"Auni tolonglah maafkan aku, aku tahu aku salah sebab terlalu percayakan Zameera. Lagipun aku dengan Zameera dah bercerai sebab aku baru tahu yang dia sebenarnya dah hamilkan anak luar nikah sebelum kahwin dengan aku." terang Iryan pada Auni.
Terbeliak mata Hakimi mendengar penjelasan Iryan. Boleh tahan jahat jugak bekas isteri Iryan ini. Tak sangka sampai macam tu sekali dia mempergunakan Iryan.
"Iryan, aku memang dah lama maafkan kau. Sejak kau sakitkan hati aku dulu. Aku dah belajar supaya terima takdir yang kau memang kau bukan untuk aku. Aku mengaku dari zaman kita sekolah lagi, aku dah jatuh cinta dengan kau tapi lepas kau tak percayakan aku dengan sekelip mata perasaan cinta aku jadi lesap" ujar Auni.
Iryan benar-benar menyesal dengan keputusannya yang dahulu. Kalaulah dia tak percayakan kata-kata Zameera mesti Auni akan menjadi isterinya.
"Kau memang perempuan tak guna Zameera!" jerit Iryan dalam hatinya. Semua takkan faham apa yang tersimpan dalam hatinya.
"Iryan, apa khabar Zameera sekarang?" soal Auni. Dia cuba menepis perasaan sakit hatinya terhadap Iryan.
"Aku dah tak tahu dia kat mana, sejak aku ceraikan dia. Dia dah pergi jauh dari hidup aku. Aku pun dah tak nak jumpa perempuan macam dia dalam hidup aku lagi." luah Iryan.
"Iryan, kau maafkanlah Zameera. Memanglah dia cuma bekas isteri kau dan dia juga dah mempergunakan kau selama ni. Tapi aku rasa dah sampai masanya untuk kita saling bermaafan. Sampai bila kita nak bermusuhan? aku dah penat simpan rasa ni." Ujar Auni.
"Auni cuba kau bayangkan perempuan yang selama ni aku sayang, aku percaya sampai aku tolak tepi perasaan orang lain semata-mata nak jaga hati dia. Tapi dalam diam dia jual murah dirinya dekat orang lain. Ingat senang ke nak maafkan?" Iryan menahan amarahnya.
"Sebenarnya dua tiga bulan yang lepas, Zameera ada contact aku. Dia dah mengaku semua kesalahan dia, dia juga ada suruh aku pujuk kau supaya kau maafkan perbuatan dia dulu. Zameera betul-betul dah berubah." kata Auni.
"Kau percaya dengan kata-kata perempuan tu?" Iryan tersenyum sinis.
"Iryan sejahat manapun dia, kita kena belajar memaafkan. Biarlah dia dapat hukuman disana nanti. Kita ni manusia biasa tak mampu berbuat apa-apa selain memaafkan." pujuk Auni.
"Tengoklah nanti macam mana, kalau betul dia nakkan kemaafkan dari aku. Cari aku lepas tu minta maaf dengan aku secara berdepan" balas Iryan.
"Iryan sebenarnya aku dengan Hakimi bakal berkahwin hujung minggu ni. Kami sebenarnya tengah membuat persiapan akhir. Jadi kelam kabutlah sikit." Auni mengeluarkan kad jemputan didalam beg tangannya lalu menghulurkan kepada Iryan.
"Jangan lupa datang tau, aku harap sangat kau datang masa majlis kahwin aku nanti." kata Auni.
Sakit hati Iryan melihat kad jemputan yang tertulis nama Auni dan Hakimi. Iryan cuba menyelindungkan riak wajah kecewa. Mungkin ini adalah balasan setelah apa yang dia buat selama ni.
"Tahniah Auni, semoga bahagia hingga Jannah." ujar Iryan.
"Sama-sama Iryan," balas Auni sambil tersenyum.
*********
YOU ARE READING
Takdir Dia
Short StoryAuni Shaana mula memendam cinta terhadap Iryan Danish sejak dari zaman persekolahan lagi.Namun kerana sikap ramah Iryan yang membuatkan mereka bersahabat sehingga kini.Tetapi pada masa yang sama cinta mula berputik antara Zameera Husna iaitu sahabat...