"Iryan wait!!"jerit Zameera yang dari tadi tak penat mengejar Iryan dari belakang.
"Zameera Husna..!!kau tak malu ke,terkejar-kejar aku pergilah cari lelaki yang kau kata sanggup setia sehidup semati dengan kau tu!!"marah Iryan
Terpana seketika apabila Zameera mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Iryan.Memang makan dalam ayatnya.
"Wait!! Meera cuma nak hubungan kita macam dulu tak boleh ke?"pujuk Zameera.
"Tak,aku tak nak! Untuk pengetahuan kau jatuh cinta pada kau adalah satu perkara yang bodoh yang pernah aku buat dahulu,kenapalah aku buta sangat? Sebab pilih kau.. Kalau aku tau perangai kau macam ni,Dari dulu lagi aku dah pilih Auni berbanding kau!!"
"Iryan, kau dengar ni!! Auni sebenarnya dah curang dekat kau masa dia dekat Langkawi!"
Terdengar penjelasan dari Zameera tiba-tiba hati Iryan berubah menjadi panas.
"Kau jangan nak tuduh dia,Aku tau kau sebenarnya Kau dah lama bencikan Auni tu! Auni tu kan lebih kaya dari kau dan sebab tu kau dengki kan Auni tu!!"Iryan membela Auni.
"Jadi sebab dia kaya la,Kau sayangkan dia! Dengar ni aku akan buktikan yang sebenarnya Auni tu macam mana!"
"Suka hati kaulah perempuan!! Aku nak masuk kerja ni.. Opss nanti dulu!! Tolonglah jangan ganggu aku! Aku tak suka!"Iryan tersenyum sinis dan terus berlalu masuk kedalam bangunan pejabat itu.
"Kau tunggu je la Iryan.. Hubungan korang takkan kekal lama!!"Zameera menjeling kearah pintu masuk bangunan itu.
××××××
"Hai..awak Auni Shaana kan?"tegur lelaki itu.
"Assalamualaikum.. Ye saya Auni Shaana kenapa?"balas Auni.
"Walaikumusalam saya Hakimi Aryan,saya pembantu Cik Auni masa lakukan lawatan pada tapak projek ni! "
"Ouh..jadi awaklah pembantu yang Dato Farhan cakap tu?"balas Auni.
"Iye saya.."Ujar Hakimi sambil tersenyum.
"Hakimi Aryan dan Iryan Danish,nama yang hampir sama lah!"Auni tersengih-sengih.
"Cik Auni!! "Panggil Hakimi berkali-kali.
"Hah!! Encik Hakimi boleh tak panggil saya Auni je tak payah Cik sangatlah.Tak pun 'Kau Aku' je tak apa saya okey je!!"Ujar Auni yang baru tersedar dari lamunan.
"Okey..kalau macam tu Auni panggil saya Hakimi je...boleh tak?"
"Boleh..!"balas Auni.
"Ermm..jomlah Auni kita tengok dulu kawasan dekat sini!!"Ajak Hakimi.
"Jom..!"kaki Auni mula mara kehadapan bersama-sama Hakimi.
××××××
"Hahahaha... Nampaknya hubungan Korang dah nak sampai penamatnya, Haha.. Tak sabarnya nak tengok drama secara live depan mata.Mesti Auni akan bawa diri dan Iryan akan jadi milik aku...! Aku dah cakap jangan cabar aku!! Nanti hidup korang akan merana..!!"tawa Zameera hingga boleh didengari ke luar rumah.
"Apa kenalah dengan Meera ni? Hari tu menangis menjerit-jerit sekarang gelak macam nak bagi pecah tingkap kat rumah ni je!!"Aisha kehairanan.
Zameera mengambil frame gambar Iryan yang memakai baju Melayu.Tampak kelihatan segak
"Iryan.. Iryan... sedihlah kau sebab dapat perempuan kolot macam Auni tu,Auni tu sikit pun tak layak untuk kau!! Yang selayaknya adalah aku!!"Zameera ketawa sepuas-puas hatinya kerana rancangannya hampir tiba pada penamatnya.
*********
YOU ARE READING
Takdir Dia
Cerita PendekAuni Shaana mula memendam cinta terhadap Iryan Danish sejak dari zaman persekolahan lagi.Namun kerana sikap ramah Iryan yang membuatkan mereka bersahabat sehingga kini.Tetapi pada masa yang sama cinta mula berputik antara Zameera Husna iaitu sahabat...