Bab 4💐

8.8K 319 1
                                    

    Kerana sikap ambil berat dan prihatin Auni telah membuatkan pintu hati Iryan diketuk oleh cinta Auni.Namun perasaan itu sedaya upaya Iryan membuang jauh,dia perlu setia pada yang satu iaitu Zameera Husna.Dia tak mahu Auni pula menjadi orang ketiga antara mereka.

"Aku tak boleh jatuh cinta pada Auni..tak boleh..! "Pandangannya beralih pada luar tingkap rumahnya.

"Tapi perlu ke aku setia dengan Meera sedangkan dia dah terang-terang curang depan aku!!,haish pening.. "

                           ××××××

"Jom keluar makan!"ajak Iryan bersungguh-sungguh.

"Tapi aku ada banyak kerjalah!!"balas Auni.

"Alaa.. Sekejap je! "Pujuk Iryan.

"Err.. Tapi.. "

"Tak ada tapi-tapi,dah jom Aku ada benda nak bagi tau kau ni! "

"Benda apa? "

"Alaa jom lah ikut aku dulu!!"balas Iryan.

                           ××××××

"Okey apa yang penting sangat tu! Aku tak sabar nak tau ni?"Ujar Auni yang bersungguh-sungguh mahu tau.

"Betul kau nak tau? "

"Eh.. Jap sebelum tu bagi aku teka dulu,kau dengan Meera dah berbaik kan?"

"Bukan..!!! "

"Habis tu apa? Ha.. Aku tau kau dengan Meera bakal cepatkan tarikh perkahwinan kan? "

"Stop!! Auni benda ni tak ada kena mengena langsung dengan Meera.so please stop talking about her."

"Sorry.."

"Sebenarnya aku dah move on pasal tu! "

"Okey jadi apa yang kau nak cakap ni? "

"Aku dah mula sukakan kau,Auni..!!"luah Iryan.

"Apa? Tak tolonglah jangan kau kena setia dengan Meera.!"

"Aku tak boleh la Auni.. Aku dah mula jatuh cinta pada kau,jadi sekarang aku nak lupakan Meera."

"Aku tak nak dianggap sebagai pengkhianat sebab mengkhianati cinta sahabat aku sendiri."

"Sahabat.. Kau masih lagi anggap Meera sebagai sahabat selepas apa yang dia buat pada kau! Kau dah lupa ke? Lagi pun dia sendiri yang putuskan persahabatan tu.!"

"Iryan kau bagilah aku masa untuk fikirkan tentang kita..memang kalau ikutkan hati aku ni.. Aku dah lama sukakan kau tapi aku tak sanggup nak khianati kawan aku..! "

"Please la Auni jangan nak baik sangat dekat Meera tu!!"

"Iryan.. Please kita lupakan pasal ni dulu..jomlah makan dulu..!"Auni cuba menukar topik.

"Baik tapi kalau boleh,Iryan nak jawapan esok boleh tak? "

"Ermm.. Tengoklah dulu..!"balas Auni sambil mengukirkan senyuman.

                         **********

Takdir DiaWhere stories live. Discover now