Episod cinta Ai Nou sebenarnya tidak bernoktah pada Shafiq. Hati remaja, misteri tentangnya. Pelbagai janji telah dibina tapi hatinya berputik juga kerana lelaki. Tapi cumanya untuk dua kali terakhir ini, dia lebih menyukai dari jauh walaupun terasa seperti tidak bertepuk sebelah tangan. Nama pun belajar dari pengalaman biarpun tidak pernah couple. Forever alone! Haha! Kisah Ai Nou dengan Firdaus dan Shauqie. Cinta dua lelaki in the same time? Are you serious?
Psstt.. I said I liked the both of them. Not loved the both of them! Liked and loved was two different things okey! Kalau kau nak dua-dua, itu tamak namanya. Again, I said! It was a story about Ai Nou yang waktu tu dia rasa semuanya cinta padahal bukan!
Cinta monyet la tu.
No! It was not. Tapi, seorang yang naif dengan cinta.
Masih berada di alam persekolahan. Berlalunya kisah Shafiq buatkan Ai Nou sangat berhati-hati dengan lelaki. Itu tak bermaksud dia langsung tidak punya teman dari kalangan lelaki. Siapa cakap tak ada? Ai Nou bukan anti lelaki lah. Tapi kureng.. reng.. reng.. suka pada lelaki. Lebih tepat sikap lelaki yang semuanya sama. Jadi konklusinya, lelaki semua sama sahaja. Muehehe... Kawan-kawan lelakinya ramai. Mesra dan lepas cakap. Semestinya! Tapi tak adalah nak bertepuk tampar sampai peluk-peluk bagai. Ai Nou tahu hukum hakam. Cuma agak tegas. Tomboy? Mana ada. I am a normal woman. Cumanya, kalau ada lelaki yang nak ambil kesempatan tu mendapatlah bekas pensilnya yang seberat satu tan. Ataupun kena sebat dengan pembaris. Sehingga Ai Nou digelar, the dangerous shooter! Bercakap boleh nak sentuh jangan!
Okey kembali kepada kisah cinta Ai Nou. Mari mula dengan Shauqie. Sedari pertama kali menjejakkan kaki di sekolah itu, Ai Nou tidak pernah satu kelas dengan Shauqie. Tapi memandangkan setiap kali peperiksaan, pointer pelajar sangat dinilai. Jadi, rombakan kelas sering berlaku. Pelajar terbaik akan berada di kelas hadapan dan begitulah sebaliknya. Ketika di Tingkatan tiga, setelah melepasi Ujian Pertengahan Tahun, rombakan kelas berlaku lagi. Dan dua tiga orang pelajar berpindah masuk ke kelas Ai Nou yang sentiasa berada di kelas depan. Mereka itu termasuklah Shauqie. Waktu Shauqie satu kelas dengan Ai Nou, Ai Nou tidak ambil peduli sangat dengan kewujudan Shauqie. Lagipun waktu itu memang tengah hangat kisahnya dengan Shafiq, semestinyalah Ai Nou tidak ambil tahu hal lain. Tambahan pula Shauqie ni jenis stok lelaki alim. Lagilah Ai Nou yang penuh dosa ni duduk jauh-jauh.
Tetapi, kerana sikapnya yang alim itulah yang membuatkan Ai Nou mahu mengenali peribadi lelaki itu. Ai Nou mula menyedari kewujudan Shauqie apabila lelaki itu sering perform kalau matapelajaran diniah (agama). Pendidikan Quran Sunnah (PQS), Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) dan lain-lain itu memang adalah muka dia. Ustaz ustazah pun suka sangat bagi tugas dekat dia untuk buat nota atau presentation. Lepas tu mulalah misi Ai Nou selidik latar belakang Shauqie. Anak terakhir dari sepuluh orang adik-beradik, background family memang agamawan semua. Abang kakak ramai lulusan Mesir. Sangat bertanggungjawab orangnya dan dia sangat terkenal di kalangan ustaz ustazah di pejabat. Stok budak baik-baik, selalu jadi imam di surau sekolah dan of course leader kalau baca wirid pagi-pagi. Pengawas pula tu.
Ha, ni satu perkara Ai Nou baru sedar Shauqie tu pengawas. Waktu form three lagi, tapi baru sedar waktu form four apabila pembahagian tugas dilakukan pada awal tahun. Tahun sebelumnya, Shauqie di dalam Unit Kerohanian. Memang sesuai sangat dengan watak dia. Tapi tahun itu, Ai Nou dan Shauqie ditugaskan dalam Unit Disiplin. Waktu itulah baru Ai Nou sedar Shauqie itu pengawas. Ketuanya pula tu. Dalam kelas selalunya Ai Nou sering jadikan Shauqie sebagai tempat rujukan dalam soal akademik dan diniah. Lepas Shafiq dan Athirah terlibat hubungan cintan-cintun ni, prestasi pelajaran mereka jatuh teruk dan prestasi Shauqie pula naik mendadak terus mengalahkan Ai Nou yang sering mendapat tempat pertama. Status Shauqie yang sebelum ini invisible pun tiba-tiba famous apabila namanya selalu disebut di perhimpunan mingguan. Sebab di perhimpunan mingguan biasanya akan ada Anugerah Kelas Paling Ceria dan Bersih, Anugerah Pelajar Paling Aktif dan Rajin dan Anugerah Pointer Akademik dan Diniah Terbaik diberikan mengikut kelas. Memang setiap minggu nama Shauqie lah disebut!
YOU ARE READING
CINTA dan Lelaki (COMPLETED)
RandomCinta..? Sebut pasal cinta mesti dalam kepala berderet-deret lelaki yang menyapa minda. Siapa yang layak?Jika yang wajahnya tidak kena dihati dijentik keluar dari list of the year. Sedangkan Cinta..? Seorang aktivis ditembak...