Bab 12

1K 26 0
                                    

DI suatu sudut dalam sebuah restoran, Hud sedang menyisip air teh tarik yang dipesan. Atas meja, ada sepiring tose yang masih belum disentuh. Seleranya belum ada untuk menyentuh makanan itu.

Hampir sepuluh minit dia duduk di situ, muncul seorang lelaki yang dengan selamba menarik kerusi di hadapannya. Hud mendongak. Lega melihat muka kawan baiknya yang baru tiba.

"Sorry, lambat!"

Hud senyum senget.

"Aku dah biasa dengan lambat kau tu, Wadi."

"Sebelum kau sound aku lagi, biar aku oder dulu."

Wadi menggamit pelayan agar menghampiri. Dia kemudian memesan tose dan teh tarik, hidangan yang sama seperti yang dipilih oleh Hud.

"Mak kau sihat?"

Wadi hembus nafas perlahan.

"Mak aku tu kalau ada aku dengan dia, insya-Allah sihat selalu."

Hud sengih mendengar jawapan itu.

"Ada dia suruh kau kahwin lagi sekarang ni?"

"Tak dah. Selepas kau ajar aku jawab macam yang dulu tu, dia terus diam."

Untuk itu Wadi amat berterima kasih kepada Hud. Kalau Hud tak ajar dia cara menjawab yang mampu mendiamkan ibunya, mungkin sampai hari ini, Mak Cik Lela akan terus memaksa dia kahwin.

"Ayat kau memang power, Hud!" pujinya lagi.

"Aku dah tak ingat. Apa ayat yang power sangat tu?"

"Kau suruh aku cakap... Mak, Wadi sayang mak. Wadi tak nak kahwin sebab Wadi nak tumpukan perhatian Wadi pada mak aje. Wadi nak jadi anak yang soleh, mak. Mak jangan suruh Wadi kahwin, ya? Sebab Wadi nak jaga mak sepanjang hidup Wadi ini."

Ketawa mereka berderai selepas itu. Hud benar-benar tak sangka, idea spontan yang keluar sewaktu Wadi mengadu tentang sikap ibunya berjaya menyebabkan Mak Cik Lela diam dan tidak lagi mengungkit tentang perkahwinan kepada Wadi.

"Malangnya, nasihat tu tak jalan dengan mak aku, Wadi."

Wadi gelak besar.

"Kenapa?"

"Puan Sarah cakap aku dah tua. Umur aku ni dah ranum untuk kahwin."

"Yang kau pun satu. Carilah calon menantu untuk mak kau tu."

"Kau dengan aku dah lama, Wadi. Sejak zaman sekolah, sampai zaman universiti, sampailah sekarang. Kau pun nampak betapa sibuknya aku ni, kan? Mana aku ada masa untuk usyar perempuan?"

Yalah tu, Hud! Bohongkanlah kawan baik kau tu. Baguslah sangat perbuatan kau, ya! Diri sendiri dimarahi dalam diam.

"Kau nak aku kenalkan dengan mana-mana perempuan ke?"

"Hesy, tak payahlah."

"Hah, tengok! Sebab itu mak kau susah hati. Sebut perkataan perempuan aje, kau mesti mengelak."

Hud tak endahkan kata-kata Wadi. Pinggan berisi tose ditarik mendekat dan dia mula memakannya. Tose dicubit dan dimasukkan ke dalam mulut. Dimakan sehingga habis.

"Kau ada masalah ni. Betul tak?"

Hud tegakkan diri, menyandarkan tubuh sasanya ke belakang kerusi. Dia mengeluh kasar sebelum mengangguk.

"Apa yang tengah ganggu kepala otak kau tu? Hal kedai, hal ofis atau Puan Sarah?"

"Aku tak ada masalah dengan rantaian kedai dobi kita. Hal ofis pun tak pernah buat aku sakit kepala. Nak tahu kenapa? Sebab aku ada kau. Aku tahu kau amanah dalam kendalikan semua yang berkaitan kerja."

DI TAMAN LARANGANWhere stories live. Discover now