Bab 16💐

7.7K 242 3
                                    

Iryan duduk termenung menghadap jendela. Sejujurnya barulah dia dapat merasai apa itu erti penyesalan. Selama hampir setahun usia perkahwinan dia bersama Zameera musnah. Gara-gara pembohongan Zameera telah terbongkar. Semuanya bermula dengan sebuah perbualan antara Zameera dengan kekasih lamanya.

Zameera berjalan kehulur dan kehilir sambil memegang telefon bimbitnya resah terbit diraut wajah Zameera. Sejak berpantang Zameera kelihatan sentiasa gelisah seperti ada yang tidak kena.

"Hello, aku nak jumpa kau! aku sebenarnya dah selesai lahirkan anak kau!." luah Zameera dan pada ketika itu Iryan berada dibelakang pintu bilik yang sedikit terkatup tanpa Zameera perasan.

Luluh hati Iryan manakan tidak anak yang disangka adalah anak kandung sendiri rupanya anak luar nikah Zameera dengan kekasih lamanya sendiri patutlah tempoh kehamilannya seakan pendek.

"Anak aku kau kata? Hello tu anak kau okey bukan aku. Kau suruh suami kau yang bendul tu jaga kau." suara sinis Adif cukup melukakan hati Zameera.

"Kau jangan nak lepas tanganlah bodoh! Aku yang kandungkan anak kau lepas tu lahirkan anak kau setengah mati. Kau masih tak mengaku.!" tempelak Zameera. Dada Zameera berombak menahan marah.

"Peduli apa aku, kau ada suamikan suruhlah suami kau jaga kau dengan anak kau tu. Lagi satu jaga-jaga baik tau anak aku tu bye!." Adif mematikan talian.

"Woi! Kau memang jantan tak guna, Arghh aku benci kau!" Zameera menghempas telefonnya diatas katil.

"Zameera, kau cakap apa tadi?" soal Iryan tegas dengan riak wajah bengis dia keluar dari tempat persembunyiannya.

"Hah, tak ada apa-apa." toleh Zameera kepada suaminya. Habislah tembelangnya sudah pecah gara-gara panggilannya kepada lelaki tak guna tadi. Hati Zameera mulai berdegup kencang.

"Kau memang perempuan tak guna!" ringan sahaja tangan Iryan menampar Zameera hingga dia jatuh keatas katil.

"Selama ni aku percayakan kau! aku tolak tepi perasaan orang lain semata-mata jaga hati kau. Tapi apa balasan kau? kau pergi keluar dengan jantan lain sampaikan mengandungkan anak haram? kau ni dah kenapa? syaitan apa yang dah rasuk kau pompuan! sampai sanggup buat macam ni kat aku. Ehh ikutkan hati aku dah lama aku belasah kau tapi bila aku ingatkan semula kau ni tengah dalam pantang aku lupakan je lah! mulai hari ini Zameera Husna aku ceraikan kau dengan talak satu!." Iryan melangkah pergi meninggalkan Zameera.

Zameera mulai menangis merayu supaya Iryan memaafkannya. Dia terpaksa berbohong jika Iryan tidak kahwin dengannya pasti anaknya yang dilahirkan nanti bakal menjadi buah mulut orang kampung.

Bunyi televisyen terpasang yang menyedarkan Iryan dari lamunannya. "Mungkin Ayah yang buka televisyen ni." duga Iryan.

Iryan menarik nafas dalam-dalam. Hatinya betul-betul kesal kerana mempercayai perempuan yang bernama Zameera Husna. Kerana Zameera dia tidak dapat bersatu dengan Auni.

Aku berdosa dengan Auni. Aku berdosa sebab menuduh dia membuat perkara sumbang rupanya disebalik tuduhan pelaku yang sebenar adalah Zameera. Dah hampir tiga tahun Iryan langsung tak mendengar khabar berita tentang Auni. Mungkin Auni pun sudah benci melihat Iryan.

Iryan segera bangun dari duduknya lalu masuk kedalam bilik untuk mencapai tuala dan mandi. Dia tak boleh berlama-lamaan termenung. Makin diingati makin sakit hatinya.

*********

vote & komen yea♡

sue dah tukar tajuk dari 'Adakah Kerna Dia' kepada tajuk baru iaitu 'Takdir Dia' sebab apa tukar tajuk? sebab panjang sangat😂

Takdir DiaWhere stories live. Discover now