Iryan berjalan disekitar shopping complex sengaja untuk menenangkan fikirannya. Entah mengapa tiba-tiba hatinya rasa tidak sedap. Matanya meliar memandang ke kiri dan ke kanan.
Tiba-tiba mata Iryan tertumpu pada satu kelibat. Siapa lagi kalau bukan Auni. Gadis yang dia rindui dan dia cintai. Kaki Iryan segera menapak mendekati Auni.
Tapi malangnya ada pula seorang lelaki yang kelihatan sungguh mesra bersama dengan Auni. Iryan cuba mengecam wajah lelaki bersama Auni itu.
"Sah! itu dia, lelaki dalam gambar dengan Auni tu. Jangan-jangan mereka dah kahwin tak mungkin!" Iryan mengetap bibirnya. Tanpa berfikir panjang dia terus mendekati pasangan berdua itu.
"Auni!" laung Iryan.
Auni dan Hakimi segera menoleh pada pemilih suara. Terkejut berbaur dengan geram apabila Auni memandang wajah lelaki memanggilnya tadi.
Auni cuba berjalan sepantas yang mungkin dengan tidak menghiraukan Iryan. Cukuplah sekali hatinya sakit dengan sikap Iryan. Cintanya pun sudah lama terkubur. Apa lagi yang Iryan inginkan darinya?.
"Auni tunggulah." Hakimi terus mengejar Auni yang sudah jauh dihadapan. Iryan juga tak berputus asa dia juga terus mengejar Auni.
Auni memberhentikan langkah lalu dia menoleh memandang Iryan dan Hakimi yang baru tiba setelah mengejarnya tadi.
"Awak nak apa Iryan? Awak dah ada Zameera, apa lagi Awak nak? nak sakitkan hati saya lagi?" dengus Auni geram.
"Bukan tu maksud saya, niat saya kejar awak adalah memohon kemaafkan dari awak, saya tahu saya salah sebab terlalu percayakan Zameera."
"Baru sekarang nak minta maaf" sindir Auni dengan ego nya yang tinggi.
"Auni, dia dah mohon maaf, kita ni sebagai manusia biasa kena maafkan orang" bisik Hakimi ke telinga Auni.
"Awak cakap senang! dia ni dah mainkan perasaan saya, tak cukup tu dia jugak sakitkan hati saya. Apa lagi, takkan senang-senang macam tu aje saya nak maafkan dia?" air mata Auni mengalir dipipi.
"Auni, dah jangan marah-marah kat sini. Tenang nanti orang nampak malu kita. Auni nak ke tanggung malu. Kita bincang elok-elok ya?" pujuk Hakimi dengan tenang.
Auni mengangguk setuju dengan kata-kata Hakimi. Akhirnya mereka bersetuju supaya berbincang secara baik disebuah Kafe disitu
********
YOU ARE READING
Takdir Dia
Krótkie OpowiadaniaAuni Shaana mula memendam cinta terhadap Iryan Danish sejak dari zaman persekolahan lagi.Namun kerana sikap ramah Iryan yang membuatkan mereka bersahabat sehingga kini.Tetapi pada masa yang sama cinta mula berputik antara Zameera Husna iaitu sahabat...