Bisu!
Itu sahaja laku kedua-dua teruna dara itu sepanjang perjalanan yang tiada penghujung. Sedangkan rumah sewa Ai Nou tidaklah jauh dari banglo keluarga Arjuna. Lelaki di sebelah Ai Nou ini sahaja yang sesuka hati memandu arah entah ke mana. Semuanya gara-gara Atuk. Dipaksanya Arjuna untuk menghantar Ai Nou pulang. Isu gegak gempita tadi tiada apa-apa pun yang terjadi. Keputusan antara Ai Nou, Arjuna dan Salsabila tiada perubahan. Solusinya begitulah. Pernikahan Ai Nou dan Arjuna akan tetap diteruskan manakala Salsabila dan Arjuna akan kekal hubungan mereka sebagai suami isteri. Tiada yang berpisah malah bersatu semuanya. Great plan!
"Pada awak apa itu cinta?" Soalan pertama daripada Ai Nou setelah kaki mereka berdiri di hadapan Air Terjun Taman Rimba Komanwel. Bijak! Pandai cari tempat nak berbincang. Tahu-tahu saja alam merupakan ketenangan bagi Ai Nou.
Marah! Dia sedang marah sekarang ini. Kalau ikutkan rasa marah, Ai Nou tak mahu buka mulut langsung. Tapi kalau selamanya dia diam, sampai ke sudah masalah antara mereka tak akan selesai. Arjuna pula semakin pelik perangainya. Pasrah ke tamak! Arhh lelaki ini, kalau tak nak cakap sahajalah. Kenapa terima sahaja apa yang Atuk aturkan. Arjuna lebih berkuasa dalam menyuarakan haknya. Dia sudah punya pilihan. Tapi mengapa!? Kenapa dia pula yang terhegeh-hegeh mahu pertahankan ikatan yang bukan kehendak mereka!
"Ingatkan cemburu sampai tak nak cakap. Merajuk!" Erk, lelaki itu tengah bergurau dengan dia ke sekarang ni? Jelingan tajam diberi. Hello! Sorry to say. Buang masa I nak merajuk bagai. Cemburu apatah lagi. Tak ada dalam kamus hidup. Lagi-lagi kalau buat lelaki.
"Cinta.. anugerah terindah pernah wujud dalam diri seorang manusia..
Cinta.. ciptaan terperit buat hati yang ditakdirkan walang..Tapi cinta.. akan buta kalau tak dirawat dengan mata hati..
Sedangkan cinta.. penyuluh hidup andai itu yang menjadi kekuatan..
Seperti mana sesatnya hamba dengan cinta dunia yang melemaskan, disuluh dengan cinta Allah kembali ke jalan yang benar. Cemburunya abang pada mereka yang benar-benar dibimbing cinta Ilahi." Entah mengapa, marah Ai Nou terbang pergi. Perasaan takut dan risaunya tiba-tiba menjadi tenang. Seolah-olah dia sedang dipujuk. Perasaan yang sama hadir ketika mana Shauqie dan Hannah sentiasa berhemah memberi nasihat dan kekuatan buat Ai Nou."Ceteknya manusia memikirkan cinta itu hanya wujud antara lelaki dan perempuan. Sedangkan cinta terbesar merupakan cinta Allah kepada hamba-Nya, cinta nabi buat umatnya, cinta ibu buat anaknya, cinta seorang muslim buat muslim yang lain, cinta sahabat untuk sahabatnya dan cinta suami buat isterinya. Semanis-manis cinta, insan itu dapat merasai indahnya cinta Iman, indahnya cinta Islam dan indahnya cinta Ihsan. Siapa cakap cinta sesama manusia itu tidak penting? Hingga disebutkan dalam hadis nabi, Daripada Anas bin Malik daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada selain keduanya. Jika dia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali karena Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka."
Ai Nou terdiam. Tidak ingin mencelah buah bicara Arjuna yang dicerna hingga diserap ke dalam hatinya. Lelaki yang tadi dibenci sedang mengajar Ai Nou tentang cinta! Jarang Arjuna berbicara sebegini serius di hadapan Ai Nou. Peliknya, dihias dengan senyuman manis yang mahal itu! Tenang tutur dan gayanya hingga mampu menyejukkan hati Ai Nou yang panas ketika ini. Apakah Ai Nou? Kenapa lembut sangat hati ni? Kau cair ke? Erk..
"Jika cinta seorang Arjuna buat seorang Cinta.." Arjuna menghentikan katanya lalu memandang Ai Nou di sisinya lama sebelum menyambung kembali katanya. "..Seperti mana yang diajarkan Rasul SAW 'Tidaklah seseorang dari kalian sempurna imannya, sampai dia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang dia cintai untuk dirinya.' Tapi cinta ini buatkan abang tamak untuk merasai nikmatnya cinta seorang suami buat isterinya."Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir." [QS. Ar. Ruum (30):21]. Janji Allah ini buatkan abang sangat ingin memiliki seorang Cinta. Ketenteraman itu, kasih sayang itu hanya pada bakal isteri abang. Pada Ai Nou, cinta abang."
YOU ARE READING
CINTA dan Lelaki (COMPLETED)
SonstigesCinta..? Sebut pasal cinta mesti dalam kepala berderet-deret lelaki yang menyapa minda. Siapa yang layak?Jika yang wajahnya tidak kena dihati dijentik keluar dari list of the year. Sedangkan Cinta..? Seorang aktivis ditembak...