Ummi macam mana sihat?"soal Auni sambil memeluk Mak Cik Aliya.
"Sihat Alhamdulillah.. Auni pulak? "
"Auni Alhamdulillah Ummi,sihat je ni Auni ada belikan hadiah untuk Ummi! "Auni menghulurkan beg yang berisi hadiah tersebut.
"Terima kasih sayang..! Ni Ummi ada surat untuk Auni! "Mak Cik Aliya menghulurkan surat kepada Auni.
"Surat apa ni? "Soal Auni.
"Entahlah, tak tau pulak lah Ummi.buka je la Iryan yang bagi dekat Ummi semalam!! "
"Semalam?"
"Iye.. Semalam dia bagi, dah la Ummi nak sambung memasak ni karang hangus ikan goreng kat dapur siapa nak makan? "
"Baik Ummi"
"Surat apa pulak ni?! "Auni mengoyakkan sampul surat tersebut.
Terkejut bukan kepalang Auni."Apa ni kad jemputan perkahwinan Iryan dan Zameera!?"
"Apa semua ni? Kenapa Iryan sanggup tipu aku!!! Apa ni Iryan,kau memang sengaja nak sakitkan hati aku! "Air mata Auni mula mengalir.
Sedaya upaya Auni menyeka air matanya itu supaya Ummi tidak dapat melihat dia sedang menangis.dengan serta merta Auni mencari kunci keretanya dan terus keluar mencari Iryan.
"Mana budak bertuah ni nak pergi?"soal Mak Cik Aliya kehairanan.
"Kenapa kau tipu aku Iryan.. Apa salah aku sampai kau sanggup buat aku macam ni! "Tangannya masih memegang kad perkahwinan tersebut.
Sesampai kereta Auni di perkarangan rumah Iryan.kebetulan pada masa itu Iryan dan Zameera sedang sibuk bersembang dihalaman rumahnya.
"Iryan!! Apa maksud kau buat aku macam ni! "Jerit Auni sambil menunjukkan kad perkahwinan.
"Kad ni adalah jawapannya,Aku dengan Meera bakal berkahwin hujung bulan ni! Antara kau dengan aku dah tak ada apa-apa !"ujar Iryan.
"Kalau kau nak berkahwin sekali pun, perlu ke sampai sakitkan hati aku! Kau cakap kau cintakan aku tapi lepas tu apa yang kau buat!! Kau kahwin dengan perempuan lain! Iryan kau dengar ni dia ni langsung tak layak untuk kau!,kau dah lupa ke dia selalu sangat sakitkan hati kau!!"balas Auni."Siapa yang tak layak!! Dia atau kau!! Bagi aku yang paling layak adalah Meera,sekurang-kurangnya dia tak berfoya-foya dengan lelaki lain masa dekat Pulau Langkawi tu! "
"Kau nak cakap aku curang dengan kau la ye? "
"Iye..itu maksud aku!! Kau memang perempuan murahan kan senang-senang je serahkan maruah pada lelaki lain!"Sindir Iryan.
Pang!! Satu penampar hinggap dipipi Iryan,"Kau dengar ni penampar tadi tu adalah balasan selepas kau tipu aku dan kau fitnah aku tadi!"
"Eii pompuan berambuslah kau!! Memang dasar perempuan murahan!"jerit Iryan.
"Adakah kerana dia kau tinggalkan Aku,baik aku redha tapi satu je aku nak cakap kat kau,Aku harap sangat kau menyesal dengan keputusan yang kau buat! Iryan Danish"Ujar Auni dan berlalu pergi.
"Eii..Auni Shaana Aku sikit pun takkan menyesal dengan keputusan aku,sebab aku yakin yang Meera takkan curang dengan aku macam kau curang dekat aku! "
"Baik kalau macam tu la kau cakap! Aku cuma doakan kebahagian korang je la..Aku doa sangat supaya kau dengan Meera bahagia sampai ke anak cucu..! "Ujar Auni.
Kereta Auni mula meninggalkan perkarangan rumah Iryan.Sesungguhnya hatinya memang sakit bila diperlakukan macam tu.
"Apalah salah aku sampai aku kena macam ni sekali!"Auni menangis semahu-mahunya.
"Iryan dah la tu,nanti lama-lama dia okey la tu biarkan je,Itulah akibatnya bila curang dengan orang!"
"Meera kau pergilah balik dulu! Aku nak tenangkan fikiran aku dulu!!biarkan aku sendirian.!!'
"Okey bye.. Assalamualaikum! Meera balik dulu ye! "
"Walaikumusalam!! "Ujar Iryan dan terus masuk ke dalam rumah.
"Padan muka kau!! Puas hati aku bila drama ni finally dah tamat.kesiannya cerita cinta mereka dah berakhir!! Hahahah..Takziah buat hubungan korang!! "Bisik hati Zameera puas hati kerana plan yang dirancangnnya menjadi.
***********
YOU ARE READING
Takdir Dia
Short StoryAuni Shaana mula memendam cinta terhadap Iryan Danish sejak dari zaman persekolahan lagi.Namun kerana sikap ramah Iryan yang membuatkan mereka bersahabat sehingga kini.Tetapi pada masa yang sama cinta mula berputik antara Zameera Husna iaitu sahabat...