Bab 20 (END)💐

15.1K 303 18
                                    

Hari ini Iryan perlu bersiap-siap awal dan hadir ke majlis perkahwinan Auni dan Hakimi. Berat hatinya untuk hadir ke majlis itu. Namun dia terpaksa pergi kalau tidak mesti Auni akan fikir yang bukan-bukan.

Mungkin inilah yang Auni rasa masa aku nak kahwin dulu. Ya Allah peritnya rasa hati. Fikiran menyuruh pergi manakala hatinya melarang.

"Aduhai, wahai sang hati tabahlah kau. Banyak lagi perempuan yang akan aku jumpa selain Auni. Kau kena tabah duhai hati jangan kalah." Iryan berbisik dengan hati sendiri.

Iryan mencapai kunci keretanya lalu memandu kereta bagi menghadiri majlis perkahwinan Auni dan Hakimi.

××××××

"Cantikkan pasangan pengantin tu bagai pinang dibelah dua." puji Mak Lijah.

"Sesuai sangat mereka berdua kahwin." balas Mak Nab.

Iryan yang terdengar kata-kata Mak Lijah dan Mak Nab dibelakang itu. Hanya mampu memendam rasa kecewa. Kau kena terima segalanya bahawa Auni bukan untuk kau.

Acara makan beradab antara Auni dan Hakimi. Satu suapan diberikan oleh Hakimi kepada Auni manakala jurugambar yang diupah hanya melakukan tugasannya.

"Abang..." satu suara lemah menyapa Iryan daripada belakang. Iryan menoleh melihat wanita itu. Wanita ini sudah berhijab sambil mendukung anak kecilnya.

"Kau nak apa lagi?" suara tegas Iryan sambil menjegilkan matanya.

"Meera nak minta maaf" ujar Zameera sambil menunduk memandang tanah.

"Maaf? kau fikir senang ke aku nak maafkan kau? kau gunakan aku untuk kepentingan kau." pandangan Iryan menikam tepat anak mata Zameera.

"Meera tau Meera salah, tapi tolonglah jangan benci Nabella dia langsung tak bersalah." kata Zameera memaksudkan Nabella adalah anaknya.

"Aku langsung tak bencikan Nabella, tapi aku bencikan kau." balas Iryan.

"Abang tolonglah maafkan Meera, tolonglah Meera janji lepas,Abang dah maafkan Meera, Meera akan pergi jauh dari sini dengan Nabella." rayu Zameera.

Hati Iryan semakin lemah dengan pujukan dan rayuan wanita. Hatinya juga masih berbelah bahagi samada mahu maafkan ataupun tidak. Akhirnya Iryan sudah membuat keputusan muktamad.

"Baiklah aku maafkan kau, kita kawan." ujar Iryan dan terus berlalu pergi meninggalkan Zameera disitu.

××××××

Selesai majlis persandingan Auni dan Hakimi mengemas apa yang patut. Baju pun sudah ditukar, rimas pula kalau pakai baju gaun lama-lama. Iryan juga masih ada disitu membantu apa yang patut.

"Iryan, kau ni dah banyak sangat tolong kitorang. Pergilah balik dulu tukar baju." arah Hakimi.

"Nanti aku baliklah, lagipun kalau aku balik pun bukan ada apa-apa pun dirumah." balas Iryan.

Hakimi hanya tersenyum memandang Iryan.

"Auni, aku balik dulu. Anak aku dah merengek ni" Zameera meminta diri untuk pulang.

Mata Iryan turut memandang pada bekas isterinya.

"Awalnya balik Meera." kata Auni.

"Aku dah ada anak Auni, jadi aku kena bertanggungjawab. Lagipun sejak ada anak ni aku jadi lebih matang dalam berfikir berbanding sebelum ni." balas Zameera.

"Baguslah kalau macam tu, aku harap kau terus istiqamah Meera. Sekali kau balik tolonglah jangan patah balik kepada yang dulu." Auni memegang bahu Zameera.

"Insyallah Auni." Zameera memandang Iryan pula.

"Abang, Meera nak ucapkan terima kasih sebab sudi maafkan Meera dan sudi juga jadikan Meera sebagai kawan. Apa-apa Meera balik dulu Assalamulaikum." ujar Zameera lalu melangkah pergi.

"Meera wait, kita rujuk nak?" tanya Iryan.

Zameera menoleh semula memandang Iryan. Airmata Zameera jatuh berguguran. Hanya anggukan diberi.

"Alhamdulillah terbuka juga hati Iryan ingin mengambil Zameera sebagai isteri semula." monolog hati Auni.

"Lepas ni akan ada pengantin baru lagilah nampaknya." celah Hakimi.

"Mana adalah kami ni cuma pengantin lama." Iryan tertawa kecil dengan usikkan Hakimi.

"Auni harap lepas ni kita mulakan hidup baru okey? lagipun masing-masing dah ada pasangan. Auni juga harap nanti kita honeymoon sama-sama nak?"

"Okey jugak cadangan Auni tu dapat lagi mengeratkan hubungan antara kita berempat ni lagi." kata Hakimi sambil memeluk bahu Auni.

"Kalau macam tu kita cepat-cepatlah rujuk." Iryan cuba mengusik Zameera.

"Meera cuma ikutkan aje." balas Zameera tak membantah.

"Janji jangan gaduh-gaduh tau. Kalau nak gaduh jugak sekejap je jangan lama-lama." Auni mencelah.

"Iyalah heheheh." tawa Iryan.

Akhirnya bahagia yang Auni ingini berjaya dia kecapi. Dia percaya bahawa setiap kesakitan pasti ada yang menyembuhkan. Alhamdullilah Zameera pun sudah kembali pada Iryan dan Auni pula bahagia bersama Hakimi lelaki yang dia cintai. Semoga hubungan mereka kekal hingga akhir hayat.

-TAMAT-

Takdir DiaWhere stories live. Discover now