Part 16 (Ending)

77 0 0
                                    

Takdir Cinta.

Haha.. macam tajuk novel.

Tapi kerana takdir..

..mengikat seorang Cinta dan lelaki.

Kerana jodoh, takdir dan cinta.

Kerana istikharah Ai Nou yang hampir sebulan dikerjakan tanpa henti, lelaki ini jawaban yang didatangkan padanya. 

Majlis yang gilang-gemilang, berseri wajah ceria semua yang hadir memeriahkan undangan raja sehari. Puas! Hati sekeras Ai Nou, akhirnya dilembutkan juga kerana lelaki. Kerasnya ia kerana lelaki. Lembutnya ia juga kerana lelaki. Dan lelaki terpilih itu, Sang Arjuna. Lelaki yang sedang erat memimpin tangan Ai Nou ke sana dan ke sini menemui para tetamu yang hadir. Ceria dan bahagia kedua-duanya. Lebih puas! Bersatunya dua cinta ini kerana pilihan mereka. Bukan lagi paksaan daripada Sang Nata.

Jawaban istikharah Ai Nou, wajah inilah yang dilihatnya. Puas diusir pergi. Itu jugalah yang kunjung tiba. Menyedarkan Ai Nou itu jawaban yang Allah tetapkan. Menolak jawaban itu, ertinya menolak takdir yang Allah tetapkan buatnya juga jodoh yang dituliskan buat Ai Nou. Jadi Ai Nou redha dan ikhlas menerima takdir ini.

Hakikatnya. Setelah dilapangkan hati menerima keputusan itu. Ai Nou malu dengan bahagia sendiri. Lelaki yang disangka organisma pelengkap seorang wanita ternyata lebih daripada itu. Benarlah apa yang dikatakan Shauqie. Kekosongan yang selama ini dirasa, terisi penuh saat akad itu dilafaz Arjuna di depannya. Saat diterima hadirnya Arjuna dalam hatinya dan juga hidupnya, apatah lagi masa depannya dan pastinya kesempurnaan agamanya. Ruginya Ai Nou menolak rasa dan fitrah ini. Sedangkan amal terbesar dalam hidupnya dinilai melalui lakunya pada seorang suami. Syurga dan neraka berada di tapak tangannya, tinggal Ai Nou hanya perlu memilih. Dan Ai Nou, dia memilih syurga. Apabila syurga dipilih, hanya satu syaratnya. Fitrah diri harus ditunai, suruhan dan larangan Allah perlu dilaksanakan dan dihindarkan. Itu syarat bahagia Ai Nou, syarat syurga Ai Nou.

Perampaskah dia?

Tak... Jauh sekali Ai Nou mahu menjadi seorang perampas.

Kerana Ai Nou itu wanita, dia sangat faham keinginan wanita.

Andai juga dia buta dengan kebenaran petunjuk istikharahnya,

Ini bukan takdirnya.

Andai juga dia bertegas dengan prinsipnya terhadap lelaki,

Bahagia yang Ai Nou tak pernah tahu kewujudan itu,

Ai Nou tak akan merasainya sekarang.

Kebenaran!

Lucu andai soal itu diungkit semula.

Gara-gara Arjuna yang tertekan dengan desakan kehidupan elitnya agar dia mempunyai pasangan yang setaraf dengan kehidupannya, rancangan bodoh itu dicipta. Gara-gara egonya tak mahu mengaku cintanya pada Ai Nou, dia rela mendatangkan seseorang yang perlu mengaku sebagai isterinya. Bagi Arjuna, jika dia tak boleh memiliki Ai Nou, jadi tiada wanita lain yang boleh berganding dengannya.

Perjanjian bodoh itu terikat ketika Arjuna setahun berada di London manakala Ai Nou pula ketika itu masih dalam tempoh habiskan pengajiannya. Salsabila, teman rapat sedari sekolah menengah senang hati menghulurkan bantuan ketika diminta Arjuna. Dengan izin suami lagi. Bertuah! Tak percaya orang tua tiga orang itu boleh bersetuju dengan rancangan yang sangatlah tidak matang. Lebih tidak percaya, Arjuna yang sangat bijak mengendalikan segala-galanya sanggup merangka rancangan sebegitu rupa. Nampak sangat bijak Arjuna tidak ada pada soal hati. Jika melibatkan perasaan dia juga tewas. Dia buntu! Dan dua sahabat ini, pertaruhkan cinta dan kepercayaan mereka sebagai sahabat agar rancangan Arjuna terlaksana dengan jayanya. Pada mereka, Arjuna perlu bahagia dengan pilihannya. Jadi mereka sanggup. 

CINTA dan Lelaki (COMPLETED)Where stories live. Discover now