"Assalamualaikum"satu suara yang tiba-tiba menerjah dari belakangnya.suara yang cukup Iryan kenali.
"Walaikumusalam.. "Iryan menoleh.
"Iryan..saya nak minta maaf dekat awak,saya tau !saya banyak buat salah dengan awak! Hidup saya jadi tak tenang lepas saya tinggalkan awak!"Rayu Zameera.
"Apa kena dengan perempuan ni? Tiba-tiba je bertudung.. Lepas tu datang minta maaf?"bisik hati Iryan.
"Iryan please...maafkan saya!!"
"Apa motif kau tetiba datang minta maaf dekat aku? Bukan ke kau kata Kau lebih rela kahwin lelaki tu berbanding aku! "Sindir Iryan.
"Saya dah tak sukakan lelaki tu! Lelaki tu sebenarnya jahat! Dia tu cuma nak kikis duit saya je!!"Zameera membela diri.
"Aku dah tak cintakan kau!!"balas Iryan.
"Saya tau yang awak dah mula bercinta dengan Auni,tapi tolonglah maafkan saya.. Saya janji lepas ni saya takkan ganggu awak!"Zameera mengangkat tangannya seperti sedang berjanji.
"Betul ni!"soal Iryan inginkan kepastian.
"Betul saya janji! "
"Baik,aku Maafkan kau sekarang aku nak kau blah dari sini! Aku tak nak tengok muka kau!! "
"Awak dah macam tak ikhlas nak Maafkan saya je!!"balas Zameera tidak berpuas hati.
"Aku tak ada masa lah nak layan kau,Okey bye!!"Ujar Iryan dan terus masuk kedalam rumahnya dan terus mengunci pintu supaya tidak diganggu oleh Zameera.
"Tak guna, ni semua sebab pompuan tu!! Kalau kau tak hasut fikiran Iryan, mesti Iryan takkan benci aku!!"Zameera mendengus.
Zameera berlalu dari situ dengan hati yang sakit."Aku pastikan istana cinta Kau antara Iryan akan hancur lebur macam istana pasir yang dibina lalu dipukul ombak!!"Zameera tersengih-sengih.
××××××Beberapa panggilan dari Zameera.Namun Iryan membiarkan sahaja panggilan tidak berjawab.
"Biar dia rasa.. Macam mana sakitnya hati,bila orang buat macam tu dekat kau!! "Gumam Iryan.
"Masuk ni dah dekat 15 kali aku call,Eii kalau rasa tak nak angkat call tu baik tak payah ada telefon!!!!"hati Zameera membengkak kemarahan.
"Baik aku call Auni,macam manalah dia dekat sana!"Tiba-tiba fikirannya teringatkan Auni.
"Assalamualaikum.. Sayang!!"sapa Iryan.
Auni yang baru selesai solat terkejut kerana tiba-tiba telefonnya berbunyi.Jarang ada orang call dirinya pada waktu malam namun tiba-tiba ada seorang yang call dia pada waktu itu.
"Walaikumusalam.. Terkejut Auni tiba-tiba je ada orang call waktu malam macam ni! Kenapa tak tidur lagi?"soal Auni prihatin.
"Saja.. Mata ni tak boleh nak lelapkan asyik teringatkan orang dekat sana!"
"Mengadanya..!"
"Macam mana dekat sana okey tak? "
"Alhamdulillah okey baik je.. Dekat sini cantik sangat tempatnya! Auni suka sangat! "
"Ouh.. Kalau macam tu nanti lepas kita kahwin, kita honeymoon je la dekat sana boleh kan! "
"Lambat lagi!! Dah la jangan fikir sampai ke situ.!"Auni mula menahan malu.
"Okey sayang,dah pergilah tidur dah lewat ni,Esokkan sayang kerja?"
"Boleh tak jangan panggil 'sayang'. Kita belum kahwin lagi la..! "Auni mula rasa tidak selesa.
"Tapi Iryan suka panggilan tu!"balas Iryan.
"Tapi Auni tak suka!! "
"Okey kalau macam tu,kita kahwin je la cepat-cepat boleh la Iryan panggil Auni 'sayang' banyak kali?"
"Iye la.. Bye Assalamualaikum!"Auni mematikan talian.bibirnya mula mengukirkan senyuman.."Eh Auni stop.. Berhentilah berangan pergilah tidur esok kau nak kerja"..
********
YOU ARE READING
Takdir Dia
Historia CortaAuni Shaana mula memendam cinta terhadap Iryan Danish sejak dari zaman persekolahan lagi.Namun kerana sikap ramah Iryan yang membuatkan mereka bersahabat sehingga kini.Tetapi pada masa yang sama cinta mula berputik antara Zameera Husna iaitu sahabat...