Ai Nou yang suka kaitkan setiap sesuatu dengan cinta..
Hakikatnya, Ai Nou dan cinta itu sangat naif. Senaif cinta ibunya yang terjerat dengan pujuk rayu lelaki. Begitu juga naifnya Ai Nou dengan cinta.
Terutama cinta lelaki..
"Ai Nou! Tunggu!"
Langkah yang laju diatur dihalang dengan paksa. Jika tidak bersedia, pasti Ai Nou bakal jatuh ke dalam pelukan lelaki yang sedang mendepakan tangannya seluas alam. Berdesir suara Ai Nou menjuihkan bibirnya, mata dipejam rapat dek geram yang amat. Sedetik dia bernafas panjang cuba mencari aura positif dan ketenangan. Kenapalah lelaki yang aku jumpa dalam dunia ni macam makhluk sesat seorang ni. Cukuplah bertahun menghadap Si Arjuna tu. Ni nak menghadap lelaki terlebih hormon ni pula. Aduh!
"Teman saya lunch jom." Suara yang sengaja dilunakkan dengan penuh menggoda bersama kenyitan mata. Mahu termuntah pelangi Ai Nou di situ.
"Saya sibuk!" Sedingin salju jawaban diberi.
"Oh come on, saya tahu awak punya schedule. Awak free dan sentiasa free. Betul tak Ara?"
Ara yang ingin mengunci pintu gallery berpaling apabila mendengar namanya disebut. Wajah yang terpinga-pinga itu berubah ceria saat terpandangkan Raden yang sedang menabur umpan buat merpati. Bosnya yang sangat susah didekati lelaki dan sangat profesional dengan lelaki.
Jelingan tajam diberikan buat pembantunya yang tidak makan saman itu. Pantang ada lelaki ingin mengetahui tentang Ai Nou, dengan senang hati dia buka cerita. Takut sekali dia jika bosnya itu bujang sampai ke tua sedangkan umur semakin pantas bertambah angka.
"Free tak bermaksud saya boleh sesenang hati terima pelawaan awak."
Laju Ai Nou memboloskan diri dari dihalang Raden. Ai Nou lebih rela menghadap perangai Arjuna dari Si Raden ni. Raja Kota dari negara seberang. Sumatera Tengah. Anak Jowok Kulangsa teman akrab yang datang berkunjung pada dinner party atuknya minggu lalu. Nama sahaja anak sumatera tapi bahasa melayu kota Malaysia sangat fasih di lidahnya. Tambah-tambah bab mengayat, dialah rajanya.
Baby kesayangan dibuka kuncinya. Kaki sudah bersedia untuk melangkah masuk. Aura negatif yang masih memanggil dibiarkan. Biar hilang anak tekak tu. Spesis lelaki ni tak pernah penat kot. Kalau hati tu tulus tak apa juga. Ni tak, kalau dah dapat apa yang dia nak. Ditinggalkan umpama pakaian yang ingin dijadikan kain buruk. Lelaki! Nol dengan cinta!
Pintu yang ditutup tersekat dek ditahan seseorang. Positif yang dipagar di dalam diri terasa runtuh berkecai bentengnya. Membuak dadanya kerana amarah yang sengaja diundang. Baru sahaja Raden Si Raja Kota Sumatera itu ingin disembur, air liur Ai Nou tertelan apabila wajah lain yang menyapa mata.
Seorang lagi. Mana datang si Arjuna ni! Sudah! Pening aku dekat sini!
"Cinta?" Ai Nou yang memandangnya seperti mahu tembus otaknya disebalik tempurung dipanggil.
"Awak buat apa dekat sini?" Soalan yang sewajarnya ditanya. Profesional Ai Nou. Jangan marah. Dan jangan menggoda!
"Atuk suruh datang jemput." Jawaban yang biasa tapi terasa lain pada pendengaran Ai Nou. Nada suaranyakah? Kenapa lain benar bunyinya? Lembut yang asli. Kenapa aku tak pernah dengar suara dia versi ini? Hish, kenapa aku nak ambil tahu fasal dia pula.
"Tak perlu jemput. Saya memang nak ke sana pun. Dah masuk dalam kereta dah ni. Tepi, nanti lambat." Tubuh Arjuna ditolak, pemegang pintu segera ditarik. Tapi Arjuna ni tangan atlit. Laju je dia tahan. Dia kisah apa kalau tangan dia tersepit.
"Ai Nou!" Ha! Apa pulak aku nak buat ni. Raja kota tu dah datang. Nak pula bakal bersua muka dengan Arjuna. Dua figura yang tak seharusnya bertemu. Arjuna yang memandangnya dipandang sekilas. Kenapa aku rasa Arjuna inilah penyelamat aku sekarang ini.
YOU ARE READING
CINTA dan Lelaki (COMPLETED)
RandomCinta..? Sebut pasal cinta mesti dalam kepala berderet-deret lelaki yang menyapa minda. Siapa yang layak?Jika yang wajahnya tidak kena dihati dijentik keluar dari list of the year. Sedangkan Cinta..? Seorang aktivis ditembak...