Bab 6

1.1K 33 1
                                    

KETIKA Zuhayr sampai di rumah keluarganya, pekarangan rumah banglo itu sudah terang-benderang. Ada sebuah kereta yang tidak pernah dilihat terparkir elok di sebelah kereta Volvo papanya.

"Kereta siapa pula ni?" gumamnya.

Dia yang masih dengan baju pejabat segera melangkah turun dari kereta dengan hati sedikit berdebar. Dari luar, telinganya menangkap suara ramai bersama gelak tawa yang riuh.

"Mesti orang ni rapat dengan mama. Mama bukan mudah nak gelak macam tu terutama sejak aku kahwin," gumamnya.

Perkataan kahwin mengingatkan dia kepada Ayuni dan bekal yang dibawa. Spontan jemari slide skrin telefon dan mencari nombor telefon bibik, orang gaji mamanya. Dia membuka but dan segera menyuruh bibik datang ke kereta untuk mengambil mangkuk tingkat berisi makanan yang dikirim Ayuni tadi.

Selepas bibik masuk ke dapur, Zuhayr atur langkah menuju ke muka pintu utama. Sebaik sahaja daun pintu ditolak, dia dapati semua mata sedang tertumpu kepadanya.

"Hah, dah sampai pun dia! Kenapa lambat sangat, Zul?"

"Macam biasalah, papa. Jalan jammed." Zuhayr sahut sambil mendekati sofa. Mata fokus kepada mereka yang sedang duduk di situ. Tak lama, sekuntum senyum menghias bibirnya.

"Uncle? Aunty?" Rasa teruja menyebabkan dia besarkan langkah. Dia kenal mereka. Bukan setakat kenal malah lebih dari itu. Selepas berpelukan, Zuhayr tunduk menyalami tangan pasangan suami isteri itu. Senyumannya masih kekal menghiasi bibir.

"You look great, uncle, aunty," pujinya.

"Terima kasih, Zul. Papa kamu tadi pun cakap benda yang sama. Dan jawapan uncle pun masih tak berubah. Agaknya, angin Manchester sesuai dengan uncle dan aunty kut," sahut lelaki yang dipanggil uncle itu sambil tersengih lebar.

"Amboi!" usik Zuhayr. Dia segera labuhkan punggung di sebelah lelaki itu.

Sudah bertahun-tahun mereka terpisah. Berpisah dalam keadaan tegang akibat pilihan yang dia buat. Pasangan di hadapannya ini begitu marah dengan keputusan yang dia ambil lapan tahun dahulu.

Wajah dihalakan kepada mamanya.

"Ma, kenapa tak beritahu saya yang Uncle Jefri dengan Aunty Zana dah balik ke sini?"

"Saja aje. Mama nak buat surprise untuk kamu."

Zuhayr menggeleng mendengar jawapan mamanya.

"Relaks, Zul. Yang penting kami dah balik, kan?"

"Right. So, bila uncle dengan aunty sampai di KL? Saya terkilan tak habis lagi ni. Kalaulah saya tahu uncle dengan aunty nak balik, saya yang akan jemput uncle dengan aunty di airport." Ada kesal dalam lantunan suara lelaki muda itu yang kini renungannya kembali melekat pada wajah Encik Jefri.

"Kami sampai dua hari dah. Papa dengan mama kamu yang ambil kami di KLIA hari tu dan hantar kami ke Everly, Putrajaya."

"What? Papa, mama! Rumah kita ni punyalah besar, papa dengan mama biarkan uncle dengan aunty duduk di hotel?" Zuhayr bagai tak percaya dengan apa yang dia dengar.

Pahanya ditepuk oleh Puan Zana.

"Jangan cakap macam tu dekat papa dengan mama kamu. Dia orang berkeras ajak kami ke sini tapi sepanjang dua hari ni uncle sibuk. Ada dua tiga urusan belum selesai dekat kementerian. Sebab itu kami memilih untuk menginap kat Everly."

"Oh, kalau macam tu, tak apalah. Saya bukan apa. Saya ingat uncle dengan aunty masih marahkan saya lagi. Ingatkan uncle dah tak sudi nak tengok muka saya."

"Aunty dengan uncle tak pernah marahkan kamu, Zul. Terkilan tu adalah sikit. Maklum ajelah, selama ni kami anggap kamu, menantu kami. Tiba-tiba kamu kahwin dengan orang lain. Tapi nak kata apa? Dah bukan jodoh kamu dengan Azi. Kami reda. Ah, tapi jangan kamu tak tahu, mulai hari ini kami akan tinggal di sini sehinggalah kami dapat beli rumah nanti. Rasalah kamu anak-beranak ragam uncle dengan aunty nanti."

DI TAMAN LARANGANWhere stories live. Discover now