Cinta juga mengajarkan Ai Nou bahawa manusia itu bisa berwatakkan jauh daripada rasional dan logika.
Cinta..
Misteri bukan..?
Kaca mata yang melurut jatuh ditolak kembali ke posisi asal. Matanya terus fokus pada kertas-kertas di tangannya. Di mejanya bersepah dengan buku dan kertas yang menjadi rujukan dan rangka kerjanya. Menjadi Event Planner bukan impian Ai Nou. Tapi kerana atuk, dia turutkan kemahuan Sang Tua untuk tetap betah dengan kerja ini.
"Bangunan gergasi ini aset yang atuk bina dengan peluh dan nyawa. Penat sakit atuk di sinilah dia. Selepas Aman bersara, bangunan ini milik Arjuna juga milik Ainur. Event Planner bukan hanya sekadar kerja. Ketika meja atuk itu menjadi milik Arjuna, Ainur tulang belakangnya. Kerja ini melatih Ainur untuk tidak kering dengan idea dan sentiasa berfikiran kritis."
"Arjuna saja sudah cukup atuk. Dia tu genius. Genius bab kerja, genius juga bab mengusik cucu atuk yang cun lagi menawan ni. Buat apa nak jadi tulang belakang dia? Ainur yang ada tulang belakang ni pun selalu sakit belakang, nak bagi ke dia pula. Mati la Ainur macam ni!"
Jawapan yang tak bersalah mendapatlah cubitan ketam batu di paha keringnya. Mahu tak menjerit Ai Nou dihukum begitu. Itu kisah Atuk dan Ai Nou ketika Ai Nou masih freshie graduan universiti tujuh tahun lalu. Di usia setahun jagung itu Ai Nou dipertanggungjawab untuk menguruskan syarikat kecil yang diberi Atuk tidak percuma tapi berhutang. Demi hutang yang perlu dibayar, tanpa tunjuk ajar tanpa pengalaman Ai Nou belajar erti peritnya untuk tetap telus dalam menguruskan perniagaan ini hingga dia berdiri gah sendiri. Dikenali bukan kerana nama Atuknya jutawan antarabangsa, tetapi atas usahanya sendiri.
Kepala yang mula berpusing, mata pula semakin tidak jelas dek terlalu lama membaca dan menganalisis sambil berdiri, tambahan pula hampir seharian dia tidak mengisi perutnya membuatkan Ai Nou hampir terjelopok ke lantai jika tidak disambut seseorang. Ai Nou dibawa duduk di sofa. Tanpa di minta, air dihulur. Ai Nou menyambutnya tanpa memerhati siapa gerangan itu. Fikir Ai Nou, mungkin Ara mahupun Arjuna. Sudah hampir Maghrib, biasanya waktu begini Arjuna akan datang menjemputnya.
Kepalanya terus diurut menghilangkan rasa pening yang kian meloyakan. Beberapa kali dia sendawa tanda perutnya sudah masuk angin. Padahnya terlalu kerja keras demi mengelak daripada terus berpikir soal tarikh pernikahannya dengan Arjuna yang semakin hampir. Makan minumnya langsung tidak diambil peduli jika tak diingatkan Arjuna. Bukan diingatkan tapi dipaksa mahupun diugut. Samsung J5 yang berbunyi dijawab tanpa peduli sang figura yang masih bisu berdiri di sisinya.
"Minta maaf Cinta. Lepas Maghrib baru boleh jemput Cinta. Ada kerja yang perlu selesai segera. Cinta okey?" Serba salah suara itu memohon maaf. Nada yang semakin terbiasa di pendengaran Ai Nou. Tiada lagi nada keras yang selalu menyakitkan hati. Sepertinya Arjuna bahagia menanti detik yang semakin tiba. Sedangkan hati Ai Nou sudah tak punya rasa ingin dipujuk.
"Tak apa. Saya pun ada kerja lagi perlu disiapkan ni." Rasa pedih di perut membuatkan Ai Nou muntah angin tanpa tertahan.
"Cinta! Okey ke? Cinta makan tak hari ni? Ara ada belikan lunch untuk Cinta kan?" Arjuna yang sudah dapat menghidu gastrik Si Cinta gelisah bertanya. Tunangnya itu jika tak diingatkan, jangan harap dipedulikan makan minumnya. Makanan yang disuruh pembantu Ai Nou belikan entahkan bersentuh entahkan tidak.
"Saya okey. Lupa makan tadi, jadi perut meragam sikit. Awak jangan risau ye? Kalau tak okey saya ke klinik. Ara kan ada?" Bungkusan nasi ayam di mejanya dipandang sepi. Ai Nou cuba berlembut. Risau kena marah lagi dengan Arjuna. Tolong Arjuna! Jangan membebel!
"Ara emergency leave kan lepas lunch tadi?" Ai Nou terdiam memikirkan kebenaran kata-kata Arjuna. Kepala yang pening kembali mengimbas jika Ara ada memberitahunya akan hal itu. Hampir kering darahnya mengingatkan Ara yang tergesa-gesa menghantar makanan tengaharinya tadi lalu memohon untuk segera pulang dek adiknya yang pengsan di sekolah. Segera gerangan yang sedari tadi membisu dipandang. Pantas Ai Nou berdiri dari duduknya melihatkan Raden yang sedang selesa bersandar pada dinding bilik sambil tepat memandang Ai Nou dengan senyumannya. Pucat lesi wajah Ai Nou sambil perlahan-lahan berundur untuk segera keluar. Menggigil tubuhnya memikirkan cubaan kasar Raden mengugutnya dengan pisau tidak lama lalu.
"Cinta..?"
"Awak.. tolong saya.." Antara dengar tidak dengar suara Ai Nou berbisik. Tercungap-cungap nafasnya dikuasai rasa takut yang menggila. Langkahnya dipercepatkan mencari pintu utama.
"Arrhhh..." Nyaring jeritan Ai Nou apabila kepalanya ditarik. J5 di tangan dirampas kasar. Tangisan yang bertakung sudah laju bercucuran. Mulut Ai Nou ditekup dari terus menjerit lalu J5 yang masih bersambung diputuskan dan dilempar jauh.
"Shhhh.. jangan menangis sayang. Aku tak buat apa-apa pun dengan kau. Aku hanya mahu ambil semula apa yang seharusnya menjadi milik aku. Jadi jangan takut. Ye sayang." Tergeleng-gelang kepala Ai Nou menidakkan kemahuan Raden.
"Tolong jangan apa-apakan saya. Tolong Raden."
"Tak. Tak. Aku tak akan apa-apakan cinta hati aku. Wajah kau tubuh kau terlalu sempurna untuk aku apa-apakan. Bibir ini, sering menghantui lena malam aku. Kau yang paksa aku untuk tuntut kau dari orang yang tak sepatutnya." Bibir Ai Nou yang menggigil dielus lembut sambil mendekatkan bibirnya untuk dikucup. Meronta Ai Nou dengan tangisan kuat.
"Hey! Apa susah sangat kau nak dengar cakap aku ni. Kau nak aku bunuh kau ke hah!? Hey perempuan ni!" Pisau lipat ditangan ditekan pada leher Ai Nou menghentikan raungan gadis itu. Terkulai kakinya tidak berpijak. Tubuh yang sedia lemah, terbang pergi semangatnya yang tipis. Pandangannya kabur, perutnya semakin sakit. Ai Nou sudah tidak dapat lagi berfikir apa yang berlaku di sekelilingnya. Yang dia tahu Raden mengendongnya keluar dari bangunan kerjanya itu. Ke mana arahnya sudah tidak dia tahu lagi.
Adakah kerana cinta mengubah seorang Raden?
Cinta..
.. Gilakah cinta?
atau lelaki itu..
.. Diakah yang gila kerana cinta?
Allah! Selamatkan aku Tuhan!
Arjuna! Tolong!
YOU ARE READING
CINTA dan Lelaki (COMPLETED)
RandomCinta..? Sebut pasal cinta mesti dalam kepala berderet-deret lelaki yang menyapa minda. Siapa yang layak?Jika yang wajahnya tidak kena dihati dijentik keluar dari list of the year. Sedangkan Cinta..? Seorang aktivis ditembak...