Part 1

428 4 0
                                    

Cinta..?

Sebut pasal cinta mesti dalam kepala berderet-deret lelaki yang menyapa minda. Siapa yang layak? Jika yang wajahnya tidak kena dihati dijentik keluar dari list of the year.

Sedangkan Cinta..?

Seorang aktivis ditembak bertalu-talu kerana ingin menyelamatkan anak kecil yang sudah terkulai lemahnya di tanah mencari seteguk lopak air, secebis roti kering.

Sreettt...!

"Itu bukan cinta! Itu prikemanusiaan!" Suara siapa di belakang tu?

"Kerana cinta wujudnya kemanusiaan jadi prikemanusiaan itu juga cinta!" Puas hati dapat membidas.

Ai Nuo keluar mencapai gugusan kunci di meja, tas Gucci pasar malam di capai, tombol pintu dibuka lantas retina matanya menyapa seluas alam yang tidak terjangkau pelusuknya. Udara pagi yang segar dihirup puas-puas. Nikmat dunia yang satu itu tidak terbayar harganya!

Kerna cinta juga.. Dunia!

"Lelaki...?"

"Wait, Siapa?"

"Lelaki, boy, man, guy, abang bestfriend kau, ayah kau, pak cik kau, atuk kawan kau.."

"Okey dah tutup mulut kau!" Mulut Jannah di sebelah di tutup daripada terus menceceh. Kalau tak seluruh keturunan disebut.

Lelaki.. hurmmm.. tak ada kaitan dengan cinta.

Lelaki.. hanya organisma yang wujud untuk melengkapi dunia ini.

Lelaki.. nahh!

Toin!

Ting! Ting! Bising tin kosng itu melantun di tar.

"Hey!" Ai Nuo mencerun tajam pada sang tangan yang sangat patuh pada tuannya. Mata si tuan dipanah belati irisnya. Buzzz.. bagai arus elektrik mengalir. Kepala aku ni bukan tong sampah!

Kerna Ai itu cinta, Ai Nou sangat suka kaitkan setiap perkara dengan cinta. Cintanya juga terlalu banyak untuk dicurah kepada sesiapa sahaja. Kecuali..

Cinta dan lelaki...?

Maksudnya, Ai dan lelaki..?

Tak pernah wujud mungkin. Sebab lelaki yang Ai Nuo jumpa macam dia ni lah! Menjengkelkan..!

"Cinta!" Ai Nou buat bodoh. Kakinya diatur ke arah bertentangan.

"Cepatlah. Berangan je kerja." Membelakangi si tukang menjerit, Ai Nuo mengajuk dengan mimik muka. Ketawa kecil dia dengan lagak sendiri.

Kalau sakit hati dengan kaum adam pun, tak pula ingin simpan di hati. Hey, berkedut muka Ai kalau simpan lama-lama. Tak lawa tau! Lagipun mereka itu penghibur hati. Bonus penyakit hati juga. Lelaki kan pelengkap hidup.

Jannah sudah mendahului langkah. Tubuh kecil itu pantas memboloskan diri dalam Honda Civic patuh pada arahan sang abang. Tahu Jannah ni jenis adik yang taat. Baginya, family first walaupun tahu kawan baik dia ni lebih betul dari keluarga.. ops! lebih spesifik abang dia yang Jannah sendiri tahu memang menjengkelkan.  Ai Nuo melenggang bagai merak kayangan menuju ke arah Viva kesayangan.

Cinta..

Seperti cinta Ai Nuo pada baby kesayangan yang menyampaikan dia ke setiap destinasi yang dituju. Hasil titik peluhnya, kerja kerasnya, baby akhirnya menumpahkan khidmat untuknya.

Kerana cinta..

Berbual dengan baby pun Ai Nuo sanggup tau. Saksi tangis dan tawanya. Kalau baby hidup mesti baby pun cintakannya. Jangan risau Ai belum gila.

Kerana cinta..

Buatkan dia bahagia pada setiap perkara. Even non-living thing pun dia cinta!

Pap!

"Hey!" Sekali lagi suara halus Ai Nuo berdecit. Balingan pisau belatinya dilipat ganda. Bersilau irisnya menusuk tepat mata Sang Arjuna. Rosak pintu baby aku macam dia nak ganti. Ada dia kisah dengan harta orang. Dia kisah harta dia je. Bukan main baik aku jaga baby aku lima tahun. Sesuka hati keturunan dia bertindak ditaktor!

"Jangan nak tunjuk keras kepala sangat. Ikut aku. Jimat minyak." Lengan Ai Nuo diheret menuju ke Honda Civic. Nama kereta dah penuh sivik dah, tapi sivik dia punya tuan. Ya Ampun!

"Hey, haram sentuh anak dara orang!" Nyaring Ai Nuo menjerit. Biar keluar semua jiran tetangga. Perangai tak semenggah. Datang rumah orang tak ada langsung adab dan tatasusila.

"Cinta!" Marah si Arjuna apabila tangan digigit. Ha! Buat bodoh lagi. Aku keluarkan hukum Tuhan pun kau buat tak tahu.

"Pergilah dulu! Awak tu kena hantar Jannah. Saya nak ke appoinment dengan client la. Hish! Sehari tak tunjuk batang hidung bukan dia la tu. Cuba bagi keamanan sikit dekat saya. Dari kecik sampai besar bapak gajah. Mengekor je kerja!"

Gempar semua jenis burung di langit. Pagi-pagi aman macam ni mestilah nak kedamaian cari rezeki. Kang tak fasal-fasal terbrek tengah awan tu dengar suara merdu si Cinta ni.

"Eee.. degil! Atuk dah sampai la."

"Serius!?"

"Cepat Cinta!"

Itu sahaja cara untuk pancing si Cinta. Membesar mata Ai Nuo yang sedia besar. Belum sempat si Arjuna menyeret tangan Ai Nuo, gadis itu awal-awal lagi sudah berdesup memboloskan diri ke dalam Honda Civic. Tinggal asap yang berkepul-kepul ke muka Arjuna. Perbuatan yang disengajakan, mengekek Ai Nuo ketawa sekongkol dengan Jannah yang memang sangat sokong kalau Ai Nuo kenakan Arjuna. Depan abang pijak kuman pun tak mati, belakang abang segala macam haiwan dalam hutan Amazon tu ditembaknya. Dengan atuk, kena balik sekali. Raja Monarki beraura Sang Nata mana boleh dibantah arahan. Derhaka namanya!

Eh, atuk kan lelaki..?

Lelaki dan atuk..?

Hurmm.. darjat atuk tinggi untuk jadikan atuk lelaki definisi Ai Nuo.

Cinta dan lelaki..

"Eh cepatlah Arjuna.. tadi, bukan main lagi awak nak heret anak dara orang. Awak jangan nak kura-kurakan Honda erk. Cepat!" Ditaktor Arjuna, Ai Nuo mana pernah kalah. Alih-alih Ai Nuo yang jadi ditaktor.

Lelaki..

Jangan kalah pada dia!

Atuk, I am coming!

CINTA dan Lelaki (COMPLETED)Where stories live. Discover now