tu,Iryan boleh je cepatkan suruh Umi dengan Abah Iryan masuk meminang Auni.!"

"Eh janganlah..Nampak sangat tergesa-gesa!"Muka Auni mula memerah kerana menahan malu.

"Lagi cepat lagi Bagus tak gitu?"Ujar Iryan sambil tersenyum nakal.

"Dah la.. Jomlah!!"Auni cuba menukar topik.

"Ada je cara dia nak mengelak bila sebut bab ni!"

"Malaslah nak bincang pasal ni!!"Auni mula mengatur langkah laju meninggalkan Iryan dibelakang.

"Auni!! Auni!! Boleh pulak dia tinggal kita dekat belakang ni!"Jerit Iryan mula mengejar Auni yang kian jauh dihadapan.

                           ××××××

Tepat pada pukul 10 pagi kapal terbang ke Pulau Langkawi dijangka bakal berlepas.Sekarang baru pukul 9:30 pagi,Auni mengambil kesempatan untuk bersarapan dahulu.Auni memesan Nasi Lemak dan Air teh O panas bagi mengisi perutnya dahulu.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Tertera nama Zameera diskrin telefonnya."Apa yang dia nak? Tiba-tiba je call aku?"

"Assalamualaikum"Auni memberi salam.

"Eii pompuan! Aku dengar yang Kau dengan Iryan tengah bercinta kan?!!"sergah Zameera tanpa sempat menjawab salam Auni.

"Aku.. "

"Kau memang dasar pompuan perampas!!! Aku akan pastikan Kau dengan Iryan takkan bersama! Kau tunggu dan lihat je!!"Zameera memberi amaran sekeras-kerasnya.

"Tapi aku dengan Iryan tak lebih dari seorang kawan!"Auni membela dirinya.

"Kawan ke? Kau ingat aku tak tau ke!! Kau tengoklah nanti aku yakin kau pasti akan menyesal sebab rampas Iryan dari Aku,kawan baik kau sendiri!!"Zameera terus mematikan talian.

"Apa maksud dia? Ya Allah Kau lindungilah hambamu ni dari perkara yang tidak baik.. Aminn"Hati Auni serta merta jadi tidak keruan memikirkan hal tersebut.


                          **********

Takdir DiaWhere stories live. Discover now