"Atuk perlu tinggalkan segala kerja Atuk, tinggalkan dunia perniagaan Atuk seminggu sebelum Ai Nou bernikah dengan Arjuna! Kalau tak, Ai Nou tak akan pernah mahu dinikahkan dengan dia!"
Puas hati dapat meluahkan segala terbuku di hatinya. Sudahlah Ai Nou rela hati tadahkan telinga semenjak menejakkan kaki ke banglo mewah keluarga elit ini. Semuanya gara-gara Arjuna. Belum apa-apa mahu heretnya pulang. Kot ya pun, datang kenduri orang pergilah jumpa tuan rumah dulu, bagi restu ke pengantin dulu, makan dulu, ini tak! Sikap ditaktor yang telah sekian lama tak dilihat Ai Nou tiba-tiba ditunjukkan. Di majlis kahwin orang pula tu! Kalau pulang ke rumah Atuk ni dapat tenangkan fikiran tak apalah juga. Ini tak! Terkulat-kulat Ai Nou dikerumuni semua orang. Di hadapan Ai Nou, Atuk sedang membebel marahkan Ai Nou yang hilangkan diri tiba-tiba tanpa beritahu apa-apa.
"Kata cinta! Sayangkan keluarga! Cintakan kami! Ainur pergi macam tu cintalah? Sayanglah? Mujur Shauqie tu tahu tanggungjawab dia. Dia bagitahu Arjuna, Ainur ikut Shauqie balik kampung. Cinta ke dekat Atuk kalau buat macam tu?"
Ha sudah! Mentang-mentanglah Ai Nou dengan cinta tak boleh dipisahkan, Atuk buat serangan psikologi dekat Ai Nou erk? Shauqie tu pun satu. Bukannya nak bagitahu awal-awal yang dia ada kaitan dengan keluarga Atuk. Peguam yang diupah untuk menguruskan wasiat dan harta pusaka Atuk nanti, Shauqie lah orangnya. Selain itu, Shauqie juga secara rasminya menjadi peguam syarie peribadi keluarga Atuk. Sudah Shauqie tu bekerja dengan Atuk mestilah dia tahu fasal Arjuna, senior dia di sekolah menengah dulu. Jadi tak pelik, serba sikit fasal keluarga Atuk, lebih tepatnya Arjuna dan Ai Nou, Shauqie tahu. Patutlah bukan main lagi Shauqie pertahankan orang yang 'lamar' Ai Nou tu. Dia dah tahu awal-awal lagi. Pertunangan Arjuna dan Ai Nou, lagilah Shauqie tahu. Bertuah punya kawan.
Dalam marahkan Shauqie, Ai Nou tetap kunci mulut menadah telinga dengar bebelan Atuk. Tapi nak buat macam mana. Nak bantah lebih-lebih pun salah dia juga. Sesuka hati bertindak, terlalu ikutkan perasaan diri. Perasaan orang lain Ai Nou tak fikir pulak. Atuk tu! Kau yang buat Atuk tak sihat, lepas tu kau tinggal Atuk macam tu je. Memang kau nak bagi Atuk sakit jantung lah! Perangai, tak pernahnya nak matang. Nak kahwin ke tak nak ni? Eh? Hurmm.. Ai Nou mengaku salahnya. Sudahlah luka pada tubuh pun belum kering habis. Apatah lagi tangannya yang bersimen itu. Tak ke mengamuk Atuk kau yang tercinta tu? Nasib kaulah Ai Nou. Tadah je telinga!
Awal-awal kena bebel, Ai Nou memang pasrah. Tapi Atuk, kalau tak sentuh bab jodoh Ai Nou memang tak senang duduklah Sang Tuanya tu. Dah alang-alang tengah membebel, Atuk tak teragak-agak nak merasmikan Mesyuarat Agung Perkahwinan Arjuna Ai Nou. Sempurna! Dari tarikh akad, majlis kahwin, resepsi sampailah bulan madu mereka Atuk tetapkan! Apakah?Tsk! Padan muka kau Ai Nou! Kalau kau tak cerdik sangat menghuru-harakan kesihatan Atuk dengan permintaan tak masuk akal kau nak putuskan pertunangan dengan Arjuna hari tu, Atuk tak akan buka balik isu hangat ni sekarang tau! Rasakan serangan pedas berapi Atuk!
Jangan nak salahkan aku sangat boleh tak! Ai Nou berperang dengan canggahan suara hatinya.
Aku ada sebab. Tak ingat ke betapa tunggang langgangnya emosi Ai Nou lepas sedar dari pengsan. Kehilangan Helmi bukan suatu yang mudah untuk diterima hati dengan sekelip mata. Pernah rasa kehilangan? Ye betul, orang nampak Ai Nou pasrah. Tapi orang tak tahu. Walaupun Ai Nou dah dibenarkan pulang dari hospital, kehilangan Helmi hampir tak dapat diterima langsung. Setiap hari bangun tidur, wajah itu yang dicari, nama itu yang diulang panggil. Macam mana perasaan yang Ai Nou pernah rasa saat mengetahui dirinya piatu tanpa ayah. Tak ada ibu kandung, apatah lagi ayah yang tak diketahui siapa. Melainkan orang asing yang sudi menyumbang kasih untuk Ai Nou. Kehilangan itu tak boleh diganti. Bertahun-tahun hati Ai Nou dipujuk untuk kuat dengan kepura-puraan dan ceria. Saat hati makin utuh, mengapa ada lagi orang terpenting dalam hidup Ai Nou diambil pergi? Lebih buatkan perasaan Ai Nou huru hara bagai mahu gila, mengenangkan pemergian Helmi dalam keadaan yang amat sadis. Hingga mengunjungi mimpi dan jaga Ai Nou bagai mimpi ngeri!
Jadi, katakan pada Ai Nou. Apa harus dia buat saat itu? Perkataan yang paling Ai Nou ketika itu hanya, kehilangan! Kehilangan ibu kerana mahu melahirkan Ai Nou dengan selamat, kehilangan Helmi kerana ingin menyelamatkan Ai Nou. Jadi, salahkah Ai Nou mahu memutuskan sesuatu untuk melindungi hatinya dari kecewa lagi. Salahkah dia?
Dan memikirkan Arjuna, Ai Nou berulang kali menimbang rasa ketika itu. Janganlah disogok lagi untuk sesiapa sahaja masuk dalam hidup Ai Nou. Selama ini, Ai Nou menolak Arjuna kerana Arjuna itu lelaki! Selepas kehilangan Helmi, bertambah lagi kerisauan Ai Nou. Desakan soalan demi soalan dalam minta Ai Nou buatkan dia lemas! Bagaimana jika dia sudah jatuh cinta dengan Arjuna, setelah itu Ai Nou kehilangan lagi kerana ditinggalkan Arjuna! Cukuplah Ibu! Cukuplah Helmi! Kehilangan Helmi sahaja buatkan Ai Nou hampir hilang waras. Ai Nou tak mahu kehilangan lagi. Kerana Arjuna itu bakal suami Ai Nou tetapi pilihan itu bukan kemahuan Arjuna melainkan desakan Atuk! Kerana itu peluang untuk kehilangan Arjuna sangat besar!
Jika boleh Ai Nou mahu menjerit apa dia rasa! Ai Nou luahkan mengapa dia pergi! Tapi, Ai Nou sudah sedar. Sudah mampu memujuk hati. Pesanan demi pesanan daripada Shauqie dan Hannah menyedarkan Ai Nou. Memujuk hati Ai Nou. Hidupnya bukan di tangan Ai Nou, melainkan Allah lebih tahu yang terbaik buatnya. Jadi, Ai Nou tawakkal. Dia siap berdepan dengan keputusannya ini walaupun separuh hati. Cuma, Ai Nou ada syaratnya! Dek didesak juga, itulah yang terluah dari bibir Ai Nou. Biarlah orang kata dia hipokrit. Pergunakan masa depannya untuk menundukkan Sang Nata yang kuat bekerja. Walau Ai Nou redha, kehilangan tetap satu perkataan ngeri buat Ai Nou. Dalam berusaha berserah pada takdir, Ai Nou tetap mahu berhati-hati. Kehilangan Atuk mahu dielakkan. Bukan Ai Nou tak mahu akur pada takdir ajal itu bila-bila masa sahaja bakal menjemput. Cuma biarlah perginya orang kesayangan Ai Nou dalam keadaan Ai Nou tenang hati. Bukan seperti ibu mahupun Helmi. Kehilangan Atuk lebih dirisaukan Ai Nou berbanding masa depan Ai Nou dengan Arjuna yang entah bagaimana sketsanya nanti.
Syarikat Atuk? Biarlah. Dua orang Sang Koprat itu sudah lebih daripada mampu menguruskan syarikat gergasi antarabangsa itu. Kehilangan Atuk tidak menjejaskan dunia. Jadi, Atuk perlu berehat. Habiskan masa tua Atuk dengan tenang di sisi Ai Nou. Ai Nou tak mahu menyesal. Dia tekad. Ini keputusannya!
"Atuk!" Atuknya disergah dek terus-terusan mendiamkan diri.
Atuk menarik nafasnya dalam. Anak cucunya dipandang silih berganti sebelum perhatiannya terhenti pada gadis yang sedang merayu di depannya. Dengan senyuman kecil, lengannya di depa luas. "Andai itu sahaja caranya untuk Atuk melunaskan hajat terakhir Atuk. Baiklah. Atuk setuju."
Mendung guruh berdentum yang menghujaninya tadi terbang pergi dengan hembusan sirna ceria mentari. Lebar senyuman Ai Nou bangun berdiri lalu berlari mendakap Atuknya erat. Tiada yang lebih bahagia selain mendengar persetujuan Sang Nata yang susah untuk dilenturkan itu. Terasa Atuknya kembali. Atuk yang sudah tujuh tahun tak ditemuinya dulu. Lapang dada Ai Nou selapang-lapangnya.
Para penonton yang sedari tadi menjadi pendengar setia turut mengukir senyuman kelegaan. Tak perlulah lagi mereka semua perlu menghadap wajah ketat Sang Nata itu. Percayalah, tiada yang mampu menghuru-harakan emosi Sang Nata selain Gadis Cinta itu. Pastinya banglo ini akan lebih meriah selepas ini. Sang Nata sudah mematahkan taringnya. Bersiap sedia untuk berundur diri dari empayar perniagaan yang diusahakan titik peluhnya sendiri. Arjuna dan daddynya juga bernafas lega. Lega kerana keputusan yang pernah dibincangkan Sang Nata dengan mereka tidak lama dulu terputus kerana Ai Nou.
Terbang sudah kerisauan Ai Nou tentang pernikahannya dengan Arjuna.
Akhirnya..!
Cinta ini... bahagia dia!
Lelaki ini... senyuman dia!
Atuk. Padanya ada dua. Cinta dan lelaki.
Ibu! Abang Helmi! Tolonglah bahagia di sana untuk Ai Nou. Allahku, bahagiakan mereka kerana aku juga mahu bahagia di sini.
Allah.. bahagia ini biarlah berkekalan dengan redha-Mu!
Lembutkan hatiku agar mudah menerima segala yang telah Kau suratkan buatku!
"Assalamualaikum.."
YOU ARE READING
CINTA dan Lelaki (COMPLETED)
RandomCinta..? Sebut pasal cinta mesti dalam kepala berderet-deret lelaki yang menyapa minda. Siapa yang layak?Jika yang wajahnya tidak kena dihati dijentik keluar dari list of the year. Sedangkan Cinta..? Seorang aktivis ditembak...