Senyuman yang terukir sampai ke telinga tadi, tiba-tiba hilang pergi begitu sahaja. Semuanya gara-gara munculnya seorang wanita cantik bak model tanah air bersama dengan seorang anak kecil perempuan sedang menyorok di belakang kaki wanita itu. Comel sahaja dia yang bertocang dua malu-malu mahu menunjukkan wajahnya. Tapi bukan itu yang menghilangkan senyuman Ai No. Tapi pengakuan wanita tersebut yang bukan sahaja mengejutkan Gadis Cinta itu, malah mengejutkan seluruh kerabat yang sedang berkumpul di ruang tamu banglo.
"Saya Salsabila. Isteri Arjuna."
Ternganga semua orang mendengarkan pengakuan wanita asing itu. Baru sahaja ruang tamu itu menyaksikan sirna bahagia dengan persetujuan pernikahan Ai Nou Arjuna dan persetujuan Atuk melepaskan jawatannya, tiba-tiba sahaja mereka semua ditampar dengan kejutan itu. Rangkulan pada tubuh Atuk sudah terlepas semenjak kemunculan wanita itu lagi. Atuk pula apa lagi, awal-awal sudah menerpa Arjuna yang terpinga-pinga. Ai Nou apatah lagi, tidak percaya dengan hakikat yang didatangkan sebetar tadi. Dadanya dipegang, hatinya sakit. Kehilangan.. aduh. Ai Nou memejamkan matanya cuba menenangkan diri.
Semua sibuk mendesak Arjuna dengan pelbagai soalan. Mama sahaja yang tidak seperti yang lain menerkam Arjuna. Tidak mahu campur tangan dalam urusan keluarga elit itu, langkahnya tenang menjemput tetamu yang tak diundang itu ke dalam rumah. Diam kedua-duanya menjejaki ruang tamu.
Sang Kecil mencuri pandang Ai Nou yang langsung tidak beriak. Kosong. Buntu untuk beriaksi bagaimana. Sedih. Eh, kenapa nak bersedih pula? Cemburu ke? Ai Nou geleng kepala mengusir jauh rasa pelik itu di hatinya. Ah, Ai Nou bukan siapa-siapa pada Arjuna. Tunang kena paksa saja pun. Jadi, layakkah dia untuk bersedih? Eh, layak lah aku tunang dia! Kau tu tunang baru. Ha tu depan kau. Isteri dia. Isteri dan bakal isteri.. ops.. bakal madu bertemu. Ai Nou mula membayangkan aksi yang bukan-bukan. Di fikirannya terbayang bakal berlakunya insiden tarik rambut sebentar nanti. Dan Arjuna, sudah tentulah membela isterinya. Siapa Ai Nou? Hanya bakal isteri, kena paksa pula tu. Oh, macam mana ni? Perlu aku lari ke?
"She's not my wife!" Terjungkit bahu Ai Nou mendengarkan jerkahan Arjuna tiba-tiba itu. Terbang sekejap wayang yang mengganggu jiwanya tadi. Dek penafian daripada Arjuna itu, pandangan semua mencerun pula pada wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Salsabila tadi.
"Tak! Abang tipu! Sal isteri abang."
"Dia yang menipu!"
"I'm not. Abang menafikan hubungan kita sebab abang takut dibuang keluarga kan? Sal isteri abang. Sal datang sini nak minta restu semua. Percayalah."
"Hentikan Sal."
"Sal tak akan berhenti sebelum semua percaya yang Sal ni isteri abang. Ini buktinya. Ini sijil nikah kita!" Sebuah fail bewarna hitam dikeluarkan dari beg tangan sebelum menunjukkan pada semua tanpa teragak-agak. Ai Nou lagi terkaku, bukti sudah depan mata.
"It's fake!"
"Enough!" Atuk mula mencelah.
"Tan Sri. Tan Sri kena percaya Sal. Sal datang sini untuk tuntuk hak Sal sebagai isteri. Abang rahsiakan hubungan kami sebab abang tahu keluarga abang akan menentang pilihan abang. Tapi, Sal dah puas bersembunyi. Sal mahu diterima dalam keluarga ini. Lagipun kami sudah sempurna. Ana. She's his daughter."
"Shut up Sal!"
"I'm not!"
"I said enough!"
Terdiam kedua-duanya. Ha sudah! Siapa yang betul siapa yang salah ni? Ai Nou sudah seperti tugu rasanya. Rasa apanya, memang dah jadi tugu pun. Ingin mencelah, tak mahulah insiden tarik rambut yang terbayang tadi menjadi kenyataan. Ingin terus mendiamkan diri, terasa hatinya terus-terusan dilumat oleh sandiwara seorang lelaki. Harapan yang baru dibina sebentar tadi, diruntuh batanya satu persatu. Kehilangan yang menghantui Ai Nou semakit menggigit-gigit hatinya. Sedangkan akad belum lagi terlafaz. Kehilangan Arjuna, kenapa sakit sangat rasa ini? Kerana dia cintakan Arjunakah? Mustahil. Ini yang dia mahu. Tapi kenapa Ai Nou rasa sakit. Dia rasa kecewa dan kehilangan. Peritnya!
Bagaimana sekiranya drama ini berlaku setelah mereka sudah sah menjadi suami isteri? Pasti jatuh tersungkur dia nanti. Entah mampukah Ai Nou berdiri semula andai itu yang terjadi. Ai Nou belum kuat! Jiwanya masih rapuh. Nasihat Shauqie dan Hannah semakin jauh untuk dijadikan kekuatan tika ini. Makna takdir itu sendiri sudah dilupakan. Hikmah yang dia harapkan, arh pedulikan semua itu. Sekarang ini, Ai Nou takut! Bayang wajah Raden yang sinis pula menerjah minda. Psiko dan tidak berperasaan. Risaunya jika Ai Nou berubah begitu, perasaan yang tidak terkawal mengubah tekadnya menjadi kejam dan gila. Tak mustahil dia akan melukakan orang. Sebab dia gila! Tanpa disedari Ai Nou semakin hanyut dengan bisikan-bisikan negatif di telinganya. Kepalanya dipegang. Tergeleng-geleng dia membayangkan dia akan gila! Tidak!
"NO!"
Semua memandang Ai Nou. Tapi Ai Nou tak pedulikan pandangan mereka semua. Kepalanya ligat berfikir apa yang harus dia buat. Jika dia pasrah sekarang, dia gila nanti! Jadi Ai Nou harus hentikan semua ini. Termasuk pernikahan. Ai Nou tak mahu gila. Arjuna dan Atuk dipandang silih berganti. Ya! Ai Nou nekad. Keputusannya tadi akan ditarik balik. Dia tak mahu kecewa. Dia tak mahu kehilangan. Dia tak mahu gila! Dia sanggup membujang sampai mati. Atuk? Banyak lagi cara yang boleh Ai Nou rancangkan. Jika perlu, jadi jururawat peribadi pun Ai Nou sanggup. Yang penting Arjuna harus disingkirkan dari kamus hidup. Bukan sahaja Arjuna, mana-mana lelaki sekalipun. Janji mereka, palsu! Penipu!
"Atuk, Ainur nak..."
"Don't you ever dare to think about it!" Serentak Arjuna dan Atuk memotong bicara Ai Nou. Terkebil-kebil dia disergah begitu. Sudahnya, kata-katanya yang tak habis diucap tadi tertelan bersama ludahan pasir. Air mukanya berubah cemberut. Mencuka! Kenapa pula!?
"Ainur nak juga!"
"Never! Pernikahan ini akan tetap berlangsung! Titik!"
Ai Nou menunduk memandang hujung stoking. Bibirnya mula mencebik dijerkah macam tu. Atuk tak pernah tinggikan suara macam tu terhadapnya. Haila nasib. Kalau dah sedarah sedaging tu kepala otak pun fikir benda yang sama. Benda yang Ai Nou tak suka dan tak nak!
Dua lelaki ini..
..Apakah sebabnya mereka begini?
Cintakah..?
Andai Atuk, Ai Nou akur. Hatinya terubat walaupun sikit. Kerana Ai Nou cintakan Atuk.
Tapi..
..Kalau lelaki itu?
Apa lagi yang mahu dibuktikan Arjuna. Bukti sudah depan mata. Dia bebas dan Ai Nou juga bebas. Tapi kenapa?
Ai Nou menggigit bibir. Dia takut. Andai dia akur, dia akan kehilangan. Rasa itu makin mencengkam dan menghiris urat nafasnya.
Salsabila yang tadinya berdiri kerana bertengkar dengan Arjuna terduduk tiba-tiba. Ai Nou memandang sayu pada wanita itu. Pasti hatinya terlalu lumat dikerjakan Arjuna. Ai Nou faham. Dia juga wanita. Riak wajah Salsabila ditelek. Anehnya, tiada pula riak kecewa terpancar pada air mukanya melainkan riak gelisah dan serba salah wajahnya perlahan menunduk kebawah. Lengan Ana ditarik perlahan, rapat ke sisinya.
Ai Nou pelik.
Mengapa harus rasa bersalah!
Kecewa dan benci lebih layak diwatakkan sekarang!
Semuanya kerana lelaki itu!
Dan..
..Cinta yang terlalu murah.
YOU ARE READING
CINTA dan Lelaki (COMPLETED)
De TodoCinta..? Sebut pasal cinta mesti dalam kepala berderet-deret lelaki yang menyapa minda. Siapa yang layak?Jika yang wajahnya tidak kena dihati dijentik keluar dari list of the year. Sedangkan Cinta..? Seorang aktivis ditembak...