"Assalamulaikum Ummi!." Auni memberi salam. Tangan Auni memegang beg bagasinya. Hakimi yang berada dibelakangnya tersenyum simpul melihat bakal isterinya.
"Walaikumussalam Auni, Kimi bila sampai?, kenapa tak cakap dengan Ummi nak datang?." balas Ummi sempat membebel dengan kedatangan anaknya yang mengejut.
"Ala Ummi ni, Ummi jugak yang cakap suruh kami ni berdua cari baju untuk persandingan dengan nikah nanti," ujar Auni menyambut tangan Ummi untuk menyalam.
"Ummi tau lah, tapi kenapa tak cakap apa-apa, bolehlah nanti Ummi masakkan makanan kegemaran kamu berdua." Ummi tersenyum lebar melihat pasangan serasi ini.
"Ala Ummi, kami datang ni nak suprise sikit aje. Jom Ummi masuk dalam, Auni nak tolong Ummi masak untuk makan petang ni." Auni memeluk bahu Ummi dengan manja sekali.
"Ehh lepas ni Auni dah tak boleh manja-manja dengan Ummi macam ni sebab lepas ni Auni akan jadi isteri orang. Auni kena bermanja dengan suami pulak. Kan Kimi?." Mata Ummi menatap wajah tampan Hakimi.
"Apa pulak Ummi cakap macam tu, macam mana pun Auni tetap anak Ummi. Syurga Auni tetap juga dibawah telapak kaki Ummi. Anak Ummi ni derhaka aje tahulah nanti Kimi nak ajar macam mana." celah Hakimi.
"Macam tu lah bakal suami yang baik, yang boleh bimbing anak Ummi ni sampai ke Syurga." tokok Ummi.
"Iyalah bakal menantu Ummi kan baik, anak Ummi je yang nakal kan?." Auni memuncungkan bibirnya tanda rajuk kepada Ummi.
"Auni janganlah merajuk, Anak Ummi baik tapi... Auni ni janganlah nakal sangat nanti susah sangat Kimi nak jaga," ujar Ummi dengan nada sinis.
"Okeylah Ummi, jom masuk dalam. Kita tinggalkan Kimi kat luar ni sorang-sorang. Mentang-mentang Ummi puji dia sorang je, habis kembang hidung." Auni mencebik bibir.
Auni melangkah masuk ke dalam rumah."Tengoklah perangai, Kimi tak buat apa-apa pun kena marah. Apa punya perangailah si Auni ni." Ummi menggeleng kepala melihat gelagat anak daranya seorang itu.
"Tak apalah Ummi, Auni tu memang macam tu kan. Manja sungguh, kalau boleh memang tak nak berpisah dengan Ummi." ujar Hakimi.
"Itulah perangai Auni yang selalu buat Mak pening. Anak sorang tapi perangai macam ada anak dekat sepuluh orang." kata Ummi.
"Tengok beg sendiri pun tak angkat ke!?" mata Ummi terkalih pada beg bagasi yang Auni tinggalkan diluar.
"Ala Ummi, Auni lupa nak angkat heheh.." Auni keluar semula sambil memegang kepalanya.
"Cepat masuk, nasib kamu berdua memang baik. Hari ni Ummi ada buatkan samosa kegemaran Auni." ujar Ummi sambil mengajak masuk kedalam rumah.
××××××
"Baju ni sesuai tak untuk Auni?," soal Hakimi sambil menunjukkan gaun pengantin berwarna biru muda. Cantik dan menarik dengan potongan yang ringkas.
"Kimi nak baju kita warna biru muda ke?," Auni ingin berfikir dahulu sebelum memilih. Kalau ikutkan Ummi dan Ibu Hakimi memang memilih tema wedding tak terlalu berat dan ringkas sahaja.
"Entahlah tapi tiba-tiba pulak tertarik dengan warna biru muda ni kan. Iyalah nampak ayu je bila Auni mengenakan pakaian ni." Hakimi membelek gaun pengantin yang melabuhkan kebawah itu.
"Auni ikutkan je lah, okeylah Auni pilih yang ini sebab nampak simple dan menarik kan?. Mesti Ummi suka kan nanti?." Auni tersenyum setuju dengan cadangan Hakimi.
"Kalau macam tu okeylah, Cik Kyla mari sini sekejap." panggil Hakimi.
"Iya nak apa?." soal Cik Kyla.
"Saya nak gaun pengantin yang ini boleh?." tanya Hakimi.
"Boleh, tunggu sekejap ya saya nak buka dulu pakaian kat patung ni dulu, nanti boleh suruh bakal isteri Encik mencuba pakai dahulu." balas Cik Kyla.
Hakimi tersenyum memandang Auni. Mungkin gembira akhirnya setelah lama menunggu tak lama lagi dia bakal menjadi suami kepada insan yang dia cintai sepenuh hatinya. Dalam hati Hakimi hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan segalanya.
********
YOU ARE READING
Takdir Dia
Short StoryAuni Shaana mula memendam cinta terhadap Iryan Danish sejak dari zaman persekolahan lagi.Namun kerana sikap ramah Iryan yang membuatkan mereka bersahabat sehingga kini.Tetapi pada masa yang sama cinta mula berputik antara Zameera Husna iaitu sahabat...